Isnin, 30 Mei 2011

KEDA Terima Lebih Banyak Nista Dari Pujian



Nampaknya KEDA mula disingkapkan organisasinya sedikit demi sedikit. Ikuti 'posting' di bawah yang Kedahtimes petik dari theflyingkick.blogspot.com.


YAKJUJ MAKJUJ DAH MUNCUL... DALAM KEDA!!!

Masalah KEDA bukan sedikit. Sangat banyak dan sangat kalut. KEDA sudah menjadi sarang orang-orang PAS. KEDA sudah jadi tempat bermasalah dan 'pembunuh upahan' bagi orang UMNO yang datang minta bantuan. Malah KEDA dikatakan tempat berkumpulnya segala macam hasad dengki dan perangai buruk orang Kedah!

Itu adalah persepsi yang diberikan oleh mereka yang pernah berurusan dengan KEDA sekalipun dari segi zahir, KEDA banyak membantu golongan miskin tegar. Selama ini, gelembung busuk di dalam KEDA tidak banyak yang terlepas keluar. Tidak banyak rahsia yang berjaya dipecahkan. Bukan kerana tidak ada, tetapi kerana sifat orang Kedah yang tidak mudah buka rahsia.

Namun apabila Nur Dini menyaman KEDA, maka nanah dan kohong dalam KEDA mulai terburai. Ahmad Bashah yang jadi Pengerusinya, nyata 'tidak ada' kuasa. KEDA sudah jadi salah satu sayap PAS dalam agensi Kerajaan Pusat di Kedah.

Ini email yang diterima dari Ngah61. Memandangkan tiada apa-apa yang cacat celanya, maka email berkenaan tidak langsung diubah, disunting, ditacap, mahupun disapu ke bawah karpet!

EMAIL:

Semalam adalah hari ulang tahun KEDA ke 30. KEDA sepatutnya dikenali dan gah sama sperti FELDA, FELCRA atau sekurang-kurangnya sama dengan MADA. Tetapi apa yang ada pada hari ini adalah KEDA sebuah agensi Kerajaan yang dah hilang 'magis'. Rata-rata pekerjanya sudah tidak bersemangat kecuali yang bernombor 5 teratas. Ngah bukan pekerja KEDA tetapi anak saudara kepada salah seorang pekerja KEDA yang bakal pencen tak berapa tahun dan hari lagi.

Terkejut kerana saudara Ngah balik dan menangis kerana katanya orang-orang lama KEDA berhadapan dengan situasi pencen dengan hati yang sedih.

Sedih kerana hampir 30 tahun berkhidmat dengan KEDA sepenuh hati akhirnya KEDA megah berdiri sebagai sebuah piramid yang tingginya setinggi busut jantan. Paras pinggang pun tak ada.

Apa yang pentadbiran KEDA buat selama 10 tahun ini? Kegagalan demi kegagalan tadbir urusnya telah melingkupkan KEDA.

Tentang politik yang caca merba tak perlu diulaskan. Ngah sendiri punya kad ahli UMNO dan anak-anak ngah semuanya UMNO. Bila nak minta bantuan, rata-rata kenalan berkata janganlah minta pada KEDA kerana KEDA hanya untuk bukan UMNO. Terbaru yang Ngah dengar adalah tugas penting membawa Kedah ke tangan UMNO adalah digalas oleh PKR. Mengapa CEO KEDA tak sensitif perkara ini? Bila dirisik tanya maka terhamburlah kata-kata di kalangan pekerja-pekerja KEDA bahawa bos KEDA selalu menapak ke Kuala Lumpur. Hanya sehari dua berada di Kedah.

Kisah-kisah gelap KEDA berlegar luas di kaki-kaki lima bangunan UMNO. Rata-rata pekerjanya dari pekerja sehingga pemandu meluahkan kecewa sesama mereka sambil meludah. Inikah organisasi yang sihat?

Ngah mengutip cerita lagi. Kata mereka, KEDA sekarang ditadbir oleh pelakon-pelakon wayang opera. Yang mereka nampak cara menaikkan KEDA adalah melalui program-program hiburan, sukan dan progam tempelan yang hanya memeriahkan KEDA di atas suratkhabar tetapi bila jejak kaki ke dalamnya, sampah dan kekotoran sudah cukup menampakkan bahawa KEDA sudah tidak punya apa-apa.

Khabarnya Dato' Bashah terkehel gusi dan gigi berlapik nada dan percakapan bagi menjaga hati pentadbiran KEDA walaupun dalam hati dipenuhi kepanasan. Masakan tidak. Senyuman di muka tetapi gumpalan hati mengejek berkata Dato bodoh bercakap ada dalam hati-hati mereka. Bila keluar sesama sendiri, mereka bergelak ketawa dan mengejek.

Rata-rata pekerjanya bila ditanya berpendapat sekurang-kurangnya Dato' Bashah yang mereka kata bodoh itu bercakap lebih banyak isi dan sampai ke dalam hati keluarga KEDA berbanding CEOnya yang bercakap seperti kereta hilang arah dan enjin tersumbat. Siapa yang bodoh sebenarnya?

Ngah bukan sehari dua ini kenal Dato' Bashah dan sebab itu Ngah rasa agak keterlaluan panggilan bodoh dilemparkan kepada Dato Bashah. Semalam telah membuka lembaran pemikiran dan kesedaran baru kepada KEDA. Menjadi seorang CEO dan pemimpin adalah berbeza kriteria, semangat dan pemikiran. Sekurang-kurangnya Dato' Bashah memberi imej bersih dan jelas tentang kualiti YB UMNO daripada CEOnya yang jelas mengambarkan bahawa pegawai Kerajaan hanya layak bersuara dalam lingkungan meja mesyuarat sesama pekerja mereka. Jauh sekali mennyentuh tentang ekonomi dan sosial masyarakat.

KEDA akan terus malap untuk masa-masa hadapan.

Ngah61

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

Cerita KEDA nak bantu orang miskin di Kedah tanpa mengira fahaman parti oleh kerajaan UMNO/BN.Mula-mula penubuhan dulu memang terpuji.Jangka hayat KEDA pun dah sampai dipenghujung cuma disambung-sambung atas keperluan dan permintaan kerajaan BN waktu itu.Memang diakui KEDA terlalu banyak buat pembangunan dan jasanya pada rakyat Kedah dan UMNO sendiri.Masaalah yg berlaku bukan kerana KEDA.Yang menimbulkan masaalah ialah orang UMNO sendiri yang buat hal dan kerenah.Sikap Ketua Bahagian teruatamya yg membuatkan orang UMNO sendiri yg terbalik jadi PAS pula.Sikap kroni dan pilih kasih ketua bahagian /ketua cawangan yg terlaluan inilah yg menghakis sokongan pada UMNO.Kenapa dulu KEDA tidak ada masaalah yg besar kerana pemimpin UMNO dan KEDA sekata dalam membantu rakyat.Maka sokongan rakyat pun bertambah pada kerajaan.Hari ini cuba nilai sokongan pada UMNO.Sesama sendiri pun bertikam lidah sepak terajang makin hebat.Perangai pemimpin UMNO kian buruk dan tak senonoh.Kemudian siapa mahu kasi hormat pada UMNO.Orang pun tahu kadang-kadang KEDA dijadikan alat politik UMNO keterlaluan dan melepasi batasa terutama ketua umno bahagian yang zalim dan sombong.Orang di Kedah walaupun ahli UMNO bukan bodoh dan bahlol macam lembu.Bukan semua pengundi dan rakyat perlu bantuan dari KEDA.Tapi mereka memerhati KEDA dan UMNNO kaekadang menyimpang dari matlamatnya.Pegawai KEDA pun ada otak dan ilmu juga.Mereka pun waras juga.Mereka perlu amanah dan tegas dalam tugas.Mereka pun tak mahu juga dicucuk hidung sampai habis.Mereka ikut dasar karajaan juga.Ada Kampung KEDA pun tak sunyi dengan gaduh sesama penduduk yang dulu miskin.Kadang mereka ini lupa didi dan lupa pada Allah.KEDA dah belanja amat banyak pada orang Kg KEDA tapi aku ingat seladar 45% sahaja yg berjaya.Yang lain itu hangus sahaja.Bukan salah KEDA 100%.Sikap orang Melayu tak berubah.Hidup nak free semua.Kerja kurang dan malas.Kalau main politik cukup kuat dan hebat.Aku rasa tibalah masa KEDA tutup sahajalah.Kerana dia dah jadi perahu ketua bahagian UMNO untuk diri mereka bukan untuk rakyat jelata.Dato Bashah juga tak perlu disalahkan.KEDA terikat dengan peraturan dan undang.Oleh itu janganlah kerana dalaman UMNO yang kian serabut maka di heret dengan KEDA pula.Pada hal dulu KEDA lah yang cukup kuat bantu orang miskin.Sejak akhir-akhir ini bila BN kalah di Kedah nampak sangat pemimpin umno nak cucuk hidung pegawai KEDA supaya ikut telunjuk mereka.Tak heranlah ini semua di sukai oleh orang ramai.Jangan salah orang lain banyak sangat.Salah orang UMNo sendiri dan pemimpin dibahagian itu.Inilah perbandingan bagaimana pemimpin UMNO dan KEDA bersama memaju rakyat Kedah.hari ini KEDA jadi alat tunggang ketua bahagian UMNO.Masa masih ada berubahlah.Orang dibawah itu wajib berubah.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah.Siapa kata punca UMNO KEDA rosak. UMNO sendiri pun ditendang KEDA.Ini ayat macam pegawai KEDA sendri yang menaip.Yang bawak KEDA bukan UMNO tetapi pegawai Kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan main tangkap muat aja nak hentam pengurusan KEDA. Kalau tak tau buat la cara tak tau. Ni asyik tuduh pengurusan KEDA buat serba tak kena. Kebaikan dan segala kemudahan yang KEDA buat melalui bantuan selama penwujudan nya tak pernah nampak. semua bantuan Kerajaan Persekutuan yang salurkan melalui KEDA dan KEDA adalah merupakan agensi Kerajaan Persekutuan. Penubuhan anak syarikat keda adakah itu satu kegagalan? atau korang semua buta kut...tulah jadahnya bila JIWA KACAU dan hati penuh HASAD DENGKI. Kepada pengurusan KEDA teruskan lah usaha menjana pembangunan luar bandar dan membela rakyat miskin kerana kami sentiasa mendoakan keujudan anda. kami rakyat yang pernah dibela dan sentiasa dibela. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui segalanya, Jika anda ikhlas sesungguhnya Allah akan melindungi anda semua. Teruskan lah usaha yang murni ini.

orangeman berkata...

Prestasi KEDA yang lembab adalah disebabkan 'Pengurus Besar' yang lembab tapi bijak dan berkepentingan dan gila nak jadi calon pilihanraya serta para prestasi pegawainya yang tidak amanah menjalankan tanggungjawab seperti yang digariskan oleh kementerian. Masing masing berkepentingan. Semua di KEDA otak korup kecuali beberapa orang yg masih tetap menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi tatapi diberitakan mereka perlu hadapi beberapa rintangan dari orang-orang tertentu bagi tujuan murni tersebut.

orangeman berkata...

KEDA adalah sarang PAS dan PAKATAN, Pegawai pegawai buleh kata ramai yang tak ikhlas... semua kaki pusing dan pembohong besar dan kaki tuang. Tapi ada jugak sorang dua yang ok. Depa yang ok saya kenal... yang tak ok pon saya kenal.

Tanpa Nama berkata...

keda ,keda,kecoh tuaa,GM sibuk sgt jarang ada ofis,mkn gaji tapi keja mcm sykt seniri.
pengurusan kanan byk PAS,sbb tu kerajaan PAS Kedah tak kalut sgt,byk manafaat depa dapat .
la ni tubuh pulak KEDA Holding (cuba nak tiru LADA)tera LADA Holding pon pok ni KEDA Holding.
Tak tau la orang Penang kata hariya pi

Tanpa Nama berkata...

Teman ni oghang Perak. Saja jalan-jalan Kedah cuti sekolah ni. Teman suka layan blog-blog hebat ni. Tertarik teman pada cerita Keda. Sepupu teman orang Kedah kerja Keda. Teman tanyalah sikit-sikit pasal Keda tapi yang teman dapat berkarang panjangnya hah.

Teman dapat story Chairman Keda dengan CEO Keda tak ngam. Chairman dulu macam isi dengan kuku dengan CEO tapi sekarang naik DAB (Datok Ahmad Bashah) dah terbalik pula. Masam-masam manis.

Teman tanya sepupu apa jadi hari KEDA genap 30 tahun? Sepupu kata tak ubah waktu Tun Mahathir nak berdepan masalah rakyat tak mau Menteri Besar Kedah waktu tu. Tan Sri Sanusi Junid. Tun Mahathir ada tuah sebab dapat kawan dan MB Kedah yang gentleman. Sanusi Junid faham bahawa kerusi MB Kedah kena kosong bila Tun Mahathir tak sebut nama dia sebagai Menteri Besar Kedah dalam ucaptama di 2 lokasi berbeza. Dek rasa malu, Sanusi Junid hantar surat letak jawatan.

Sepupu teman kata, nama Ceo Keda tak disebut pada hari tu. Teman terpikir juga. Betul ka? Kalau betul tentu Keda akan berubah Ceo nanti.

Komen sepupu teman, Ceo Keda nak bertanding PRU13 sebagai calon. Katanya, nak bertanding lagumana dengan namanya tak ada sebagai daftar pemilih dan bukan ahli UMNO.

Biar betul sepupu teman ni.

Teman pun jalan-jalan pagi tadi minum kopi di restoren depan klinik Dr M. Teman dengar sorang dari kumpulan yang makan kat situ bersembang. ' Hang tak tengok si !@#$%^&*( bukak pintu kat gm. Kaki aku macam nak boh penendang kat pembodek paling kuat Keda.

Teman ghemang telinga. Teman bayar minum terus blah.

Teman harap Keda bukan macam teman dengar.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
kerajaan tubuh KEDA memang bertujuan baik untuk membangunkan kawasan luar bandar dan membantu penduduk-penduduk miskin.Pegawai-pegawai KEDA pun berusaha untuk menjalankan amanah yang di pertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Cuma kegagalan yang berlaku adalah kerana sikap-sikap manusia yang kebanyakannya tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah dan berterima kasih atas pertolongan KEDA... manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada..bila sesuatu itu tiada.. barulah kita akan terasa ketiadaannya... renungkanlah..dan fikir2 kan lah...

Tanpa Nama berkata...

wish list Keda

1. Si arfan - GM - tak tau buat kerja sebagai GM, keda jadi cempera

2- si arifudin deputi gm - hero bunga yang naik dengan cantas orang sana, sini. orang pkr tapi duk bagi gambaran kata orang umno. ini master mind duk perlingkup keda. si arfan pun akan ditendang sebab cita-cita si arifudin ni nak jadi gm. jaga unit kemiskinan, tapi unit tu paling teruk dan duk perosak nama keda

3- si helmi - bos bahagian sumber manusia, pure PAS, sampai di kereta pun lekat stiker kedah sejahtera. menerusi gerakan dialah ramai orang pas dapat masuk keda

4- kamarudin - peg kewangan, buat kerja sangat slow, hampesss. juga tak ada jiwa umno, baik letak jawatan pi tanam jagung saja

5. staf yang lain banyak orang pas yang kerja duk lepak kedai kopi saja, tak tau pula bila masa duk buat kerja. bila lepak kedai kopi tak ada cerita lain, melainkan kritik orang lain semua tak betul, melainkan depa saja yang betul

6. tubuh anak syarikat tapi nampak gaya macam nak lingkup. aku berani betting tak sampai setahun lingkuplah RM5 juta yang bagi kat syarikat tu. lantik ceo pun macam hampes tak ada tokoh nak pimpin syarikat langsung

7. baik tutup saja keda, bagi kat azizan sahaja, baru arfan tau nasib dia

Tanpa Nama berkata...

Wahai Dato' Bashah,dengaq sini baik-baik. Nak ajaq pun dia dah tua tapi dok sayang UMNO kena cakap juga.

1.Dato' Bashah tidak ada autoriti karisma sebab dah bertahun masuk politik tapi tak paham tapak-tapak politik. Dalam politik demokrasi berparlimen ini, kita kena ada 'politiking hand ' di dalam pentadbiran awam. Jika sesuatu organisasi tu dah nak bagi lingkup parti kena buat pembersihan. Ini Deputy CEO KEDA orag PAS. Nak laksana dasar kerajaan macam mana.

2. Sebagai Pengerusi KEDA,tak bermaya maka nilai karisme Dato' memimpin lemah. Kalau tak boleh kawal KEDA macam mana nak kawal UMNO negeri Kedah dan KCS. Dalam politik, kalau tak dak karisma dalam kepimpinan, UMNO lemah, KEDA lemah dan semua lemah.

3. Ambiklah pengajaran bahawa jika hubungan pimpinan politik dan pimpinan pentadbiran awam renggang maka organisasi itu akan lemah. Jadikan isu hubungan renggang antara Sanusi Junit dengan KCS maka NKRAnya ialah result pilihanraya.

4. Sebagai pemimpin pentadbiran awam ( KEDA ) di bawah kerajaan pusat jika berkiblatkan parti seteru. Bagaimana melaksanakan amanah,aspirasi dan memaksimumkan polisi parti di dalam kerajaan untuk kesejahteraan rakyat di atas kepentingan parti ( UMNO ) sedangkan pemimpin itu PAS/PKR.

5. Saya masih ingat lagi cerita Dr. Afifuddin Omar tentang nak buat KEDA sampai KEDA senantiasa bermain dibibir rakyat. Tapi.......
bila hilang autoriti karisme itu di kalangan pemimpin inilah malapetakanya.

TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI STAF KEDA ... BUKAN SEMUA BAWA LUMPUR...RAMAI LAGI INTAN-INTAN YANG BERSINAR DEMI PERJUANGAN BANGSA MESTI DITERUSKAN.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates