Selasa, 10 Mei 2011

Kerajaan Menguasai Parti!

Memang pun. KEDA lubuk pembangkang. Dato Bashah pun depa nak cantas.Lagi kalut sekarang bilamana urusan JKKKP diletak dibawah pegawai yang bukan berjiwa UMNO. lagi parah bila yang mencaturnya adalah dari bukan UMNO. Isu terbaru 700 JKKKP yang berusia 65 tahun bakal kehilangan jawatan.Dan lebih melucukan, kakitangan Kerajaan tidak boleh memegang jawatan JKKKP. Lebih baik jadi ahli PAS dalam jabatan Kerajaan hari ni. Jangan hairan jika semua ini dicatur dengan baik bagi memastikan Kedah tidak akan jatuh kembali ke tangan BN. Jangan pandang mudah segelintir manusia yang diberi tugas untuk menjaga kepentingan parti.

By Anonymous on Hangat KEDA - kena saman on 09/05/11


Ini komen yang Kedah Times ambil dari Anonymous berkaitan Keda disaman. Jika benar KEDA menjadi lubuk pembangkang, maka benarlah seperti yang diperkatakan 'Kerajaan menguasai Parti' bukannya 'Parti menguasai Kerajaan'.

Ini membawa pengertian yang unsur-unsur sabotaj sentiasa dilakukan diperingkat tertinggi dalam jabatan-jabatan seperti ini yang dilakukan oleh pihak yang berkedudukan yang bersimpati dengan pihak bukan UMNO.

Jika benar tuduhan seperti di atas bakal berlaku, maka kemarahan kepada pimpinan atasan UMNO akan terjadi terutama ketika berdekatan dengan PRU13 sedang hangat diperkatakan. Ini dirancang secara sistematik supaya kemarahan ini timbul apabila PRU13 semakin dekat.

Inilah akibatnya jika jawatan strategik dalam jabatan kerajaan diberikan kepada mereka yang bukannya ikhlas melakukan tugas yang diberikan, sebaliknya lebih berminat untuk bersimpati kepada pihak yang sentiasa bercita-cita untuk mensabotaj apa saja polisi yang hendak dilaksanakan.

Berkaitan dengan KEDA, maka yang bertanggungjawab menjadi 'caretaker' ialah Pengerusi dan juga tidak lupa yang bakal di 'blame' kelak jika benar berlaku seperti apa yang dikomen ialah Menteri KKLW.

UMNO kena kembalikan era Parti menguasai Kerajaan, bukan hanya menurut apa yang dikatakan 'suasana politik sudah berubah'. UMNO patut menjadi agen kepada perubahan politik itu, bukannya sebagai pengikut!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hairan bagaimana KEDA masih dibiarkan begitu saja. Dengar ceritanya tahun ini paling ramai kakitangan KEDA minta untuk pencen awal. Tahun sebelumnya pun sama. Makin susut pekerja KEDA. Mengapa?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates