Selasa, 10 Mei 2011

Khalid Ibrahim Dah Bayar Gaji Anwar, Tapi Anwar Masih Marah-Marah

Sekiranya anda masih belum menemui mood ketawa pada petang ini, maka disyorkan kepada yang berada di Utara Malaysia, bukalah Sinar Harian di mukasurat N9 hari ini.

Tajuknya ' Anwar Tak Tuntut Tunggakan Gaji RM12'. Gaji yang dibayar semenjak dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri selangor pada akhir tahun 2009.

Bagi yang tak ada liputan berita ini, mintalah kawan-kawan di Utara simpan keratan yang membuktikan bahawa Anwar layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana tidak berkira ini untuk dibaca kemudian hari.

Ramai yang berpendapat, punca Anwar tak menuntut tunggakan gajinya itu kerana terlalu gaji yang diletakkan terlalu murah. Sekiranya harga tunggakan gaji sama tinggi seperti jumlah cukai tanah yang dikenakan kepada UUM, CheNed rasa, hari ini gaji keluar, kelmarin Anwar dah ambil dah.

Tak hairanlah kalau Anwar marah-marah sampai menggelar Perdana Menteri sebagai Pandikutty. Dalam hal ini pemimpin negeri yang bercadang nak ternak pandikutty secara besar-besaran di Sepang inilah yang telah mencemar nama baik Anwar.

Khalid Ibrahim, why you do like this to Anwar? Why??????

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 malaysia

Hal anwar memang sudah suluh lagi nyata.

Tetapi saya tertarik melihat liputan Berita TV 3 yang melihat gelagat MBAS dan polis melakukan kekasaran keatas peniaga minuman di Luar Perkarangan Stadium Darul Aman.

Sebagai manusia kerdil tindakan pihak berwajib terlalu kasar dan keras. Walaupun pihak peniaga bersalah menyalahi peraturan kerana lesen yang diberi hanya berniaga roda tiga tetapi mengapa harus dilakukan sedemikian rupa sebagai insan yang berpendidikan serta beragama islam. Sedangkan kita telah didedahkan KEDAH SEBUAH NEGERI KEBAJIKAN DAN SEJAHTERA dan mengaku sebuah Negeri ditadbir oleh islam sebagai MBnya.

Tindakan mereka ini amat keterlaluan seumpama rejim zionis. Ingin menarik perhatian mengapakan MBAS dan Polis tidak mengambil tindakan keatas penjaja2 di jalanan Pintu Sepuluh yang mengahalang laluan jalan bahkan amat menyukar kenderaan lalu dan resiko berlakunya kemalangan amat besar. Kita lihat bukan sahaja 2, 3 penjaja dan penjual bah sepanjang jalan tersebut dipenuhi penjaja. Apakah mereka ini kebal atau MBAS dan polis hanya berani menghukum sesama melayu dan islam dan bagi golongan cina ini mendapat lampu halal atau ada udang disebalik batu?

Amat malang apabila peronda polis yang lalu memejam mata bahkan MBAS menjadi buta mata dan Dato' Bandar memejam mata atau buta mata jika ambil tindakan keatas mereka ini atau ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya?

Begitu juga hal terjadi pada peniaga runcit keturunan Cina di bangunan hadapan PAsar Peremba yang kebal mengantungkan dan melatkkan barangan dilaluan jalan kaki ( kaki 5) hadapan kedai. Sedangkan peniaga melayu mematuhi semua arahan tidak melatkkannya akibat disaman dan dirampas oleh MBAS. Persoalannya mengapa peniaga cina ini diberi kebenaran dan tidak diambil tindakan?

paling menyedihkan pihak berkuasa MBAS memejam mata melihat kelibat pemandu meletakkan kenderaan ditepi jalan raya dan bahu jalan hingga menghalang lalun kenderaan dan mengundangkan kemlangan. Sedangkan terlalu banyak tempat meletak kenderaan dibelakang bangunan deretan kedai. Hakikat pelanggan terpaksa jalan jauh sedikit?

Harap datuk bandar MBAS jangan pejam mata, buka mata ataupun mendapat habuan tertentu supaya pihak tertentu kebal dan pihak tertentu sahaja boleh diambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Peniaga Jalanan di Pintu Sepuluh?????...Idea paling bernas. Penyokong fanatik PR di Malaysia kalau tak percaya datang tengok sendiri, lebih dahsyat daripada keadaan di Pulau Pinang, bagaimana puak cina menguasai kerajaan PAS Kedah. Datuk Bandar bukan setakat buta mata, tapi dah pekak telinga, takut hilang kuasa kerana MB yang lantik...kesian Dt Bdr kita tu, isi borang msk PAS je lah...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates