Isnin, 9 Mei 2011

Kolej/Universiti UMNO.. Apa kata Anda

Penubuhan sebuah institusi Pendidikan yang berlabelkan UMNO haruslah menjadi kenyataan. Institusi ini mungkin sebagai sebuah kolej pendidikan UMNO atau Universiti Kolej UMNO atau Universiti UMNO.

Penubuhan ini bakal memberi peluang kepada lebih ramai Melayu/Bumiputera yang tidak dapat memasuki  IPTA yang sedia ada. Ini akan membuka lebih peluang kepada mereka yang tercicir ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jika kita lihat secara kasar, yang tercicir ini adalah Melayu/Bumiputera yang sebenarnya tidak mampu untuk memasuki IPTS yang memerlukan kewangan yang tinggi. Dan kebanyakan IPTS ini telah dipenuhi ole bukan Melayu/Bumiputera yang mana mempunyai kewangan yang kukuh atau ditaja tabung/yayasan pendidikan yang besar dan baik. Dengan adanya institusi seperti ini, maka mereka ada pilihan dan peluang untuk memajukan diri. Dan institusi ini perlu dibuka untuk semua Melayu/Bumiputera tidak kira ideologi politik mereka.

Kedah Times melihat ini sebagai satu lagi lonjakan peningkatan peluang menuntut ilmu kepada Melayu/Bumiputera. Dan kami bersetuju benar dengan saranan Datuk Mukhriz ketika melontarkan idea ini di Papar, Sabah.

UNIVERISITI UMNO MALAYSIA .... KOLEJ UNIVERSITI UMNO ... menarik ... menarik!

Mukhriz Saran Umno Tawar Biasiswa Dan Tubuh Kolej

PAPAR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Umno menawarkan “Biasiswa Umno” dan menubuhkan “Kolej Umno” bagi menyerlahkan peranannya dalam pembangunan belia di negara ini.

Beliau berkata penekanan nama “Umno” dalam cadangan tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat khususnya bumiputera, akan sumbangan parti berkenaan dalam pembangunan golongan muda.

Kedua-dua kemudahan ini hendaklah memberi manfaat kepada semua, bukan kepada anak-anak anggota Umno semata-mata, katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Papar, di sini Ahad.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata langkah itu perlu memandangkan masih ada pelajar bumiputera yang cemerlang namun keciciran daripada menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan kolej itu boleh dilaksanakan dengan mengambil alih institusi sedia ada atau bekerjasama dengan mereka.

Mengulas perkara lain, Mukhriz percaya tindakan kepimpinan Pemuda Umno pusat menggugurkan Azman Roslan sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah baru-baru ini telah dibincang dengan teliti.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana saya tidak tahu sebab keputusan itu dibuat. Tetapi saya berharap ia tidak akan menjejaskan persediaan kita menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Terdahulu semasa berucap, Mukhriz meminta anggota Pemuda tidak takut dalam menyuarakan keperluan komuniti kepada pucuk pimpinan, namun pada masa yang sama harus menjaga tata susila dan tidak melampau.

“Jangan biarkan pembangkang bersuara untuk masyarakat,” katanya.

Beliau turut meminta semua anggota Umno dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) bersatu dan tidak membiarkan pertelingkahan kecil menjadi api dalam sekam yang boleh memusnahkan semangat setiakawan. – BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates