Rabu, 11 Mei 2011

Lagi Tentang KEDA

Kedah Times sangat tertarik dengan komen dari seorang pengkomen berkenaan Hangat KEDA - kena saman.

 lala berkata...
Tewas atau tidak,saya x kesah,
tapi saya tau, hangpa semua ni benda kalau berkaitan kerajaan umno, mesti hangpa semua mencari kesalahan walaupun xsalah dan tak tahu apa pun perkara sebenar. saya sangat sedih kat hangpa semua,tak tahu tapi komen mcm teraa sangat..haha..ish2. Mintak2 la allah buka hati hangpa semua.

Kedah Times bersetuju dengan ayat yang menyokong UMNO di mana kalau bersangkutan dengan kerajaan maka selalu kesalahan akan terarah kepada kerajaan. Tetapi mungkin kita patut melihat dari beberapa sudut lain tentang kenapa apabila KEDA di saman diberi liputan yang agak luas.

Pertama, sorotan berita yang hampir kesemuanya dibawakan oleh media arus perdana milik dan pro Kerajaan. Bukankah kalau mengikut resminya, sesuatu yang bersangkutan dengan Kerajaan pasti akan ditapis dan dinilai samada ianya menguntungkan Kerajaan atau tidak? Atau adakah ianya memberi satu nafas baru untuk diterapkan dalam minda kita bahawa dalam kes ini kenapa hanya agensi disebut tetapi bukan Kerajaan?

Adakah tataurus sesuatu agensi itu mencerminkan UMNO? Atau kata lain agensi kerajaan itu adalah UMNO maka bilamana sesuatu agensi Kerajaan disaman maka secara tak langusngnya UMNO dan Kerajaan salah?

Bagaimana pula dengan istilah demokrasi dalam agensi. Ada yang menyokong UMNO dan ada yang menyokong pembangkang. Siapa mereka dalam agensi? Adakah sebagai kerani biasa atau sebagai pegawai tertinggi?

Jika kita tahu bahawa setiap tindakan kakitangan awam itu mencerminkan Kerajaan maka akan terdapat dua keadaan hasil kerja iaitu bagi yang menyokong dan membangkang.

Dan hari ini kita lihat bagaimana sebahagian besar sektor awam dibenci rakyat kerana apa yang Kerajaan katakan tak pernah sampai kepada rakyat. Mengapa? Adakah kerana 'system' atau kerana 'human'.

Mungkin juga dalam sektor awam masalah politik agak kurang berbanding dengan tarikan wang dan pangkat.

Dan sekiranya penjawat awam tahu bahawa setiap hasil kerjanya akan memberi 'muhibbah' atau 'bala' terhadap Kerajaan maka di sinilah letaknya persoalan samaada hari ini sepatutnya Kerajaan menguasai parti atau parti menguasai Kerajaan?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

orangeman :

Inilah dinamakan demokrasi, walau pon semua orang tau KEDA tu sarang PAS dan PKR malah tau sapa dia orang orang PAS dan PKR tu, depa boleh buat dekkkkk saja. Maklumlah orang-orang UMNO ni baik baik dan beriman. Baik budi perkerti dan teramat bertimbang rasa serta jujur dan ikhlas menjalankan amanat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates