Isnin, 9 Mei 2011

Masih tak sedar diri

Kedah Times seperti Mummy Rokiah juga hadir pada perhimpunan PERKASA pada 30 April 2011 yang lalu di perkarangan Stadium Suka Menanti Alor Setar. Perhimpunan diadakan di kawasan lapang padang bolasepak bersebelahan Stadium Badminton.

Nasib Kedah Times baik kerana bermotor kapcai kesana. Sempat berjumpa beberapa orang sahabat spt Pelantaqhujah, BigDog serta PA DMM dan PA Tun Dr Mahathir.

Walaupun panas terik tetapi ramai Melayu yang sanggup berpanas di tengah padang menunggu Penasihat dan Pengerusi Perkasa. Tanhiah kepada yang begitu prihatin.

Seperti kata Mummy Rokiah, tiada seorang pun ketua-ketua UMNO yang nampak batang hidung. DMM ada kerja luar tetapi PA dia tetap hadir.

Seperti komen dari UMNO Kedah yang Dato Bashah berada luar kawasan dengan jadual yang ketat tidak dapat hadir. Kita akui beliau sibuk tetapi undangan telah lama diberi. Jika tidak dapat hadirpun, kenapa tiada hantar wakil. Kan ada SU, SUK, Bendahari dan pelbagai lagi AJK di perhubungan negeri!

Ataupun setidak-tidaknya mohon ketua bahagian datang dengan JK atau ahli bahagian. Kalau dah tak mampu sangat untuk lakukan sesuatu, minta ahli UMNO datang bersama-sama meraikan Tun Dr Mahathir. Itupuan jika tidak mahu terlibat dengan PERKASA.

Lebih 70% ucapan Tun Dr Mahathir berkisar kepada promosi BN kepada rakyat. Ini peluang terbaik untuk UMNO Kedah mendapat kembali sokongan rakyat.

Tetapi nampaknya itu semua tak penting, yang penting mejadi calon PRU. Kedah Times melihat sendiri bagaimana Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian berlumba-lumba membuat program untuk menonjolkan diri supaya dipilih menjadi calon Parlimen. Perjuangan dengan keihlasan nampaknya sudah pupus ..

Jika inilah mentaliti Ketua-Ketua UMNO di Kedah, semakin meluatlah rakyat kepada UMNO. Kedah Times pun terasa meluat juga dah terhadap kerenah pemimpin-pemimpin bahagian di Kedah ini.

Pemimpin yang lupa daratan, tidak pernah menghormati bekas pemimpin besar negara. Tidak sedar diri yang apa yang ada dan diperolehi hari ini adalah hasil pemimpin dahulu.
Kedah Times berharap agar semua ketua-ketua UMNO ini segeralah sedar diri. PRU semakin dekat. Jangan dedahkan diri anda semua kepada kritikan melampau rakyat. Kedah Times jika terusan melihat perangai ketua-ketua bahagian ini tidak berubah, tidak akan segan-segan untuk mengkritik ketua-ketua ini setiap hari.

Mungkin di mata Ketua-ketua UMNO ini, blogger macam kami tidak memberi impak kepada politik mereka, tetapi sedarlah 'chain reaction' berlaku terhadap maklumat yang disiarkan disini.

Harap mereka sedar diri ....

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Oooooooooo ketua bahagian kalau mantan-mantan tak main laaaaa.Ketua Bahagian main sama yang ada power laaaa.Mantan bukan boleh bagi apa dah.Meluat aku dgn ketua bahagian.rekod depa pun bukan elok sangat.Tambah ketua bahagian Padang Serai cukup lagi kotor dengan cerita skandal yang tak akan padam.Ketua apa jenis ini.Begitu juga Sg Petani,Merbok,Kuala Kedah,Pokok Sena,Baling.UMNO jadi lemah kerana mereka yang tak imej jadi pemimpin.

Omar mokhtar berkata...

Kalau D S Najib letak juga puak puak dinosaur ,KETUA KETUA BAHAGIAN REPUT dalam negeri Kedah kita kena seru pada rakyat kedah untuk tumbangkan mereka macam mana Sami Vellu ditumbangkan di Sungai Siput dan macam mana Menteri menteri kanan Singapork direbahkan DI KAWASAN PARLIMEN AL JUNED.

Rakyat Kedah boleh lakukan,mulai sekarang kita teruskan kempen membuka pekung tiap tiap kerja buruk Ketua ketua Bahagian UMNO Kedah termasuk Dato Bashah yang memang tak boleh di harap langsung.

Kita kena sampaikan dengan apa cara sekalipun perangai buruk puak puak ini kepada Presiden parti dan seluruh rakyat Kedah.'ENOUGH IS ENOUGH'WE DONT NEED THESE BUNCH OF HYPOCRITE LEADERS TO LEAD US IN KEDAH'

Tanpa Nama berkata...

Tahun lepas semasa Perkasa nak buat himpunan melayu di Sekolah Menengah Ibrahim, MP Sg. Petani Johari Abdul dan Tajul Urus Ketua Bahagian Merbok protes, tak bagi guna dewan sekolah. Kononnya sekolah tak boleh dijadikan agenda politik, walhal Perkasa NGO tp untuk Persidangan Agung Bahagian Merbok pada 28/5 nanti, boleh pulak guna dwn MRSM tuk bersidang. Saya sedang memcari keratan akhbar kenyataan tersebut untuk renungan kita bersama. Lihatlah rakyat mengenai pemimpin yang lidah bercabang seribu.

Kelubie berkata...

Say no to KB Padang Serai because Di Juburi dan memalukan serta menjijikan.

Melayu jati berkata...

Duri duri dalam daging mcm ni lah kena dihapuskan dulu.Mereka mereka ini lah yang merosakan UMNO.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates