Isnin, 23 Mei 2011

Najib Guna Akal, Anwar Guna Kepala B*&^h

Ramai yang berpendapat isu Anwar Ibrahim sudah tidak releven dan tidak perlu dihujah-hujahkan. Semakin jelas UMNO ketandusan idea dan menyerang Anwar habis-habisan. Benarkah?

Bukankah Anwar Ibrahim itu adalah seorang pemimpin yang kata-katanya didengar oleh sebahagian ahli-ahli dan penyokong-penyokong PR. Bukankah Anwar Ibrahim yang selalu muncul berkata tentang keadilan, ketelusan media dan pentadbiran, perangi rasuah. Bukankah Anwar juga bernaung di bawah bendera PR yang sama dengan PAS dan DAP?

Jadi adakah isu Anwar Ibrahim ini tidak releven sama sekali untuk dibawa setiap hari sehingga makhluk ini menutup mulutnya dari menafi-nafi lagi?

Kita melihat bagaimana PAS dan PKR yang sebahagian besarnya meninggikan Islam dan berpaksikan keadilan yang semakin hari semakin haru biru dalam mempertahankan Anwar Ibrahim. 

Adakah perlakuan lelaki ini normal sebagai seorang pemimpin yang masih punyai peluang untuk bergelar Perdana Menteri jika kita sendiri mahu dia mengapai apa yang dicita menjadi idola dan model kepada generasi yang tak kiralah samaada tua, muda atau masih kanak-kanak?

Adakah kita akan menyalahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak menyekat penyebaran video seks lucah yang dinafikan Anwar tetapi tak pernah ada dalam dunia ini lelaki yang seiras Anwar waima sepasang telinga, dahi dan gaya?

Anwar Ibrahim mempergunakan semua pemimpin dalam PAS. PKR tidak perlu dihujahkan. Seolah lembu yang dicucuk hidung dan jika dilepaskan pun tak akan bergerak ke mana-mana sebab tiada pendirian, arah tuju dan tak tahu jalan. PAS terpaksa membenarkan perlakuan Anwar. Adakah ini betul? 

DAP hanya tersenyum melihat lelaki ini menepis-nepis kritikan dan soalan berkenaan tindakannya sendiri. Anwar menguntungkan mereka tetapi tidak Islam dan Melayu. Liwat, zina, bercakap bohong, mengajak rakyat menggunakan hati bukannya akal sedangkan dalam Al-Quran sendiri mengajak manusia untuk berfikir dan berbentuk pertanyaan mengapa manusia tidak mahu menggunakan akal. 

Jika kita menggunakan akal maka adakah kita akan melenting, membangkang sesuaka hati? Kenapa PR banyak menggunakan sentimen perasaan tidak akal? Kerana kita akan mudah untuk percaya dan yakin bahawa semua orang zalim bukan diri kita kerana kita bertindak mengikut rasa. Bukan akal.

UMNO dan BN berkhidmat sehingga kita terpaksa fikir apakah lagi yang tidak kita terima manfaat pemerintahnnya. Hanya ada satu mampu menenggelamkan jasa dan budi. Gunakan hati. Gunakan kesukaran hidup sebagai seorang manusia maka kita sudah tidak perlu susah payah untuk berterima kasih.

Selamat untuk diperbodohkan dan diundurkan pemikiran oleh PR!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates