Sabtu, 7 Mei 2011

Nik Aziz Kekal Jadi MB Sebab Beristeri Hanya Seorang. Azizan Mungkin Akan Senasib Hadi Awang

Seorang makcik tua yang sebaya usia dengan Hadi Awang bersyarah panjang tentang mengapa PAS perlu dikekalkan memerintah Kedah. Katanya, dia cukup yakin kemampuan Azizan sebagai Menteri Besar yang telah banyak menaburkan jasa. 

Katanya lagi UMNO Kedah dah tak ada nama-nama bersih seperti Azizan, Mamfus Omar dan ramai lagi. Katanya lagi sambil gelak ketawa yang kuat, katanya ahli UMNO sendiri pun tak sokong sebahagian besar ketua-ketua Bahagian UMNO di seluruh negeri Kedah.

CheNed pun pi lah kat dia dan tanya macammana dengan manifesto PAS yang tidak sampai 10% dilaksanakan di Kedah? 

Kata makcik ni, itu tak mengapa. Sebabnya PAS baru perintah 3 tahun. Masih panjang masa nak penuhi manifestonya. Katanya lagi, kalau nak buat bagi capai manifestonya, rakyat Kedah bagilah undi lagi pada PAS. PAS Kedah kena perintah lebih kurang 10 tahun lagi barulah semua janji-janjinya dapat dilaksanakan.

CheNed tak dapatlah nak sembunyikan ketawa CheNed lalu terburailah gelak CheNed.

"Yang hang gelak pasai pa?"

CheNed gelak kuat lagi. 

"Makcik..Makcik bercakap sebab makcik hanya baca Harakah, keluar rumah beli kuih kemudian makcik tengok drama Melayu, Korea, Indonesia dan cerita-cerita bersiri yang lain. Kemudian makcik hanya berhujah dan bertukar-tukar pendapat bila adanya Muslimah buat kunjungan hormat dan sebagai isyarat mengingatkan makcik agar terus sokong 'Bulan'."

"Baik makcik suruh pemimpin PAS makcik simpanlah rayuan dan tagihan untuk diberi kuasa lagi selepas PRU13. Sebabnya cukuplah selama ini PAS tak buat apa-apa. Kalau lagi 10 tahun, saya takut kita ni pakat habis jadi kera. Semak samun panjang berdepa."

"Bagi rakyat Kedah lanie, takpa! Biar UMNO ketandusan pemimpin tetapi yang penting PRU13, UMNO mesti dimenangkan. Pemimpin boleh dicari ganti dan ditukar ganti. Kalau sekarang semua orang mengakui dan ada yang terikut-ikut menyatakan UMNO ketandusan pemimpin, takkan Dato Najib nak duduk saja? PAS perintah, akhlak remaja dan belia sama naik malah lebih teruk dari segi penagihan dan juga maksiat. Mana yang baiknya PAS perintah? Kata saja ceramah ugama, tetapi bila dengar 99% ceramah itu ceramah politik. Sampaikan anak ditinggalkan di tangga masjid menjadi salah Kerajaan BN yang dah tak pegang negeri Kedah. Makcik masih nak kata PAS berjasa? 

"Pada alam sekitar pun PAS dah tinggalkan bala. Balak habis ditebang. Kesaannya banjir sana sini terutamanya di kawasan tadahan hujan."

Makcik tu senyap terus. Nak kata apa lagi dah. Padah sebab asyik baca Harakah yang tiada langsung penulisan yang mengajak rakyat bermindakan kelas pertama. Yang banyak di dalamnya ialah keluhan serta ajakan mengingkari nikmat hidup. 

Jadinya biar jelas di sini. UMNO mungkin teruk tetapi PAS sepuluh ganda lagi teruk dari teruk yang UMNO ada. Pemimpin UMNO pasti akan berubah di masa hadapan tetapi jika tak ubah juga pemerintahan seperti yang ada pada hari ini, maka Kedah akan terus kekal menjadi sebuah negeri yang langsung tak ada daya saing dengan negeri lain waima negeri sekecil Perlis. 

Dulu CheNed undi PAS sebab menyampah dengan UMNO semasa era PM tidur. Tapi la dak dah..CheNed yakin Dato' Najib pasti akan meneruskan pentadbiran sama seperti ayahnya Tun Razak. Cukuplah PAS yang dah lari dari asas perjuangan asalnya.

Lagipun suara PAS hanya laku di zaman PM tidur. Zaman PM jaga macam yang ada hari ini, suara PAS dah makin tak laku. Terima sajalah hakikat ini wahai PAS. Jadi pembangkang kembali kerana itu saja yang sesuai untuk PAS. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates