Rabu, 18 Mei 2011

Pejabat MBAS disita

Pejabat Majlis Bendaraya Alor Setar disita sebab gagal bayar hutang. Nak kerja, buat kerja cara Islam, hutang ni ada hukumnya dalam Islam. Ikut cara Islam, hutang kena bayar.

Bila tak bayar hutang, tak buat kerja ikut cara Islam, walaupun dimulut kata "nak buat kerja, buat kerja cara Islam",  inilah jadinya.

Kalaulah ini berlaku semasa pemerintahan BN, tak tahulah apa Mahfuz akan kata, tapi dah berlaku sekarang, diam sajalah si Mahfuz. Itulah jadinya bila kerjanya asyik pantau kerajaan Pusat, urusan kerajaan Negeri yang menjadi tanggungjawab sendiri tidak dijaga dengan amanah.

Rakyat Kedah sudah muak dengan mereka yang pandai bercakap, tapi bab kerja, satu habuk pun tak reti. Itulah jadinya kalau negeri di perintah oleh pemerintah yang panas baran.

Hukum Tidak Membayar Hutang:

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)

 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)

Pejabat MBAS disita

2011/05/12

ALOR SETAR: Akibat gagal menjelaskan bayaran RM749,355 kepada sebuah syarikat pembekal peralatan penjimatan tenaga elektrik yang tertunggak sejak 2008, pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air, di sini, disita, hari ini.

Tindakan menyita premis MBAS yang turut menempatkan pejabat Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, itu dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari tadi selepas plaintif, syarikat Veecan Management Sdn Bhd (Veecan) mendapat perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar bertarikh 24 Mac lalu untuk menyita dan menjual harta MBAS. 
 
Bagaimanapun, pelaksanaan writ sitaan dan penjualan harta MBAS itu disempurnakan hari ini.
Terdahulu, writ berkenaan diserahkan plantif yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ismail Said bersama peguamnya, Judy Toh serta bailif Mahkamah Tinggi Alor Setar, Hamid Man kepada Khazali.

Hamid kemudian melaksanakan perintah sitaan itu dengan merantai pintu masuk utama pejabat MBAS itu serta meletakkan pita halangan dan menampal notis sitaan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

Mengikut writ tuntutan yang difailkan bertarikh 27 Julai 2010, plaintif menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM672,992.47 serta faedah lapan peratus bermula daripada 30 September 2009.

Pada 14 Februari lalu, plaintif mendapat perintah penghakiman engkar pembelaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi berikutan MBAS gagal memberi maklum balas terhadap tuntutan syarikat itu.
Ismail, ketika ditemui, berkata Veecan menandatangani kontrak dengan MBAS untuk memasang alat penjimatan tenaga elektrik di tiang lampu seluruh kawasan pentadbiran bandaraya ini pada 2008.

Mengikut perjanjian, MBAS perlu membayar jumlah penjimatan bil yang perolehi daripada pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik itu kepada plaintif sepanjang tempoh lima tahun sebagai pulangan terhadap pelaburan yang dikeluarkan syarikat itu.

Bagaimanapun, katanya, defendan melanggar syarat kontrak apabila gagal membuat bayaran kepada plaintif bermula September 2008 hingga tahun lalu menyebabkan syarikat itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif juga mendakwa sejak tuntutan itu difailkan defendan gagal menjawab tuntutan yang dikemukakan dan berikutan itu pihaknya mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita harta pihak berkuasa berkenaan.

Sementara itu, Khazali berkata MBAS akur dengan keputusan mahkamah dan membayar jumlah keseluruhan yang diarahkan mahkamah.

Katanya, MBAS lewat membuat pembayaran kepada syarikat itu disebabkan beliau perlu mengambil masa untuk meneliti tuntutan berkenaan kerana ia membabitkan wang rakyat yang jumlahnya agak besar.

"Tambahan pula, plaintif tidak memenuhi beberapa terma dalam syarat kontrak apabila gagal menghantar invois dan laporan teknikal mengenai peralatan penjimatan tenaga itu setiap tujuh hari bulan pada setiap bulan kepada MBAS," katanya.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

orang pas memang macam tu, kalau berhutang sampai anak 4 pun tak mau bayar lagi

Tanpa Nama berkata...

guna je duit cukai tanah uum...kan..kan..kan..

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK TAU BUAT KERJA, SAMA SAJA KAT MANA PUN, MB, SETPOL, HJ SOBRI DI KTPC, HJ AWANG HASHIM, SEMUA TAK TAU BUAT KERJA. TAPI BULAN2 AMBIL GAJI BUTA. NASIB LA KEDAH OOOIII. TIAP2 HARI ADA SAJA CERITA KEGAGALAN PAS KEDAH, TAPI CERAMAH CAKAP PAS BERJAYA TADBIR KEDAH DENGAN CEKAP. PAS ITU BOHONG

orangeman berkata...

Dah tau PAS tu pembohong besar semua kita ni nak pangkah PAS lagi ka PRU akan Datang? 'Lu fikir lah sendiri' ....itu Nabil kata... UBAH JANGAN TAK UBAH !! ubah bagi PAS ranab sekali ni.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates