Selasa, 24 Mei 2011

Pemuda Sayur Keladi ...


Kedah Times petik dari utusan curahan rasa seorang bapa prihatin terhadap anak-anak Melayu yang cemerlang tetapi tidak mendapat biasiswa JPA. Sebaliknya kaum Cina ada saja pemimpin mereka yang bertegas dengan kerajaan agar anak-anak keturunan mereka diberi biasiswa JPA. 

Kedah Times merasakan dalam kes ini Pemuda UMNO sebagai sayap kanan patut memainkan peranan penting dalam memperjuangkan isu ini. Ramai anak-anak Melayu/bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi gagal mendapat tempat atau biasiswa kerajaan. Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa mereka tidak dipilih. Mungkin KOKO mereka agak kurang atau trial exam mereka tidak ditahap Cemerlang. 

Tetapi mereka mendapat keputusan yang baik dan boleh dipertimbangkan oleh pihak-pihak berkaitan dalam mendapat biasiswa. Dan PEMUDA UMNO sepatutnya ke hadapan dalam isu ini. 

Nampaknya pemimpin Pemuda semua dah kaya-raya, sebab itulah mereka menyangka semua orang Melayu dah mampu membiayai pendidikan anak sendiri. Ataupun KETUA PEMUDA dah jutawan, apa peduli dengan anak bangsa. 

Nampaknya Pemuda UMNO tidak pernah ke depan dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu/Bumiputera. Mereka lebih selesa memperjuangkan perkara-perkara tidak berkaitan dengan Melayu/Islam dan Bumi. 

Sudah sampai masanya Pemuda BERUBAH. Jika tidak mahu berubahpun, ubahlah ketua Pemuda tuu. Itupun kalau pemuda ada teloqqqqqq.


Bela pelajar Melayu

SAYA kagum dengan keprihatinan dan ketegasan parti komponen BN iaitu MCA, khususnya Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan juga Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam memperjuangkan nasib pelajar cemerlang SPM dalam kalangan anak-anak Cina yang tidak mendapat biasiswa JPA.

Keghairahan bersuara dalam kalangan pemimpin Cina dalam memastikan anak-anak mereka tidak terlepas peluang mendapat biasiswa amat dibanggakan.

Pada masa sama, saya amat sedih dengan sikap pemimpin Melayu, khususnya yang nampak hebat menerajui NGO. Dalam hal memperjuangkan nasib anak Melayu yang juga ramai mengalami nasib sama seperti pelajar Cina ini langsung tidak kedengaran.

Saya harap mereka ambil berat isu ini kerana di luar sana ramai masih ramai pelajar cemerlang Melayu tercicir tanpa sebarang pembelaan.

BAPA PRIHATIN
Persiaran Duta,
Kuala Lumpur

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates