Rabu, 25 Mei 2011

Pemuda UMNO boleh baca doa tahlil ka?

Soalan ini Kedah Times petik dari coretan Dr Maza. Kedah Times amat bersetuju dengan soalan ini. Kerana jika UMNO ingin terus menjadi juara kepada orang Melayu/Islam/Bumiputera serta terus relevan, maka soalan ini perlu ditanya kepada semua ahli-ahli UMNO.

Jika ahli-ahli UMNO tidak kisah, maka benarlah apa yang diperkatakan oleh rakyat bahawa UMNO sudah hilang asas perjuangannya.

Kita lihat bagaimana keadaan Pemuda. Dibawah KJ Pemuda amat jauh sekali dengan program-program keagamaan. Maksud Kedah Times, program percambahan ilmu agama dikalangan ahli-ahlinya. Yang kita dengar adalah program sukaria, perjumpaan bagaimana untuk menaikkan seseorang pemimpin, bagaimana nak jadi kaya. Tetapi adakah mereka pernah berfikir untuk mengkayakan ilmu mereka?

Kedah Times tidak nafikan terdapat ramai ilmuan Islam dalam UMNO, tetapi kenapa kekayaan ilmu mereka ini tidak dijadikan sumber untuk mempertingkatkan ilmu ahli-ahli UMNO dalam agama. Disamping membentuk ahli-ahli yang berilmu, bertakwa dan berjiwa tinggi dalam perjuangan.

Kedah Times mencabar Pemuda UMNO sebagai permulaan, untuk memperbanyakkan program keilmuan (agama) kepada ahli-ahlinya.  Program tarikan lain-lain seperti sukan dsb demi untuk menarik ahli baru perlu diteruskan. Tetapi untuk ahli sedia ada, apa lagi laksanakan apa yang dicabar oleh Dr Maza.

Itupun kalau Pemuda UMNO ingin berubah!

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fenomena umum. - DR MAZA

1 comments:

abu Luqman berkata...

singgah pagi sini

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates