Selasa, 24 Mei 2011

Pergerakan Pemuda UMNO Cipta Sejarah

Ini petikan yang Kedah Times ambil dari Suara Perkasa. Mungkin kita terutama ahli-ahli Pemuda UMNO fikir secara mendalam perlukah mereka mempunyai seorang Ketua yang tindak-tanduknya terang-terang menjahanamkan Sayap kanan UMNO itu. 

Dan sebagai seorang yang bertaraf naib presiden dan UMNO, apakah ahli-ahli UMNO boleh menerima seorang seperti ini?

Apa yang ditulis dalam Suara Perkasa ini adalah fakta yang telah berlaku dan melibatkan tindakan dan percakapan KJ sendiri.

Pernahkah kita lihat KJ garang apabila isu Islam dan bangsa Melayu disentuh? Apakah kita pernah lihat KJ CONCERN apabila bangsa Melayu diperkotak-katikan di Penang?

Apakah kita pernah lihat KJ bersuara tegas dalam isu-isu hak bumi dan melayu?
Kedah Times masih tidak faham sikap ahli-ahli UMNO yang masih menyimpan seorang pemimpin sebegini. 

KJ adalah lialibilit kepada UMNO dan perjuangan ALIF BAA TAA.

Sejarah telah dicipta oleh Pemuda UMNO dan UMNO kerana masih menobatkan seorang yang tidak pernah berjuang untuk menegakkan Aliff Baa Taa. Boleh letak dalam book of record!!

Petikan SUARA PERKASA 23 Mei 2011:

KJ perjuangkan agama mana?

Oleh : SY. HASSAN ALI

Sekali lagi kita disampaikan berita dari salah satu  laman portal yang rasis kenyataan seorang muda yang pernah berkuasa dek kerana mertua orang nombor satu.

Kali ini kenyataannya menyelar seorang penulis blog yang melapurkan kisah perjumpaan paderi-paderi seluruh nagara dengan satu upacara ikrar untuk jadikan Kristian sebagai Agama Persekutuan.

Kita tidak tahu samada benar atau tidak laporan penulis blog itu. Laporan penulis blog itu dipetik pula oleh akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkannya di muka depan  akhbar itu baru-baru ini.

Tindakkan Utusan Malaysia adalah mungkin kerana berita itu sangat penting kepada negara dan umat Islam. Itu pun tajuknya hanya satu pertanyaan ‘Kristian agama rasmi?’.

Maka negara pun dihangatkan beberapa laporan polis oleh pelbagai pihak. Perkasa sendiri telah buat hampir 20 laporan polis terhadap berita itu.

Bila berita itu menjadi hangat, ada seorang ‘selebriti’ ambil kesempatan nak tunjuk keperihatiannya konon merasa bertanggungjawab menghindar pergeseran kaum. Namanya Khairy Jamaluddin dengan panggilan disebut KJ sahaja.

Beliau ni lupa akan peristiwa yang banyak berlaku isu perkauman dalam negara ini adalah ketika mertuanya menjadi orang nombor satu.

Zaman itu beliau juga tidak sedikit menimbulkan konrovesi. Bermula dengan menghantar passport antarabangsa bekas seorang banduan sedangkan orang awam tidak boleh memiliki dokumen perjalanan orang lain. Menghantar passport bukan kerja beliau.

Ramai orang kata cara hidup beliau cara orang barat. Lahir diluar negeri. Dibesarkan dan bersekolah juga diluar negeri. Gaya hidup bagai seorang artis. Populariti menjadi ‘priority’.

Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO sekarang ini dan bolehlah nanti dicatitkan sejarah Pemuda UMNO berada paling lemah ketika zaman beliau menjadi ketuanya kerana bangsa lain sangat berani ketika ini dan tiada pula pemuda Melayu bersuara lantang membela bangsa.

Beliau sebenarnya tidak dikendaki menjadi KP UMNO. Tapi peranan mertua membuatkan beliau sukar diusik oleh ahli parti itu lalu berjaya menjadi ketua sayap yang menjadi harapan bangsanya.

Lemahnya Pemuda UMNO dibawahnya teserlah bila beliau dan barisan EXCOnya tidak kelihatan di Masjid yang telah dilempar kepala babi ke dalamnya. Di zaman Pemuda UMNO dahulu kes kepala babi dicampak ke dalam Masjid  kalau adalah, sudah pasti berasap hitam Kuala Lumpur. Tapi batang hidung KP UMNO ni ke mana waktu itu.

Tapi hairan bila sebuah Gereja dibakar, KJ pagi-pagi dah muncul di lokasi menunjukan keperihatinannya. Kejadian di Masjid tak muncul, tapi di Geraja boleh ada awal pagi pula.

Bila  seorang peguam Melayu membuat kenyataan Islam bukan Agama Rasmi Negara kerana dakwa peguam itu dalam Perlembagaan Negara hanya sebut Agama Persekutuan sahaja.

Tapi dalam isu peguam Melayu ni, KJ tiada satu kenyataan pun keluar dari mulutnya menyelar peguam tersebut. Mungkin KJ anggap dakwaan peguam itu berasas sebab memang tiada pun dalam Perlembagaan Negara menyebut Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Tapi beliau lupa, semua orang Melayu menganggap Agama Persekutuan adalah lebih besar maksudnya dari agama rasmi. Secara tidak langsung Agama Persekutuan juga adalah Agama Rasmi Negara.

Sudahlah tidak kecam kenyataan peguam itu, lebih malangnya beliau lebih percayakan penafian paderi-paderi dan menyelar pula penulis blog yang mendakwa perjumpaan paderi-paderi itu penuh terancang dan melakukan ikrar yang menyakitkan hati bangsanya.

Beliau tidak matang membuat kenyatan. Yang mana satu sepatutnya beliau perlu dahulukan. Kalau tidak setuju dengan tindakan penulis blog itu, janganlah buat kenyataan berpihak kepada yang lain sedangkan siasatan sedang dijalankan.

Beliau pun tidak tahu apa sebenarnya berlaku dalam perjumpaan paderi-paderi itu. Entah mungkin betul ke dakwaan penulis blog itu mana kita tahu. Kalau betul bagaimana?

Bila empat kejadiaan itu sekali pun beliau tidak berpihak kepada agamanya hairan juga. Baik sangat hatinya kepada bukan Islam hairan juga. Betullah untuk demi kesejahtera negara, keharmonian penduduk berbilang kaum dan semangat 1 Malaysia, tapi janganlah lebih sangat kepada pihak lain hingga bangsa dan agama sendiri tidak mahu ambil kesah.

Harap pantun di bawah ini boleh sedarkan kita untuk fikirkan samada orang Melayu dan Islam terbela atau tidak kalau KJ hendak dijadikan pemimpin kita masa depan.

Kepala babi dilempar KJ tak nampakkan diri,

Gereja dibakar KJ muncul di awal pagi,

Peguam kata Islam bukan agama rasmi KJ membisu sepi ,

Paderi ikrar Kristian agama rasmi KJ bantai bangsa sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates