Selasa, 31 Mei 2011

Pistol Air Dan Kasut Tumit Tinggi Sebelah Part 2


Ini ada satu cadangan buat UMNO Kedah atau UMNO Pusat terutamanya pada si pistol air dan juga kasut tumit tinggi sebelah yang memegang 'title' Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian. Kita dah dengar pelbagai versi dan hujahan menyokong dan mengutuk Kerajaan kerana menaikan tarif elektrik. 


Semua keputusan yang pastinya mendapat reaksi rakyat dengan segera akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Dato' Najib iaitu Perdana Menteri Malaysia. Dan sudah tentu 'green light' yang diberikan oleh PM dibuat setelah mengadakan perbincangan, bertukar pandangan dan mengambil kira kesan terhadap rakyat, sosial, ekonomi dan negara. 

Dan pastinya segala keluhan, rungutan, pandangan rakyat diikuti rapat oleh Dato' Najib tanpa banyak memberi penjelasan dan tindakan beliau sangat tepat dan bijak sekali.

Tugas siapa untuk melakukan penerangan terhadap rakyat kalau bukan diambil oleh sayap-sayap UMNO dan Kerajaan? Hantarlah cerdik pandai wakil masing-masing untuk dapatkan penerangan sejelas-jelasnya mengapa Kerajaan perlu bertindak menaikkan taraf elektrik walaupun ianya memberi kesan terhadap sokongan rakyat dan selepas itu hantarlah mereka ini memberi penerangan sehingga ke pelusok kampung.

Young businesswoman holding gun
Jangan hanya nampak projek, jawatan dan duit saja. Tak malukah dengan segala kritikan masyarakat terhadap kedua sayap ini? Masih tetap tega tutup telinga dan buat bodoh saja?


Kerja yang disyorkan di atas bukan guna banyak duit pun. Kalau bab nak bawa rombongan ke luar negara pandai pula cari duit tetapi buat kerja untuk bantu ringankan beban Dato' Najib langsung tak ada daya usaha. 

Kalau rasa payah sangat nak buat penerangan, ambil kanak-kanak tabika Kemas bersyarah tentang isu ini. Nak buat macam mana lagi kalau dah pak-pak dan mak-mak muda tak berani ke hadapan.

Kalau masih berdiam diri juga eloklah sangat kalau lagu PEMUDA dan PUTERI ditukar lagu dan liriknya.

Banyakkan menggunakan perkataan 'hayun'. Hayun apa? Sendiri fikirlah..

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

>mangkuk hayun ler!!!!

> ketua pemuda umno n puteri kedah ...sapa nama???
> depa pun mcm ketua depa kat atas sana ler gamaknyer???

> piston ayaq cap ayam n kasut tumit tinggi patah tapak...hehe!!!!
> bila ds najib turun ke kekedah...depa la celapak awai kat airpot termasuk barua2 umno yg lain....kerja xnampak pun buat...dok jack saja lebih!!!
> bila gendang perang dipalu untk pru 13....baru la terpingga2 nak buat kerja!!

Anak sg kob berkata...

pemuda umno di kedah dah kantoi dan lembik,
pu3 umno dikedah pula kerja tayang body sahaja,
wanita umno dikedah pula asyik lena juga,
bahagian umno dikedah pula memang dah tak boleh dipakai.

abu berkata...

Puak-puak pemuda dan puteri umno kedah ni boleh harap ka nak faham isu elektrik nie..suruh depa cerita sat pasal isu tu..pasti kelu lidah depa..alih-alih keluar ayat yang sama macam menteri tak cerdik tu "kenaikan tidak membebankan, lebih rendah berbanding negara lain"
huhhh, jangan harap puak pemuda dan pemudi nak atur ceramah, nak keraha otak fikir pasal isu tu pun depa malas.
kalau tanya badrul si ketua pemuda pasti dia kata kita serah kat perhubungan negeri jawab, kalau tanya kat shima si ketua puteri, "i malu lah nak cakap, i tak tau apa pasal tu"
depa tak boleh nak fokus pasal tu, sebab fokus depa nak cari projek, tudung baru, kasut baru, baju baru, makan, skandal baru, gundik baru,

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates