Rabu, 18 Mei 2011

PM ISLAM, MALAYSIA NEGARA ISLAM

1. Ini janji Perdana Menteri sempena meraikan ulantahun UMNO ke 65. Perdana Malaysia mestilah Islam dan Malaysia adalah negera Islam.

2. Serba sedikit melegakan hati orang Islam. Jadi, orang Islam tidak perlu bimbang tentang status Perdana Menteri Malaysia dan juga Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

3. Cuma tugas orang Islam ialah mempertahankannya supaya tidak sewenang-wenangnya ditukar atau dicabul 'right' di atas oleh pihak-pihak yang senantiasa berniat jahat kepada orang Islam, Melayu dan negara ini.

4. Tapi nampaknya sudah ada suara-suara sumbang mereka yang berkepentingan undi dan politik mempertikaikan apa yang telah diputuskan dalam perlembagaan. Dan mereka ini orang-orang Melayu Islam!

5. Apakah benar mereka memperjuangkan Islam jika hak Islam dan Negara Islam dipertikaikan?

Penduduk Pokok Sena, YB hangpa
tak peduli sapa perintah Melaysia.
Islam pun boleh, kafir pun OK
6. Apakah mereka layak untuk mengaku mereka pejuang Islam?

7. Apakah layak mereka mengaku parti mereka adalah parti Islam?

8. Tetapi semua tindakan berlawanan dengan apa yang dicakapkan. Munafik!

9. Kita semua harus mempertahankan hak Perdana Menteri Adalah seorang yang beragama Islam dan Malaysia adalah Negera Islam.

10. Dan kita haru mempertahankan UMNO supaya terus memerintah kerana Presiden UMNO itu seorang MELAYU DAN ISLAM. UMNO Meletakkan Islam sebagai perjuangan UTAMA .... 

11. Aliff Baa Taa - Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahairku Malaysia.

2 comments:

Lebai Pondok berkata...

Setuju 200 %.Tapi jangan cakap sahaja.Orang UMNO kenalah rajin pergi jemaah di madjid dan surau.Mampu menguasai masjid dan surau.Jangan UMNO cakap Islam tapi puak PAS menguasai institusi Islam.Pemuda perlu banyakkan program menjiwai Islam.Jangan jadi Islam sebagai majlis dan istiadat sahaja.UMNO perlu dihadapan secara amalan dan amalinya.Cuba tengok di kampung dan bandar siapa yang m,enguasai masjid dan surau.Adakah orang UMNO.Kemana pergi orang UMNO.Sebuk berpolitik sampai tinggal masjid dan surau.Ada tetapi bilangan nya amat sedikit boleh bilang dengan jari UMNO menguasai masjid dan surau.Disinilah berpuncanya kemerosotan pengaruh Islam terhadap UMNO.PAS dilihat lebih Islamnya drp UMNO walaupun PAS kelentong kerana nak pertahan pengaruh.kalau boleh buat kenapa pemimpin UMNO tak boleh buat.Ini pun penting juga kalau UMNO nak menjuarai Islam di Malaysia.Kaedah bagi RM 50 kain batik,gula kopi,beras sekampit kelas c,beg sekolah kurang menyengat lagi.Ini semua bukan kerjan orang bawah sahaja.Menteri bini menteri dan semua pemimpin kena terap nilai dan budaya Islam yang ,mantap.Tengok bini pemimpin UMNO pun tak berapa amal ciri-ciri Islamnya.Ini lah yang merunsingkan kita.Inilah cara kalau nak sekat PAS dari menggunakan Islam untuk politiknya.Kalau tidak maka UMNO akan jadi burung kakak tua dia sendiri tak paham apa yang dia cakap.PAS pula akan jadi burung murai tercabut ekor.

Orang Kita berkata...

Tempat aku ada cawangan UMNo.Ahlu UMNO ada 256 orang.Jumlah pengundi berdasarkan piliahnraya yang lalu ialah 1386 orang.Kampung aku ada ranting PAS dan PKR.Pru yang lalu BN kalah disini.Ada cerdik pandai dibiarkan .Tak ada usaha tarikan.PAS buat majlis gerakmesra bersama Anak Kampung Kita Cemerlang.Semua 13 anak kampung yang belajar di IPTA dan IPTS balik.Mereka anak ahli PAS dan PKR ada yang tak berparti pun ada.Anak orang UMNO ada 4 orang.Mereka dirai dan diberi sebatang pen Parker yg diukir KEJAYAAN ANDA ADALAH KEJYAAN KAMI.Nilai pen adalam RM 50 satu.Kesan nya anda semua fikir sendiri lah.-----------------------
UMNO tempat aku langsung tak sensitif akan hal ini.Mesyuarat cawangan ramai tahu selepas 5 hari mesyuarat.Ramai diam dan kecewa.Itu shli UMNO sendiri.Bila tegur marah.Bila kritik kata tak jatuhkan mereka yang ada.Jadi serba salah.Majls penerangan isu semasa dan dailog tak ada dan tak dibenarkan lansung.Tak perlu dailog.Cerdik pandai ramai juga didalam kampung.Pemuda UMNO ada tapi macam tak ada.Sebuk kerja sendiri difactori,berniaga,drebar lori dan macam-macam lagi.Lulusan baik sikit yang ada ruang nbak bantu UMNO di halang cara terhormat dan cukup licin.Program kemasyarakatan dalam kampung masih berlegar dalam ahli sendiri.Itu pun ada yang dipinggirkan.Apa nak buat ramai perhati dari jauh sahaja lah walaupun ahli.Kita tak perlu bantuan RM50,beras,kain batik dan sebagainya kerana Allah susah bagi rezeki.Peliknya UMNO dibawah yang memebuat UMNO jadi makin kecil dan menguncup.Ini adalh satu contoh untuk renungan semua ahli semua yang boleh berfikir dan menilai secara posotif dan rasional.Kalau ikut ajaran Islam Insya Allah semua selamat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates