Khamis, 12 Mei 2011

Politik Skim Cepat Kaya

Oleh: Tok Pauh

1. Janji tinggi melangit, kerja apa satu tak payah buat. Hujung bulan dapat duit berlipat ganda. Yang dok kerja susah-susah tu buat apa, hidup di dunia ni senang saja, labur duit dan tunggu hasil setiap bulan. Jangan ikut orang bodoh yang kerja kuat, ikut skim kita, tak payah buat apa apa boleh hidup senang.

2. Skim cepat kaya eksploitasi sifat tamak dan malas berfikir manusia untuk dapatkan untung dengan menawarkan untung yang tiada masuk logik akal. Dibelenggu sifat tamat dan ego besar pelabur, jangankan untuk berundur, diberi nasihat pun hendak diparangnya. Begitulah taksub peserta skim.

3. Politik Anwar Ibrahim apa bezanya. Kononnya wang negara berbillion-billion, kalau tak dibazirkan rakyat semua tak payah kerja. Wang Petronas beribu juta, itu belum kira wang cukai, wang saman trafik, dan pelbagai wang lagi. Cikgu tak payah susah-susah mengajar, kerani tak payah buka fail, petani tak payah tabur benih dan membaja dibendang, penoreh getah tak perlu susah-susah pergi ke kebun. Hidup ini amat senang, yang kena kerja ni sebab kerajaan yang salah, kalau tidak semua boleh goyang kaki sebulan sekali duit gaji buta masuk dalam akaun.

4. Bila sudah termakan politik Cepat Kaya, nasihat dan teguran sangat dibenci. Fakta didepan mata tidak lagi dipeduli. Apa yang penting, kalau boleh tukar pemerintah, semuanya selesai.

5. Dalam skim cepat kaya, janji tidak akan pernah tertunai kerana ianya adalah mustahil, janji yang terlalu indah semestinya satu penipuan. Tiada bezanya janji politik Anwar Ibrahim dengan skim cepat kaya.

6. Seperti skim cepat kaya, habis duit pencen dan KWSP dilabur, akhirnya jadi separuh gila bila tauke skim cabut lari dengan berguni-guni duit, dalam politik lagi besar akibatnya. Satu negara boleh tergadai, agama pun boleh terancam, tanahair tentunya akan jadi milik orang.

7. Seperti skim cepat kaya, apabila ketaksuban menguasai diri, akal sekalipun diletak ketepi. Undi dilabur kedalam politik skim cepat kaya.

4 comments:

Melayu Lunas berkata...

ada juga orang kata nak kaya cepat masuk politik.pertama dia gagau rata.kedua dia sapu komisen.ketiga bawa tempurung politik tunjuk muka sedih.pilitk tu depa kata umnolah.tapi hari ini kalau nak bagi cepat orang meluat pun masuk politik juga kerana jaga kroni sahaja.ada projek yang asyuk sapu masuk poket sendiri.bila pegang jawatan mula sekali cari betina tambah bini.mula-mula satu.kemudian jadi dua.kemudian jadi tiga.nampak hebat bini tiga.tapi kencing kepala kawan merata tempat.lebih teruk mula di juburi pada orang lain.Bukan politik cepat kaya.Malah jadi cepat lingkup politik.Masuk politik kerja malas.Kerja dia minta sana sini.Nak bawa pompuan indon minta derma.Makan gaji haram tuang kerja.Bukan cepat kaya .Yang jadi politik cepat punah ranah.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Rupanya Kerajaan PAS Kedah dah jumpa formula untuk kaya cepat antaranya naikkan harga air, hapuskan rebet cukai tanah UUM dan hapuskan peniaga kecil melayu dan naikkan peniaga cina.

Bila naikkan harga air Kerajaan Akan tambah pendapatan dan kaya cepat. Begitu juga hapuskan rebet UUM Kerajaan PAS akan dapat habuan cepat bertambah 10 kali ganda keuntungan dan jika beri sahaja kepada cina berniaga kutipan toci bertambah dan Kerajaan PAS tak perlu tanggung resiko pada si melayu dan mereka akan dinyahkan kedakam hutan dan gua kerana menyusahkan Kerajaan PAS yang asyik minta itu dan ini.

Begitu juga formula baru Ustaz Azizan untuk projek mega Babi di Tok Pawang Sungai petani sebagai pulangan keuntungan segera kerana kenaikan dan permintaan harga babi kian bertambah dan keuntungan Kerajaan PAS Kedah akan berlipat ganda.

Apabila permintaan babi ini diberikan cina2 umpama dicucuk hidung untuk dimatikan seperti mana dan mereka ini secara tidak lansung akan hilang suara dan taring kerana sudah dicucuk hidungnya.

Pembelaan kepada puak-puak ini akan mengukukan cengkaman PAS atas Kedah kerana mereka akan dapat sokongan daripada sekutu2 yahudi dan terangan memusuhi islam.

Apapun alasan dan faktornya jika Kerajaan PAS Kedah sudah tak bermaya serahkan kepada BN dan mereka akan beri rebet pada Cukai Tanah UUM kembali.

polling agen berkata...

Nak serah pada BN macam kawan kita tulis tadi.Muka-muka UMNO yg ada lagi teruk dan haprak.Lebih kurang sama sahaj dengan puak PAS.Keluar mulut naga masuk mulut boya ganas.Puak UMNO sendiri pun dah bosan.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pendapat kwn kita serahkan kembali Kedah pada BN jika dah tak mampu mentadbir Kedah. Sepanjang malam kita ditalbiahkan oleh ustaz2 kalangan PAS supaya berjihad dan menderma kejalan Allah termasuk memberi kepada ilmu pendidikan.

Hakikatnya sepanjang pemantauan PAS Kedah telah menyonsong arus dan melanggar arahan dan janji untuk kearah kebaikan dan kebajikan.

Paling malang dan penodaan Kerajaan PAS dibawah Ustaz Azizan dengan menidakkan kebajikan hak rakyat untuk menimba ilmu. Hakikat kita telah dituntut untuk membantu bahkan zakat dibolehkan kepada asnas ini. Kekejaman Kerajaan PAS terlalu ketara walaupun baru berusia 3 tahun sudah sanggup melakukan noda dengan menhapuskan rebet cukai tanah UUM.

Paling kejam seorang pemimpin bergelar ustaz sanggup mempermainkan golongan pendidik atau guru ditendang sebagai bola. Sedangkan dalam islam institusi pendidikan dan guru2 darjatnya amat tinggi. Hakikatnya dari kacamata PAS gedung ilmu tiada makna dan taraf guru seperti badut mainan hiburan mereka.

Apakah Kerajaan PAS mengeluarkan wang jutaan ringgit dalam perbinaan dan perlaksanaan UUM??? hakikat tiada walaupun sebesar zarah. PAS hanya menadah tangan menerima lagi wang cukai daripada UUM. Paling sedih UUM bukan sahaja dimonopoli anak2 UMNO bahkan anak2 PAS,DAP+PKR berlumba2 mendapat ilmu daripadanya.

Apakah layak pemimpin digelar Ustaz??? atau lebih layak digelar pencinta babi??? Kerana mereka benci kebenaran dan suka kepada kehancuran. Seteruk kafir laknatullah LGE tidak naikkan cukai tanah USM inikan pula manusia mengaku alim dan jalankan kerja ikut islam???
Paling layak kita beri penarafan kelayakan kepadanya sama dgn taraf syaitan. Sebab syaitan amat benci kepada ilmu.

Berpandukan fakta diatas jelas menujukkan PAS melaksanakan pentadbiran kuku besi dan sangat benci pada pendidikan dan cendiakawan. PAS mahukan rakyat bodoh dan terus diperbodohkan sepertimana jenama PAS Polling Agen.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates