Sabtu, 7 Mei 2011

PTG ka Kerajaan Negeri?

Seperti biasa, kerajaan negeri akan kata bahawa PTG tidak meluluskan pemberian rebat kepada UUM. Inilah yang dikatakan kerajaan tak bertanggungjawab.

Soalan kita ialah PTG menolak pemberian rebat cukai tanah kepada UUM atas arahan siapa? Jika tiada arahan maka PTG tidak akan sewenang-wenang menolak permohonan tersebut. Ini adalah kerana UUM adalah sebuah pusat pendidikan di Kedah yang amat strategik. Ramai anak-anak orang PAS yang masih belajar dan telah graduate dari UUM dan memperolehi pekerjaan yang baik. Apakah ini tidak diambil kira?

Kedah Times nak sarankan supaya UUM kenakan caj yuran atau perkhidmatan yang tinggi kepada pelajar-pelajar terutama yang berasal dari Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan. Apa kata totok PAS? Setuju atau tidak setuju? Lepas tu baru kita cakap pasai bayar RM1.7 juta cukai tanah.

Ataupun pihak UUM biarkan kerajaan negeri rampas kembali tanah tersebut. Kita lihat apa akan jadi kepada berpuluh ribu pelajar di UUM. Jika kerajaan negeri mampu untuk uruskan UUM, silakan. Oooo jangan lupa bayar harga bangunan kepada kerajaan persekutuan! Bukan ka haritu siap mohong penyokong yang kerajaan Negeri sudah langsaikan semua hutangnya kepada kerajaan pusat.

Ada boleh ka?


BALING 5 Mei - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, justeru pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

"Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil di sini, petang semalam. - Bernama







2 comments:

ANAK BUKIT HIJAU berkata...

Satu ide yang baik.

Biaq PTG rampas UUM atas tanah Kerajaan Negeri, kerana tak bayar hasil yang dituntut.

Biaq anak-anak MELAYU terpaksa meninggalkan UUM kerana pertelingkahan dua pihak. Kerajaan Negeri dan PTG serta UUM.

Biaq dunia tahu Malaysia, khususnya Negeri Kedah tutup sebuah universiti kerana pemimpin politik "pantang beralah"

Carilah lagi dan "musnah". Peluang cukup banyak.

Biaq anak-anak Kedah khasnya "tinggalkan" Kedah kerana di Kedah sudah tidak ada sebuahpun Universiti.

Semoga dengan itu rakyat Kedah "buka mata" luas-luas dan tahu siapa yang boleh diharap, siapa tidak.

Tanpa Nama berkata...

Kononnya benda nie kerajaan BN saja ja nak jadikan satu isu sedangkan U di negeri lain bawah pimpinan BN bayaq cukai tinggi x pernah dapat rebat tapi depa x bising pun. Lepas tue cakap pulak yg UUM nie untung dekat 80 juta setahun x kan 1.7 juta tue x boleh nak bayaq kot. Dah tue bagi pulak tempoh sampai 1 Jun nie, kalo lewat kena lagi denda bukan seringgit dua. Depa kalut sungguh kalo bab2 duit juta2 nie.

aduhai, x tau nak kata apa lg dah kat depa nie. kata pimpinan Islam tapi bila saudara Islam sendiri dari UUM mintak rebat, sikit pun x macam pemimpin Islam, no consideration. Kalo MB nie betoi2 reti cari duit untuk rakyat kedah sejahtera nie, kes rebat cukai nie mesti x jadi isu dah ooii. Nie dak, kalut nak tebang balak la, bil air kena bayaq kat pejabat SADA la. Berkira sungguh.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates