Isnin, 9 Mei 2011

Pusat ada juga Lombok ... Kedah ada apa?

Di bawah Kedah Times petik dari MUMMY ROKIAH. Cuma Kedah Times nak fokus kepada Pemuda Kedah. Ini menampakan yang ada juga aktiviti Biro Aduan Komuniti Pemuda Pusat, tetapi di Kedah nampaknya dibawah kepimpinan pemuda lantikan KJ, seolah-olah PUK tidak wujud. Yang ada hanya menumpang program orang lain. Sebijik macam Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sekurang-kurangnya Biro ini ada juga testimonial melalui aktiviti seperti ini. Pemuda Kedah nak letak apa sebagai testimonial mereka!

Pemuda UMNO hanya berjuang gadis yang dilarikan ke Lombok

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhamad Khairun Aseh menyeru supaya pihak berkuasa Malaysia dapat mencari fomula untuk mencegah gadis di bawah umur supaya tidak dilarikan ke Lombok, Indonesia.

Gadis Malaysia pula pantang diayat lelaki Lombok yang kononnya romantis dibibir untuk sehidup semati dan bila hati sudah suka, semua indah saja, mabuk laut tidak terasa kerana asmara bergelora.

Apakah ini sahaja perjuangan Pemuda UMNO yang dibesar-besarkan, tak habis-habis dengan gadis dibawa lari lelaki Lombok.

Isu-isu besar yang dihadapan mereka seperti Kristiankan Malaysia dan pencabulan hak-hak orang Melayu langsung tak diambil peduli. Ketua Pemuda mereka, KJ ada seperti tiada, kadangkala tiada lebih baik dari ada kerana kalau ada pun hanyalah mengada-ngada.

MR ingin mencadangkan satu usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO nanti supaya Pemuda UMNO membuka satu cawangan di Lombok. Letakkan beberapa orang sukarelawan Pemuda di sana dan adakan meja perkhidmatan khas menyelamat gadis Malaysia di pintu masuk pekan Lombok.

Sebaik sahaja melihat lelaki Lombok berkepit dengan gadis Malaysia tangkap dan hantar pulang daftarkan mereka sebagai pengundi.

Tetapi pemuda-pemuda juga diwajibkan membawa isteri mereka masing-masing takut-takut digoda pula oleh gadis Lombok.

Bila tiba pilihanraya kumpulkan gadis-gadis ini untuk mengundi calun pemuda.

Petikan MUMMY ROKIAH

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates