Isnin, 30 Mei 2011

Putrajaya Anwar Nanti Barulah Semuanya Percuma


Wah! Ramai benar yang membentak-bentak marah kepada Kerajaan BN berikutan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan hari ini. Termasuklah para blogger pro Kerajaan. Pembangkang dan juga blogger pembangkang bersorak sakan terloncat-loncat dek kerana buah untuk membalun Kerajaan datang lagi.


Tapi bagi CheNed, buat apa nak bising-bising? Kenapa? Ingat hidup ini semua nak percuma saja ka? Hari tu bila Kerajaan ura-ura nak naik minyak bukan saja pembangkang..sekali dengan KJ pun naik minyak padahal waktu Tun Lah perintah naik melebihi 50 sen seliter tak apa pun. 

Naik Dato' Najib baru Kerajaan dapat balik tarik hati rakyat dan sekarang pun bagi CheNed nak naik pun naiklah. Sebabnya Kerajaan BN banyak berlembut kepada rakyat. 

Bagi CheNed, kalau tukar Kerajaan BN kepada Kerajaan PR pun, mereka akan naikkan dan laksanakan kepimpinan lagi tegas dari Kerajaan BN. Jawab mereka senang saja. Dah kena naik, naik ajelah. Rakyat nak bising pun tak apa sebab dah pilih tukar Kerajaan. 

PAS, DAP dan PKR lagi akan menaikkan apa-apa tarif tanpa perlu risau rakyat nak tolak atau terima sebab bagi mereka dah dapat apa yang mereka pulun sejak Malaysia merdeka. Lepas tu jadi macam Kedahlah. Ada Ustaz Azizan nak heran dan dengar rungutan dan sindiran rakyat Kedah bahawa manifesto PAS tak smapai 10% terlaksana? Dia buat tak tahu saja.

Masalah sekarang sebab pembangkang nak kutip cerita buruk pasal Kerajaan hanyalah kepada kelemahan perkhidmatan. Itu saja. Yang lain tu sampai ke pelaburan masuk beratus billion, pengangkutan yang cekap, taraf negara membangun diperolehi mereka tak nampak. Yang nampak bila mereka nak keluarkan setitik peluh nak dapatkan seduit itulah yang mereka caci Kerajaan BN ini buruk segala-galanya.

Petrol naik sepuluh sen seliter mereka nak bising padahal rokok naik beringgit-ringgit satu kotak haram mereka tak bising pun. 

Sendiri fikirlah..Asyik termakan cakap iblis menyamar saja buat apa? Anwar Ibrahim tak apalah. Lepas ni memang dia makan, tidur dan main sepak takraw percuma saja. Sebab apa? Tunggulah lepas dah habis bicara kesnya. 

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Aku dok di Penang ni. La ni pasar malam pun PR dah takeover dari UMNO/BN. First sekali depa buat ialah naikkan yuran pasar malam dari RM2 ke RM3 di tempat aku. Apatah lagi kalau dapat Putrajaya. Kedah aku tau tau la, hampa bagi tau la kat aku. Yang aku tau bil air naik dah

Tanpa Nama berkata...

Naik, naik, naik lagi, takpa aku ada kad ahli UMNO, tunjuk kat kedai, stesen minyak dapat diskaun, tak caya mai jumpa aku. Aku blh rekemen dpt kad ahli UMNO free.

Tanpa Nama berkata...

Bro, nelayan ada la kad diskaun minyak, ahli UMNO ada kad, tapi no petrol diskaun, apa pun, kalau sapa2 yg ada access ke PEMANDU, bisik2 la kat depa atau pun PM, jangan la perintah negara ikut biznes, negara ada agenda lain selain dari profit oriented seperti fikiran Jala tu. Kena la bagi org kuat BN/UMNO untuk ada disitu untuk gerakkan PEMANDU agar tidak hanya orang nampak seperti agensi untuk kurangkan subsidi saja. Ada banyak kos saving yg gomen boleh buat kalau guna otak dan akal serta logik

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates