Selasa, 10 Mei 2011

Rompakan di siang hari?

Kedah Times petik ulasan dari blog tendang terajang. Ulasan yang boleh kita fikirkan bersama. Adakah kerajaan negeri Kedah sekarang tidak 'investment friendly' atau mereka lebih pentingkan keuntungan mereka dari memberi peluang pendidikan kepada lebih ramai anak bangsa?


UUM-Penindasan ilmu atau rompakan yang sah di sisi undang-undang

Setelah penutupan IKYS yang dikatakan tidak memberi keuntungan kepada kerajaan negeri, pengurangan pelajar yang menuntut di UNISEL mungkin kerana pentadbiran yang masih mencari rentak, kini UUM pula menjadi mangsa.Penyakit penindasan pendidikan yang bermula di IKYS kini menular ke Kedah. Kerajaan yang sepatutnya menyediakan lebih banyak kemudahan pendidikan untuk anak negeri semakin menekan institusi pendidikan itu sendiri.

Penubuhan UUM di Kedah adalah dari tawaran kerajaan negeri ketika itu yang ingin melihat pembangunan insan di samping merancakkan kemajuan pembangunan sekitar. Dengan nilai harga tanah yang rendah di samping tawaran rebat cukai tanah yang menarik membolehkan UUM memiliki tanah yang begitu luas untuk perancangan jangka panjang. Ini adalah perkara biasa bagi sesebuah kerajaan negeri apabila memberikan tawaran pelaburan termasuk kepada syarikat-syarikat swasta. Pengecualian cukai, rebat cukai, kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan jalanraya adalah diantara tawaran untuk menarik minat pelaburan.

MB Kedah sepatutnya tidak membuat perbandingan dengan cukai tanah yang dikenakan di USM Pulau Pinang (RM2.50/kaki persegi) kerana nilai tanah di sana berbeza dengan negeri Kedah. Begitu juga dengan UITM Shah Alam (RM0.50/kaki persegi) kerana ketika UITM bermula sebagai ITM, kawasan tersebut adalah belantara tempat jin bertendang. Kerajaan Negeri Selangor berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur sehingga menjadikan Shah Alam sebagai bandaraya dengan kehadiran ITM sebagai peneroka asal. Kerana itu, walaupun nilai tanah di Shah Alam tidak jauh berbeza daripada Pulau Pinang (mungkin lebih tinggi dari Pulau Pinang) maka cukainya masih lebih rendah di antara keduanya.

Mungkin contoh jadual di bawah ini boleh dijadikan cadangan. Pengurangan rebat cukai tanah boleh dilakukan dengan cara berperingkat-peringkat. Ianya bukan bermakna kerajaan negeri menaikkan cukai tanah tetapi mengurangkan rebat. Mungkin UUM masih mampu menampung tambahan RM50,000.00 setiap tahun. Ini kerana pembangunan UUM masih lagi belum menyeluruh. Lebih banyak tanah yang sedia ada masih lagi belum digunakan untuk pembangunan insan. Dengan cara ini UUM akan berusaha lebih kuat untuk mendapatkan lebih ramai pelajar dan menambah dana. Di samping tidak membebankan ianya juga mampu memajukan kawasan sekitar seiring dengan peningkatan UUM itu sendiri. Sekiranya rebat ini tidak diberikan maka kemungkinan yuran pengajian terpaksa dinaikkan bagi menampung keperluan yang masih belum dimaksimakan. Dan bebanan ini akan ditanggung oleh sekumpulan mahasiswa yang masih dalam satu kelompok kecil berbanding dengan keluasan UUM itu sendiri.


TahunCukai SetahunPertambahan
sebelumRM150,000.00-
1RM200,000.00RM50,000.00
2RM250,000.00RM50,000.00
3RM300,000.00RM100,000.00
4RM400,000.00RM100,000,00
5RM500,000.00RM100,000.00
6RM700,000.00RM200,000.00
7RM900,000.00RM200,000.00
8RM1,100,000.00RM200,000.00
9RM1,300,000.00RM200,000.00
10RM1,500,000.00RM200,000.00
11RM1,700,000.00RM200,000.00


Perlu dingat bahawa di dalam sistem asas perakaunan, pengurangan rugi adalah satu keuntungan. Memandangkan kerugian yang diterangkan oleh kerajaan negeri bukannya kerugian modal tetapi kerugian pendapatan, ternyata kerajaan negeri tidak rugi secara dasarnya tetapi rugi secara teknikal. Sekiranya UUM tidak diujudkan disitu, tanah tersebut (mungkin) masih belum dimajukan. Sekiranya ini berlaku bermakna kerajaan negeri langsung tidak mendapat sebarang pendapatan termasuk RM150,000.00 setahun dari UUM dan kecairan ringgit di kawasan tersebut. Ini bermakna kerugian tersebut lebih merujuk kepada rugi keuntungan dari aset yang sedia ada tidak mendatangkan hasil sebelum ini.Dan selepas 11 tahun atau 15 tahun, nilai tanah tersebut akan meningkat dan membolehkan kerajaan negeri mengenakan cukai tanah yang lebih tinggi. Bukan lagi 20 sen/kaki persegi. 

Zaman sekarang, terdapat tiga cara mudah untuk memajukan sesuatu kawasanKenyataan MB Kedah yang mengatakan bahawa kerajaan negeri akan kerugian RM1.6 juta setahun mengesahkan ketidakupayaan kerajaan negeri mencari sumber pendapatan yang lain sehingga sanggup mengikis dari duit rakyat yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya. Apakah sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan memberikan keuntungan tunai segera setiap tahun sedangkan yuran yang semakin kurang ditambah pula dengan bantuan buku teks. Ini tidak termasuk bantuan makan dan minuman sihat. Biasiswa-biasiswa yang tidak dibayar balik.

Semasa dan selepas zaman dharurat, kerajaan ketika itu terpaksa memindahkan atau menyediakan kem-kem askar di kawasan-kawasan yang ingin dibangunkan. Dengan cara ini, rakyat tidak berasa takut dengan ancaman kominis dan kawasan tersebut semakin membangun. Sebagai contoh, Sg Buloh yang satu ketika dulu adalah kawasan rimba kini menjadi begitu maju.

Pertama dengan menjadikan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan industri seperti di Senawang dan banyak lagi tempat lain.

Kedua dengan menjadikannya sebagai pusat pengajian tinggi seperti di Sri Iskandar, Perak

Ketiga ialah dengan menggabungkan kedua-duanya sekali seperti di SHAH ALAM.

Kalau dilihat secara SYAK WASANGKA, tindakan kerajaan negeri Kedah boleh menimbulkan persepsi songsang rakyat. Ini ditambah pula dengan ugutan seperti sekiranya UUM gagal maka denda sebanyak RM90,000.00 akan dikenakan. Bagaimana sekiranya UUM masih gagal? Apakah tanah tersebut akan dirampas semula?

Beberapa persoalan mungkin akan timbul seperti:

Apakah kerajaan negeri ingin mencari keuntungan mudah dengan menindas rakyat?

Apakah kerajaan negeri sengaja menindas UUM supaya UUM akan gulung tikar dan kerajaan negeri boleh menjadikannya sebagai kawasan BEBAS CUKAI dengan keuntungan berlipat kali ganda?

Apakah kerajaan negeri sedia ada tidak yakin untuk terus memerintah dan mencari jalan pintas mencari keuntungan sebelum mereka terpaksa menyerahkan kuasa?

5 comments:

usin berkata...

kerajaan negeri kena bijak bila berhadapan dgn kontroversi spt ini. tiada siapa boleh nafikan hak pejabat tanah & galian utk naikkan cukai tanah tanpa rebat. bagaimanapun, adakah munasabah kerajaan negeri menjadikan cukai tanah uum sebagai sumber utama hasil? mb kena jawab. uum adalah sebuah institusi pendidikan utk melahirkan modal insan & pemimpin masa depan. apa peranan kerajaan negeri untuk menyokong usaha ini? dgn tidak menyokong permohonan rebat cukai tanah? asal pertentangan antara pusat & negeri, politik akan jd juara. semua benda jd politik. x bosan ke?

Bingai @ Bangang berkata...

Harap blog saya disenaraikan di bloglist tuan

Aku yang Bingai
UUM di Tendang Terajang

Tanpa Nama berkata...

Artikel yang bagus penerangan dengan membuat perbandingan yang menyeluruh.

Tanpa Nama berkata...

MB Kedah sekarang dikelilingi Penasihat yang haprak seperti Yusrin Zakri Adnan serta mangkuk hayun dan mangkuk tandas seperti Che Had dan pakar ekonomi PAS sekerat jalan yang sering memberi nasihat yang salah kepada MB Kedah

Tanpa Nama berkata...

Apabila pusat pengajian tinggi yang lain dikenakan cukai adalah tidak adil ada pusat pengajian tinggi yang lain diberi rebat jadi sebagai jalan tengah apa salahnya kerajaan mengambil balik hak tersebut dan supaya hasilnya dapat diagihkan kepada rakyat. Sejak ditubuhkan hingga sekarang masalah pelajar yang keputusan bekalan air disebabkan masalah prasarana dalaman UUM tidak juga selesai walaupun NC dah silih berganti. Ke mana wang rebat tu dihilangkan. Jika andaian anda tentang ketidakupayaan kerajaan negeri mencari sumber kewangan digunapakai maka seharusnya semua negeri di Malaysia turut terkena tempiasnya kerana hampir semua negeri mempunyai pusat pengajian tinggi. UniMaP (Universiti Malaysia Perlis) dikenakan cukai .50 sen sekaki tidak pula dipersoalkan oleh anda. Adakah ini bermakna bahawa kerajaan negeri Perlis juga tidak cekap sehingga perlu mengenakan cukai yang lebih tinggi dari kerajaan negeri kedah sedangkan sewaktu memerintah kerajaan negeri telah mengurangkan kadar cukai tanahnya. Sepatutnya anda kena menasihatkan kerajaan perlis supaya mencontohi kerajaan kedah mengurangkan cukai tanahnya bukannya mencari salah kerajaan yang sedia ada disebabkan berbeza parti.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates