Jumaat, 20 Mei 2011

Seks Anwar : Anwar tersepit

Anwar sekali lagi menonjolkan sikap tidak ambil pedulinya dengan hanya membuat lawak apabila ditanya berkenaan dengan video seks yang mana beliau dikaitkan dengan pelaku lelaki didalam video tersebut.

Cara dan perkataan yang dikeluarkan seolah-olah perbuatan sebegitu adalah biasa di dunia ini. Ramai pemimpin melanggani perempuan. Dan ianya adalah kehidupan peribadi mereka. Rakyat tidak perlu ambil kisah atau peduli.

Itulah Anwar Ibrahim, kepala pemutar isu, pengamal pluralisma agama, penipu bangsa, konspirator, gila kuasa, hipokrit, opportunis, salahguna kuasa, pakar rasuah dan hampir semua perbuatan yang dituduh orang lain melakukannya, dialah yang melakukannya.

Dilihat kepada fakta video dan sebagainya, Anwar berada di 'losing side'.

1. Polis dengan bantuan pakar video Taiwan dan USA telah mengesahkan video adalah tulen. Tiada editing dan tokok tambah.

2. Watak ketiga dalam video telah bersumpah dan mengaku yang beliaulah dalam video tersebut. Maka sudah tentu beliau boleh sahkan siapa pelaku lelaki dan wanita dalam video tersebut.

3. Jam Omega yang dikatakan disimpan oleh Azizah sehingga hari ini masih belum ditunjukkan kepada orangramai. Sebaliknya satu jam omega diserahkan oleh watak ketiga kepada polis.

4. Boleh dikatakan 9 dari sepuluh penonton video akan mengatakan yang pelaku lelaki adalah ANwar. Cuma yang seorang itu adalah hardcore PKR atau PAS yang pada mulanya mengaku ianya Anwar tapi selepas bertemu Anwar atau Wan Azizah, beliau terus berkata 'bukan Anwar'. 

5. Dari dulu sudah diperkatakan dengan sifat atau kegiatan Anwar. Mat Sabu, Karpal Singh, Umi Hafilda dan TUN DrM telah mendedahkan kepada orangramai perangai buruk Anwar. 

6. Sebelumnya, beberapa mangsa telah beberapa orang mengaku melakukan kegiatan tersebut dengan Anwar. Kita harap pelaku perempuan dalam video tersebut juga satu hari nanti akan mengaku melakukannya bersama Anwar.

7. Anwar tidak pernah mengambil apa-apa tindakan undang-undang kepada sesiapa saja yang menuduh atau mengatakan yang beliau adalah pelaku seks tersebut.

Walaupun semua in sudah menampakkan yang Anwar benar-benar melakukan aktiviti-aktiviti sebegini, tapi beliau masih menonjolkan imej pemimpin dan waraknya. Lakonannya masih diterima oleh totok-totok PKR dan PAS.

Tidak boleh dibayangkan jika beliau dipilih menjadi PM atau PRESIDEN Malaysia, setiap kali berkunjung ke luar negara, maka hidangan utama ialah seks.

Inilah yang ditakutkan, pemimpin nombor satu Malaysia yang sentiasa membuat keputusan atas dasar rasuah seks.

Kita masih mahu ka pemimpin bermoral rendah seperti ini?

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

korea kata tulen, taiwan kata tulen, u.s kata tulen dan eskay bukan setakat kata tulen malah bersumpah laknat tapi anuar??????sendiri mau ingat la..!!

Tanpa Nama berkata...

Ini semua isu peribadi.Bukan isu politik.Selesai diluarlah.Ungakapan ini samalah dengan mamat di Padang Serai yang buat penagkuan gila didepan perwakilan.Tok Guru dia Pak sheh aljuburi.Bila isu dijuburi lagi fening kepala semua orang.Kalau Pak Sheh buat steady dan biasa.Macam tulah mangkuk hayun di Padng Serai.Rupanya sepesis pak sheh dah mula tumbuh dibumi negara Islam ini.

matpanah berkata...

Spesis ini jugaklah yang selalu kata 'peribadi lain, politik lain'....'kami tak kira hal personal Anwar, yang kami sokong dan dokong adalah gagasannya'.
Bodoh pianggg punya pegangan!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates