Ahad, 22 Mei 2011

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary


Add caption
TS Syed Mokhtar merupakan seorang usahawan yang amat berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburinya.

Hasil dari kejayaan dan keuntungan perniagaan ini, beliau banyak menyumbang kepada khidmat sosial dan keagamaan. Banyak masjid adalah hasil sumbangan keuntungan syarikat beliau.

Tetapi ada segelintir manusia yang terpengaruh dengan kebencian pihak-pihak tertentu untuk cuba menjatuhkan beliau. InsyaAllah, Allah akan sentiasa memelihara beliau supaya lebih berjaya lagi.

Dulu di Kedah sumbangan beliau membolehkan tusyen secara percuma kepada ramai pelajar.

Universiti Bukhary yang baru dibuka telah memuatkan pelajar antarabangsa yang di taja sepenuhnya oleh Yayasan AlBukhary.

Souq Bukhary memuatkan Giant, dan pelbagai perniagaan. Supermarket Giant di Souq Al Bukhary menjual barang-barang halal sahaja. Kita tidak akan rasa was-was bila membeli belah disana. 

Cuma kita nak tanya kepada totok PAS dan PKR, kenapa masih pergi shopping di kedai atau hypermarket yang masih menjual arak dan benda tidak halal?

Dibawah ini Kedah Times petik dari FlyingKick bagaimana usaha-usaha pihak-pihak yang tidak pernah senang hati dengan kejayaan ini. Yang peliknya, orang Islam sendiri telah diperalatkan dalam usaha-usaha menjatuhkan usahawan berjaya ini.

Sudah lupakah mereka peringatan Allah SWT dalam Alquran? Kafirun akan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam! Usaha-usaha itu sedang giat berjalan dengan bantuan orang-orang Islam sendiri.

Sedar Lahhh. 


Dua orang pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan yang serba melawakkan tentang ura-ura penggabungan dua buah bank Islam, sebenarnya mengeluarkan kenyataan bagi pihak tuan-tuan besar mereka yang cuba menimbulkan persepsi buruk terutama sekali terhadap Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, salah seorang usahawan Melayu yang paling berjaya dan banyak membantu mewujudkan jutawan-jutawan Melayu yang lain.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebenarnya menjadi sasaran serangan baru oleh puak-puak Pakatan Rakyat terutama sekali di Selangor. Serangan pertama yang dilakukan adalah ke atas Alam Flora Sdn. Bhd yang merupakan antara entiti penting yang mempunyai kepentingan Syed Mokhtar Al-Bukhary di dalamnya.

Satu pertemuan akan dibuat untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci berhubung penggabungan Bank Muamalat dan Bank Islam Berhad dalam tempoh terdekat.

Walau bagaimanapun, serangan ke atas Mokhtar Al-Bukhary sebenarnya mempunyai kepentingan politik dan perniagaan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan penguasaan yang dibuat oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary terutama tentang kejayaannya menguasai kepentingan dalam Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang.

Matlamat kerajaan untuk mewujudkan sistem perbankan Islam yang lebih bersepadu dan lebih efisien rupa-rupanya tidak disenangi oleh pihak lain. Dan dua orang pemimpin PAS yang berjaya dikeledaikan oleh pihak-pihak berkenaan. Kedua-dua orang pemimpin PAS itulah juga yang memanjangkan mulut tuan mereka yang bermata sepet yang sebelum ini hanya bercakap menerusi wartawan Malaysian Insider dan MStar Online.

Misi menimbulkan persepsi buruk terhadap apa-apa sahaja yang menyentuh tentang orang Melayu dan Islam, kini semakin berjaya. Hasilnya ialah, Lim Kit Siang tidak perlu lagi menyuarakan kebimbangan saudagar-saudagar bank Cina seperti ketika Kwong Yik Bank diambialih oleh saham-saham Melayu, ketika Maybank diumumkan milik Melayu dan ketika Public Bank juga hampir diambilalih oleh Melayu atau ketika Maybank menelan Southern Bank.... Sebaliknya suara Cina itu boleh disuarakan menerusi pemimpin-pemimpin PAS kerana itu lebih efisien apatah lagi bank-bank berkenaan menjalankan sistem perbankan Islam.

Artikel ini akan bersambung...

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

SEDIH , KALAU BENAR MACAM NI HATI PERUT KITA MELAYU ISLAM TERHADAP SESAMA ORANG MELAYU ISLAM YANG BERJAYA SAPERTI TAN SRI SYED MOKHTAR,RASANYA ORANG MELAYU TIDAK AKAN BERJAYA SAMPAI BILA BILA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates