Sabtu, 28 Mei 2011

UMNO Kedah Akan Dikepalai Ustaz Azizan?


UMNO sebuah parti yang sudah matang dengan asam garam politik dan rencah naik turun sokongan. Yang tak faham dalam UMNO adalah orang-orangnya yang masih berasa segala strategi dan bentuk perjuangan UMNO adalah sama walaupun untuk seribu tahun. Yang tak faham adalah orang-orang yang berasakan kerusi-kerusi UMNO adalah milik mereka dan akan disokong oleh Ketua-ketua Cawangan yang sama usia tanpa pedulikan yang muda-muda.


Yang tak faham adalah orang-orang yang masih ingin kekal dalam sebarang jawatan UMNO tanpa ingin mengundur diri kerana tidak percaya kepada pelapis-pelapis UMNO atas banyak sebab dan tentu sekali yang teratas adalah kerusi empuk di dalam organisasi UMNO.

Yang tak faham adalah gadis-gadis ayu yang terpedaya dengan andaian kecantikan, keindahan dan barang perhiasan dari atas kepala sehingga ke tapak kaki adalah yang lebih penting dari akal dan fikiran.

Yang tak faham adalah orang-orang yang percaya kalau jatuh naik orang mereka maka itulah penentu undi untuk UMNO. 

Lalu UMNO akan menjadi apa?

UMNO di Kedah lebih berjasa banyak dari PAS yang hanya pandai memacak bendera dan beralih pentadbiran dengan lebih tumpukan mencari duit dari menjaga kebajikan rakyat. 

UMNO di Kedah masih punyai ratusan ribu penyokong dan ahli termasuk atas pagar tetapi yang mencorakkan UMNO adalah kepala-kepala besar yang busuk umpama ikan yang sakit dek keburukan kepalanya. 

Beberapa bahagian dilaporkan bermasalah dan menyaksikan kehadiran yang sedikit bilangan berbanding tahun-tahun UMNO gemilang. Mengapa?

Masih percaya kepada magis untuk menarik hati rakyat? Masih mengharapkan segala daya usaha Dato' Najib dan Tan Sri Muhyiddin bekerja untuk mereka sedang mereka masih enggan turun atau sekurang-kurangnya bercakap tanpa perlu mendabik-dabik dada dan bertempik seolah king kong yang tidak punyai akal.

Cukup mudah untuk menawan semula negeri tetapi bila terletak usaha itu di tangan kepala-kepala busuk kita lihat sendiri sudah 3 tahun UMNO Kedah tidak berjaya dicap gagah sama sekali malah lebih buruk adalah jaguh di kawasan-kawasan yang sudah kuat UMNO. Apa-apa program dibuat di kawasan mereka. Tetapi untuk masuk dan serang kawasan-kawasan yang diiktiraf hitam tidak mampu dibuat. Adakah jika melangkah di kawasan itu maka akan tercantas telur mereka. Mana kekuatan UMNO?

Kenapa perlu takut sedangkan dari dalam rumah sehingga luar rumah jasa UMNO ada tanpa boleh dinafi-nafikan? Anak-anak mereka bersekolah dan berguru dengan guru-guru yang dibayar gajinmya oleh Kerajaan. Maka apakah lagi yang dapat mengekang kita dari menyerang dan menawan negeri Kedah habis-habisan?

Jika mereka-mereka yang bergelar Ketua tidak mampu tak mengapa. Masih ramai yang berperanan sebagai penyambung perjuangan UMNO masih tidak lemah semangat dan gentar untuk menjalankan misi UMNO menawan negeri. 

Tetapi dengan syarat! Mereka yang sudah lama dan sudah tahu tidak diterima rakyat dan ahli, diminta berundurlah. Berikan laluan kepada mereka-mereka yang masih bertenaga dan bersemangat untuk perjuangkan UMNO mengikut citarasa semasa.

Imarahkan masjid dan kembalilah sebagai mukmin yang sederhana tetapi berilmu. UMNO sudah tidak boleh biarkan PAS dan PKR berkata apa sahaja terhadapnya. Bertindak dan buktikan bahawa sememangnya UMNO itu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara dengan sebenar-benarnya.

Gesaan ini dari generasi muda yang percaya perjuangan tidak perlu mengharapkan balasan dan imbuhan! Yang lebih penting adalah UMNO perlu dipertahankan!

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

betoi tjuk diatas!!!

> tambah sikit lagiii.....ustd azizan akaan naik kepala pemimpin umno!! bukan mengepalai!!!

> peminpin umno kedah xsedaq diri lg...harap dok toi prgram umno pusat jer....cuba rancang prgram lain...dari yg lain!!

Tanpa Nama berkata...

semua program depa tumpang, nak mesyuarat tumpang sekolah, tak dak pejabat sendiri ka, buat malu kat pas saja. miskin-miskin depa tak dok tumpang merata. kata umno kaya, kayakan diri sendiri, parti biaq mampoih pi.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni buat peraturan tapi tak guna otak.Baru-baru ni dok kalut pasai mesyuarat bahagian dan guna sekolah sebagai tempat mesyuarat. Tapi di dalam peraturan PIBG,parti dan pemimpin UMNO tidak boleh guna premis sekolah untuk aktiviti politik.Kalau pemimpin umno masuk sekolah mesti guna jawatan NGO.Ini yang aku heran, hangpa buat peraturan kena fikir la kepentingan parti sama.Buat peraturan Kementerian Pelajaran sekat UMNO masuk sekolah tapi hangpa langgaq.Bila PAS bantah hangpa marah sakan. La ni ahli parti tak sama dengan pemimpin kerajaan kot.Kalau suara parti tak laku dalam kerajaan, habih la macam tu.Masalah pemimpin UMNO Kedah ni bila tegur depa kata kita lawan.Ahli bawahan ni depa anggap macam ayam kampung ya.Tapi hangpa lupa, koman-koman kami pun dah ada phD, master, ijazah dan paling koman pun SPM.Kalau hangpa dok ingat hangpa " golongan bangsawan ", hangpa tunggu PRU 13 nanti.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates