Khamis, 12 Mei 2011

Umno Kedah Lupa Pesan Orang Tua-tua

Oleh: Tok Pauh
Sabtu lepas, Umno Kedah memberikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM di seluruh Kedah. Program tersebut menawarkan hadiah sebanyak RM200 kepada setiap pelajar cemerlang yang memperolehi semua A. Sijil penghargaan juga diberikan kepada yang berjaya.

Program seperti ini adalah bagus, cumanya ia memberi gambaran bahawa Umno Kedah masih perasan, macam blogger-blogger juga, kuat perasan!!!!!!

Kenapa?????
Dah nama program ini anjuran Umno, bagi pada anak-anak ahli Umno sudah lah, ataupun sehabis terbuka pun bagi kepada budak-budak Melayu sudah lah. Tahulah bila majlis cemerlang begini, ramai la budak-budak kaum "yang tak mengaku pendatang" yang dapat duit tersebut. Sudahlah kaum ini asyik naikkan harga barang untuk mencetuskan kebencian pada Umno.

Lagipun, bila nak buat program Umno katanya takdak duit, tapi ini nampak macam sebaliknya.

Umno tak sedar lagi ka, ramai yang jadi penerima ni adalah dari golongan yang pandang Umno macam sampah, sampai pemimpin mereka sondol chinadol, Umno juga disalahkan. Itulah parianya Umno yang kelihatan mengamalkan prinsip, Pembangkang Didahulukan, Penyokong Sendiri Disampahkan.

Ini bukan program Barisan Nasional, tapi program Umno. Adakah pemimpin Umno sudah tak tahu beza antara Barisan Nasional dengan Umno.
Adakah Gerakan atau MCA buat program, orang Melayu dipanggil? Ada ka MCA bagi duit pada pelajar cemerlang Melayu? Atau Gerakan atau MIC ada buat macam itu?

Umno Kedah sentiasa menambah alasan agar parti itu tidak disokong.

Pesan Tok: 
Penyokong sendiri pun tak terjaga, usahlah berlagak bagus. Buat Baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pesan orang tua-tua juga, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


 
Umno Kedah Beri Anugerah Kepada Pelajar Cemerlang Dalam SPM
ALOR SETAR: Umno Kedah akan menyampaikan hadiah penghargaan dan meraikan kejayaan 600 pelajar dari negeri itu yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Sabtu ini.
Pengerusi Biro Pendidikan Umno negeri Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam satu kenyataan berkata pelajar yang mencatatkan semua A dalam mata pelajaran yang diambil akan menerima wang tunai RM200 serta sijil.

Anugerah berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan Umno Kedah kepada anak-anak negeri itu yang cemerlang dalam peperiksaan dan ia juga pencetus semangat kepada mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah di Dewan Seri Zaleha, Naza Gurun.

Selain itu, Abdul Aziz berkata Umno Kedah menerusi Persatuan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Kedah juga merancang untuk melaksanakan kelas tuisyen secara percuma kepada pelajar di beberapa kawasan Parlimen.-BERNAMA



4 comments:

AnaQarbana berkata...

UMNO Kedah tidak ada hala tuju..
Perancang dan strategik UMNO lemah..
Buat kerja ikut nafsu..
Dalam UMNO ramai ejen musuh yang merancang untuk mewujudkan kebencian ahli terhadap pucuk pimpinan....
betoikah yang lari dari PAS dan PKR masuk UMNO UMNO tu bukan ejen musuh....
UMNO bangga....Tapi ada musuh dalam selimut UMNO....UMNO syok sendiri..UMNO tak tahu bahawas umno di serang virus dan barah dari dalam...

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok Mat Bashah mai KL sorang2 nampak kat KL Sentral, tak dak sapa pun iring, masa nak turun dari ERL naik teksi ke PWTC. Kesian kat dia, aku pun saja tak tegur, bukan apa, tak kenai lagi senang boleh dengar apa depa kata. Takkan Ketua Perhubungan UMNO Negeri mai sorang, mana lagi semua orang kuat?

Jebat Derhaka berkata...

UMNO kedah perlu ambil antibiotik untuk mencegah kuman kuman yang membawa penyakit.Kalau perlu buat lah pembedahan untuk buang terus punca punca penyakit ni.

Guru Pencen Kulim berkata...

Program tu siapa yang anjur.Betoi lah nama UMNO anjur.Tapi atas nama Biro Pelajaran UMNO Kedah.Pengerusi dia mamak Aziz Kadiak dari Kulim.Mamak Aziz ini pengundi Cina dah tolak dia.sebab itu dia kalah di Kulim Bandar baru masa PRU 12 yang lalu.Boleh jadi dia nak bodek dan pelemah anak cina pula kot.Dia ini main politik semua nak menang free macam jadi ketua umno kulim bandar baru.Pilihanraya sorry lah.Selagi dok ada Husin Rahman,Osman Aji serta kroni depa yang terlalu lama bermaharaja lela dalam UMNO Kulim Bandar Baru jangan kata cina tak bagi undi pada BN.Malahan orang melayu UMNO pun tak beri undi.Lebih lagi kalau melayu atas pagar.Kalau dia jadi calon lagi sekali siang-siang bungkus awal lagi.Aku harap pucuk pimpinan carilah calon lain pula kalau nak menang Parlimen Kulim Bandar Baru.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates