Isnin, 23 Mei 2011

Universiti UMNO Malaysia!


Dulu Kedah Times memanjangkan cadangan Daruk Mukhriz tentang penubuhan institusi pengajian tinggi UMNO. Apa saja institusi samada yang berkaitan dengan pendidikan tinggi samada teknikal atau sebaliknya, Kedah Times setuju. Seperti juga pandangan Dato Mukhriz, rakyat Malaysia yang tinggal dalam negara serba aman dan mewah ini memang cepat lupa.
Mereka lupa yang hampri semua institusi pengajian tinggi kerajaan yang wujud kini adalah hasil pemerintahan yang ditunjangi UMNO. Kerajaan inilah yang bersusah payah mewujudkan semua institusi ini serta mencari duit untuk perberlanjaan institusi-institusi tersebut. 
Bercakap nak buat itu dan ini memang senang tapi bila diperingkat perlaksanaan dan pentadbiran, tidak semua mampu melakukannya.
Disebabkan kemudahan pendidikan yang disediakan inlah yang membuatkan rakyat lupa siapa yang mengusahakannya. Maka UCAPAN atau RASA TERIMAKASIH sudah tidak wujud lagi.
Mereka merasakan yang memasuki UITM, UM dan sebagainya adalah HAK mereka kerana mereka lulus cemerlang dalam SPA dan sebagainya. UMNO tiada ada kaitan dalam hal ini.
Jadi dengan wujudnya institusi pendidikan Tinggi UMNO bakal serba sedikit dapat memberikan kesedaran yang mereka memerlukan UMNO untuk meneruskan cita-cita mereka. Tanpa UMNO mereka mungkin tidak boleh pergi sejauh yang mereka impikan.
Kedah Times menyeru agar UMNO PUsat serius dalam hal ini. Jika institusi ini menjadi kenyataan, satu dana atau YAYASAN UMNO diperlukan untuk mencari sumber kewangan untuk menguruskan institusi ini disamping mewujudkan DANA Pelajaran untuk membantu bakal-bakal pelajar yang Melihat UMNO sebagai perjuangan atau wadah kesinambungan kejayaan orang-orang Melayu/Bumiputera.
MIC dengan AIMST nya, MCA dangan TAR nya. Walaupun UMNO yang mewujudkan UITM, UTM, UUM, USM dan lain-lain, tetapi ianya terbuka kepada semua  rakyat Malaysia. Maka adalah wajar jika instiusi ini hanya untuk pelajar dari keluarga UMNO yang berjiwakan UMNO dalam perjuangan mereka.
Sebagai menguatkkan lagi penubuhan institusi ini, semua ahli UMNO perlu menyokong sepenuhnya. Jika perlu semua ahli UMNO derma seorang RM1 untuk dana permulaan, apa salahnya!
Dalam hal ini Datuk Mukhriz telah meluahkan apa yang sepatutnya dan Kedah Times merasakan yang seluruh ahli UMNO bersetuju dengan beliau.
Ayuh, mari kita realisasikan Institusi dan Tabung pendidikan ini!

Cadangan kolej kemahiran dipelopori UMNO terima reaksi positif
Cadangan penubuhan sebuah kolej kemahiran yang dipelopori sepenuhnya oleh parti UMNO dilihat berupaya mengangkat martabat dan taraf pendidikan orang Melayu terutamanya di kalangan generasi muda hari ini.
Walaupun cadangan itu belum suarakan secara rasmi kepada Majlis Tertinggi, ia jelas mendapat maklumbalas positif daripada peringkat akar umbi.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir selaku individu yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan kolej itu berkata, sudah tiba masanya UMNO mempunyai kolej kemahiran yang diuruskan sepenuhnya oleh parti terbabit.
Katanya, kolej kemahiran itu akan melatih golongan muda yang berminat menceburi bidang berproduktiviti tinggi yang mampu menjana pendapatan lumayan.
“Kolej itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh UMNO yang begitu lantang memperjuangkan isu pendidikan orang Melayu di negara ini.
“Negara mempunyai banyak kolej vokasional dan kemahiran yang sebenarnya dibina hasil perjuangan UMNO tetapi ada pihak tertentu cuba mempengaruhi rakyat dengan mengatakan ia sebaliknya.
“Pihak pembangkang ini cuba mengaut dividen politik dengan mengatakan usaha kerajaan itu tidak semestinya diperjuangkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Taiping, di Kamunting, sebentar tadi.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Shafie dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Taiping, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata bagi menguruskan kolej itu, UMNO perlu mewujudkan Yayasan Pendidikan untuk menjana dana melalui sumbangan yang diterima daripada pihak yang mendokong penubuhan kolej terbabit.
“Untuk permulaan, hanya sebuah kolej akan dibuka dan ia juga tidak semestinya dibina di Kuala Lumpur. Sekiranya ia mendapat sambutan yang baik, mungkin ia dapat diperluaskan ke setiap negeri pula untuk pelan jangka masa panjang,” katanya lagi.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju diadakan Universiti Umno juda kutipan Rm1 demi agama, bangsa dan negara tanah melayu tercinta...

matpanah berkata...

Salam,

Kawan pun setuju sangat-sangat dengan cadangan ni. Elok diusahakan segera. Tang students tu jangan risau; awal-awal lagi puak PAS/PKR akan masuk. Depa tu, asai untungkan depa, merangkak mai pun takpa...

Rajin-rajin jom la jengok blog kawan yang tak sepertinya; http://jomgodam.blogspot.com

Syburi Times berkata...

Kedah Times dah masukkan link blog tuan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates