Jumaat, 24 Jun 2011

Anwar bakal berak dalam Seluar?

Pendedahan demi pendedahan, kes demi kes menimpa Brother Anwar Bin Ibrahim. Tetapi beliau dengan selambanya bergerak seluruh negara berceramah dan bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku kepadanya.

Orang seperti B.A.B.I ini banyak dipotretkan dalam filem-filem aksi Inggeris. Pelbagai kes dan pendedahan tentang buruk laku orang seperti ini didedahkan, semakin bersemangat dan agressif beliau bergerak ke merata tempat mempengaruhi rakyat.

Apabila kedengaran Datuk T bakal mendedahkan perihal kelakuan seks B.A.B.I, beliau lebih awal membuat PC menafikan yang beliau melakukannya. Jika kita tonton video tersebut, tanpa teragak kita pasti dengan secara spontan menyebut nama pelakunya.

Bila dicabar untuk melakukan sumpah untuk menafikan yang bukan dia dalam video tersebut, muka selamba saja beliau menafikan sambil membuat lawak bodoh. Tapi sedihnya ada pokka hijau dan biru muda mengangguk setuju dengan beliau.

Apabila diminta buat ujian poligraf, beliau terus berdiam diri walaupun dicabar oleh pengikut-pengikutnya.

Itulah sifat B.A.B.I. Anak didik CIA Amerika yang sudah tidak laku lagi dan tidak disayangi lagi oleh Amerika.

Begitu juga dengan kes liwatnya yang walaupun bakal dipanggil untuk membela diri, tapi beliau masih selambanya berceramah mengatakan yang beliau tidak bersalah dan inilah adalah KONSPIRASI UMNO dan PM.

Hidupnya diselubungi dengan konspirasi. Macam filem SPY pulak. Malaysia ini ibarat seperti yang selalu dipaparkan dalam filem Inggeris. Konspirasi!

Kita Datuk Eskay bakal mendedahkan lagi perihal B.A.B.I. Kita tunggu apa reaksi B.A.B.I.


Eskay janji pendedahan baru



KUALA LUMPUR 2 Mei – Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.

Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.



“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa supaya beliau bersama dua lagi trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf, Shazryl Eskay mengalu-alukan cabaran tersebut.

Katanya, mereka sedia menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada terdapat pembohongan atau tidak dalam isu video seks tetapi dengan syarat, Anwar juga perlu sama-sama menjalani ujian tersebut secara terbuka.

Sambil menyindir Husam yang seolah-olah tidak percaya kepada janji Allah terhadap sesiapa yang melakukan sumpah laknat, Shazryl Eskay berkata, beliau berani kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar berbanding Anwar.

“Alhamdulillah... Saya terima cabaran tersebut dan sedia untuk menjalani ujian itu secara terbuka. Biar acara tersebut disiarkan secara langsung agar rakyat boleh menilai. Kali ini saya ingin beri penghormatan kepada Anwar terlebih dahulu.

“Saya mahu dia menjalani ujian terlebih dahulu kerana dalam soal sumpah laknat saya sudah mendahului dia. Sebagai pemimpin ‘terhebat’ pembangkang, saya bagi penghormatan kepada Anwar,” jelasnya. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates