Jumaat, 24 Jun 2011

Apa dah Jadi dengan Kedah?

Dulu Kedah Times ada memaparkan serba sedikit pertumbuhan pusat karaoke atau Pusat Karaoke Keluarga atau lebih mesranya Pusa Hiburan Keluarga. Ianya tumbuh di serata pekan Alor Setar, di teluk Wanjah, Jalan Pegawai, Jalan Putra, Simpang Kuala KEdah dan tidak dapat dibilang di Sg Petani.

Kedah Times ada mengherdik Ketua UMNO Pendang tentang wujudnya satu pusat karaoke keluarga di Taman Merah (Caltex). Ianya bukan bertujuan untuk mengenakan Ketua UMNO tersebut tetapi ingin melihat samada samada Kerajaan Negeri yang diketuai PAS sedar atau tidak 'Negeri Islam' mereka sedang diceroboh.

Jawapan puak-puak PAS cukup padat, senang dan ringkas."Orang kapiaq pun nak bersukaria juga", "dulu zaman UMNO lagi hebat" dan pelbagi jawapan ringkas menuduh UMNO yang melakukan kesalahan.

Mungkin sudah sedar dari tidur, maka 'Negeri Islam' sudah ditukar kepada 'negeri Berkebajikan', maka halal lah semua pertumbuhan pusat-pusat tersebut. Bunga sarang maksia sudah terbuka luas.

Apakah pusat maksiat sudah halal bagi negeri berkebajikan?

Kini bunga tersebut sedang berkembang dengan baiknya... Ini laporan dari KOSMO.


Khidmat seks di pusat karaoke

Pusat karaoke di Kota Setar yang diserbu pada Jumaat lalu selepas didakwa turut menyediakan khidmat seks.

KUALA LUMPUR - Rungutan orang ramai mengenai gelagat wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang didakwa turut menawarkan khidmat seks di sebuah pusat karaoke di Kota Setar, Kedah sejak setahun lalu mungkin berakhir apabila 18 pelacur warga asing itu dicekup dalam satu serbuan khas pada Jumaat lalu.

Satu sumber dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) berkata, sebelum serbuan pada pukul 11.45 malam polis menerima banyak aduan mengenai kehadiran wanita-wanita berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal berpelesiran dalam premis itu bermula pada waktu petang untuk memancing pelanggan-pelanggan masuk ke pusat hiburan itu.

Kegiatan wanita warga asing itu didakwa orang ramai mengganggu 'persekitaran' di kawasan sekitar selain menjejaskan imej Kota Setar.

Berikutan itu, sumber itu berkata, seramai 20 anggota termasuk 10 pegawai menyerbu pusat hiburan itu dan menahan 18 wanita dipercayai pelacur dan 35 pelanggan yang berada di dalam pusat hiburan itu.

"Ketika serbuan, sebahagian daripada pelacur sedang ghairah melayan pelanggan masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, 18 warga asing yang ditahan melibatkan seorang warga Myanmar dan 17 lagi wanita China masing-masing berusia 20 hingga 30-an.

Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap 35 pelanggan berusia antara 23 hingga 58 tahun yang ditahan mendapati sepuluh daripada mereka positif dadah.

Wanita warga asing didakwa menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya dengan mengenakan bayaran RM45 sejam.

"Pelacur boleh dibawa pulang ke rumah atau dibawa ke hotel untuk khidmat seks.

"Malah pelanggan juga boleh menggunakan bilik di pusat karaoke untuk mendapat khidmat seks," katanya dengan memberitahu pusat karaoke itu mempunyai 14 buah bilik.

Difahamkan, premis tersebut telah diserbu dua kali oleh polis.

Pusat hiburan itu mempunyai lesen dan ia dimiliki seorang penduduk tempatan.

1 comments:

Dolah doleng berkata...

Drp membangun bersama Islam tukar ke negeri sejahtera.Kemudian negeri kebajikan.Kemudian negeri kehiburan lah pula.PAS makin gostan kebelakang.Demi menjaga hubungan dengan DAP.Demi takut hilang undi Cina.Demi jaga hati PKR dan Anwar.Islam dah jadi alat dan mainan PAS.Dulu macam lain .Hari ini macam lain.Dulu salah UMNO.Hari ini Hadi kata nanti dulu.PAS pun dah tolak pemimpin ulamak.Pengaruh ulamak dalam PAS sudah mulai terhakis.Apakah Mat Sabu ulamak.Cuma lebai baiasa sahaja.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates