Rabu, 15 Jun 2011

Asyik kena kencing saja.


Kedah Times tertarik dengan kejatuhan Hasan Ali sebagai orang nombor satu PAS di Selangor dan mungkin juga bakal digugurkan dari jawatan exco sekarang.

Yang menjadi pertanyaan ialah kenapa ADUN DAP yang memberi ulasan atau jawapan kepada kejatuhan Hassan Ali. Bukankah PAS sendiri boleh beritahu kenapa dia digugurkan? tetapi membiarkan DAP yang menjawa adalah sesuatu yang amat pelik.

Benarlah, benarlah kata orang ramai yang PAS hanya budak suruhan. Buak kerja saja tapi arahan biar DAP dan PKR keluarkan. Kalau kata bahasa kasar, PAS hanyalah BARUA DAP Dan PKR. 

Di Kedah, PAS lebih rela menyebut pemerintahan PR daripada menyebut pemerintahan kerajaan Kedah oleh PAS. Mungki kerana beberapa sebab.

1. Memang PAS hanya orang suruhan macam Nizar di Perak. DAP dan PKR suru MB Azizan umumkan bahawa Kedah diperintah PR, bukannya PAS.
2. PAS memang takut kepada 1 kerusi DAP.

3. PAS memang tidak pernah ada hasrat untuk melaksanakan apa yang sering dilaungkan sepertu negara Islam, membangun bersama Ulama dan sebagainya.

4. PAS sudang ditawan dan diurus oleh PKR.

5. Kerajaan yang ada hanya kerajaan BONEKA sahaja.


Kerana Berpegang Kepada Islam, Hasan Ibnu Ali “Dipancung”!

Tidak sukar untuk menduga siapakah dalang disebalik “pembunuhan” karier politik Hasan Ali.

Geli hati membaca kenyataan terbaru dari ADUN Sekinchan, Ng Suwei Lim apabila berkata bukan DAP yang mahukan perkara ini terjadi.  Sebaliknya, sikap Hasan yang jarang turun padang menjadi antara penyebab pengguguran beliau dari jawatan no. 1 PAS Selangor.

Ng mungkin tidak sedar bahawa Hasan adalah jeneral PAS yang bertahun-tahun berkempen sehingga kedudukan PAS dilihat cukup kuat di Selangor, dan kebanyakkan kawasan Melayu dapat ditawan oleh PAS.  Seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah kemenangan PKR di kawasan Melayu adalah kerana jentera PAS yang sudah lama menyusup masuk dan berakar umbi.  Sayangnya PAS tidak pandai membuat percaturan dan “berniaga”, yang akhirnya sekadar bertanding di beberapa kawasan “selesa” mereka sahaja.

Dakwaan Ng terhadap sikap jarang turun padang oleh Hasan tentunya berasas.  Dan PAS harus bermuhasabah, mengapa Hasan Ali yang sebelumnya cukup lantang, tiba-tiba berubah sikap.  Jawapan yang tepat ialah Hasan Ali sudah merasa derita bertuankan DAP laknatullah.  Dan isu-isu mengembangkan syiar Islam seperti yang pernah dijanjikan oleh PAS terkubur dek penangan kafir harbi yang menjadi sekutu mereka.

Dilihat dari kenyataan dari Ng Suwei Lim dan Suhaimi Raja Pasir berkenaan isu pengguguran Hasan Ali, rakyat Selangor sebenarnya telah diberikan jawapan mutlak, mengapa Hasan Ali digugurkan dari jawatan yang disandangnya.  Hasan Ali adalah individu yang pro perpaduan, suatu yang difirmankan Allah untuk Islam bersatu, dan adat Melayu yang bersendikan kitabullah berkongsi kebenaran itu.

Anwar hanyalah alat kepada DAP dan percaturan menyingkirkan Anwar telah lama dirancang oleh DAP.   Hanya menunggu masa Anwar menjadi PM sebelum rancangan itu digerakkan, DAP harus berpura-pura mengganggap Anwar sebagai bakal PM mereka.  Dan Anwar adalah alat yang ampuh untuk memecahbelahkan perpaduan Islam dan Melayu.  Dan Anwar telah berjaya “mencaturkan” hierarki kepimpinan PAS melalui ejen Anwarinasnya.  Islam dan Melayu telah bertalu-talu diserang disebabkan manusia durjana bernama Anwar.  Sebarang usaha penyatuan Melayu bakal melenyapkan cita-cita Anwar sebagai PM, sekaligus mematikan terus impian DAP untuk menguasai Malaysia.

Perpaduan Islam dan Melayu adalah LARANGAN DUNIA AKHIRAT pada fahaman DAP.  Dan tiba-tiba pula Pesuruhjaya PAS Selangor pendukung kuat kepada usaha yang murni itu.

Kerana Islam, Hasan Ali “ditanam hidup-hidup”.  Syahidkah beliau?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah zionis dan yahudi sampai kiamat tetap memusuhi islam. kalau dah penzina dan sikalwat diangkat jadi pemimpin selagi itu perangai buruk akan dipalit. Selagi pemutar belit diangkat menjadi pemimpin selagi itu ia kuat pembohong.

Pengkianat akan dipuja sebagai hero dgn sokongan yahudi dan zionis bagi memudah perancangan mereka. malah pengkianat mendapat keuntungan lebih daripada pembela.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates