Isnin, 27 Jun 2011

BERSIH 2.0 rupa-rupanya KOTOR

Kedah Times ambil dari Badut Rakyat artikel dibawah dimana serba sedikit maklumat diberi tentang siapa sebenarnya di belakang BERSIH 2.0.

NGO-NGO berkaitan dengan Kristian dari luarnegara menjadikan NGO-NGO Tempatan sebagai alat mereka untuk menghuru-harakan negara Islam. Malaysia adalah salah satu target mereka. Jika Malaysia berlaku seperti mana berlaku di Mesir, Tunisia, Jordan, Libya, Syria dan Yaman, maka lengkaplah agenda mereka menghancurkan negara Islam dan umat Islam.

Kristian akan sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan negara dan umat Islam. Kini mereka dibantu oleh NGO tempatan dan juga orang Islam sendiri.

Kita perlu ingat bukan Kristian ini saja yang menjadi musuh kita, tetapi dalam negara pun ada musuh yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas negara ini dari orang Islam. Mereka ialah DAP, PSM dan pelbagai NGO yang bersekongkol dengan puak-puak ini.

Maka berhati-hatilah Umat Melayu Islam semua.


NGO KRISTIAN PENYUMBANG DALAM PERHIMPUNAN BERSIH ???

Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana,serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain,yang mewakili sembilan negara berlainan.Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.
KLIK UNTUK BESARKAN
"Semua sekali,sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat,Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.Bagi Amerika Syarikat,Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini.Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu,di laman web NDI,www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

perkara ini kena tanya stephenie lynn ketua operasi NDI untuk Malaysia,Indonesia,Tahailad dan Mynmmar.beliau kini berada di jakarta tempat command center untuk operasi bersih.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates