Selasa, 28 Jun 2011

Bersihkan institusi Masjid dari BERSIH pimpinan Ambiga


Soalan Kedah Times kepada mereka-mereka yang hebat mengkritik JK Kariah ini, apakah hukumnya jika seseorang mengganggu  kekusyukan orang lain bersembahyang? Hatta adalah disuruh supaya seseorang makmum berjemaah supaya tidak membaca dengan kuat dalam sembahyang sehingga boleh menganggu jemaah lain.

Apatah lagi seseorang yang memakai baju yang bergambarkan sesuatu yang mengganggu jemaah lain bersembahyang. Apakah ini dibenarkan ? 

Maka adalah menjadi kewajipan JK Masjid untuk menjaga keharmonian masjid agar jemaah yang datang dapat beribadat dengan khusyuk dan bukannya di ganggui oleh pelbagai gambar baju dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan JK masjid untuk menghalang mereka-mereka yang berhasrat untuk membawa perpecahan dikalangan Jemaah. Hatta kita perlu ingat, Islam melarang jika seseorang yang berniat ke Masjid untuk bersembahyang Tahyatul Masjid pada waktu tahrim. Inikan pula yang sengaja berbaju provokasi ke masjid untuk mengelirukan atau menghasut orangramai. 

Dan HArakah tak belajar ka yang memecahbelahkan Jemaah adalah dosa besar? Dengan berbaju begitupun dah boleh dibaca hasrat sebenar pemakainya. Malahan pemimpin kumpulan tersebut adalah seorang kafir yang mempertahankan orang Islam yang murtad. Sedarlah ...


Harakahdaily 

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju BersihKUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan) 

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut. 

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib. 

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. 

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar. 

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. 


Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. (Gambar kiri) 

Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih. 

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku. 

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong. 

Mengenai himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya amat setuju Institusi yang melibat keagamaan seperti masjid harus berpendirian menegakkan syiar islam mengikut kehendak dan selari dengan tuntutan agama dan mengikut garis panduan yang berlandaskan kehendak agama islam dan bukannya kehendak golongan yang berkepentingan diri. Kita lihat masjid2 di Kedah terutama telah dicemari oleh golongan pelampau semasa pemerintahan BN lagi tetapi apabila PAS memerintah mereka jadi raja serta maharaja. Contoh nyata dan pasti antara masjid tersohor iaitu Masjid Al-Bukhari Pantai Johor, Masjid Bandar Darul Aman dan lain2 lagi.

Antara gelagat yang terkemuka memberi ceramah parti politik dalam amsjid ialah Ahmad Yahya, Mohd Asri Zainol dan banyak lagi. Kini masjid sudah jadi pusat ceramah politik PAS. Kalau dahulu mereka curi2 kerana menunggu lampu hijau sahabat mereka yang berkuasa di masjid. Amat malang kerana setiap tajuknya berpaksi pada agama islam tetapi perjanannya melencong jauh hingga keluar dan memasuki arena politik mereka. Kini ceramah agama dalam erti kata sebanarnya yang membawa isi kandungan membenci, memfitnah, memaki hamun, mengata orang itu jahat, menganjak kearah kebencian, permusuhan dan sudah lari daripada tajuk agama yang menghendaki umatnya diajar supaya mendapat pengajaran, sejarah, sains, perubatan, menjadikan seorang yang betul taat dan patuh pada ajaran islam dan pemimpin serta menjadikan mahkluk yang berakhlak mulia, terpuji serta menghormati semasa kaum dan insan.

Kita harus ingat bahawa institusi masjid dijadikan medan perpanduan sebagaimana hijrah Rasulullah SAW beserta sahabatnya ke Negeri Madinah dan mula2 sekali Nabi SAW membina masjid. Tujuan untuk mengajak semuanya hamba rakyat agar patuh, taat, setiap, hormat-menghormati, mengambil pengajaran baik serta mengeratkan persaudaraan semasa insan. Masjid juga dijadikan pusat talbiah dan ilmu pendidikan dan tingkat ilmu pendidikan.

Keadaan menyalahgunakan masjid menyebabkan salah satunya budaya menjauhi masjid kerana setiap kali ceramah dan majlis agenda ialah permusuhan, berpuak2, memaki hamun serta tiada aura penarikan ummah untuk merasapkan perasaan rakyat menyanyangi masjid sebagai sati tarikan. Inilah termasuklah pegawai2 masjid yang selalu melakukan amalan double standard serta tiada aura kemesraan sepertimana sifat keperibadian Rasulullah SAW serta sahabat2 beliau.

Tak mustahil kebajikan masjid kini terlalu miskin rakyatnya. Justeru itu pendekatan ketat harus diambil tindakan drmatik supaya masjid bebas daripada unsur negatif dan biarlah penceramanya benar2 tulus iklhas untuk penjuangan islam dan bukannya agenda sempit pilitik yang tersembunyi.

Tanpa Nama berkata...

Sembahyang Jumaat 1/7/2011 di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.....

Punya nak selitkan ceramah politik pasal Bersih 2.0, yg tak dak dlm skrip kutbah, khatib melalut macam budak tadika. Macam dok ajaq budak taraf tadika. Lepas tu dok mengata kat makmum kalau yg berpangkat JUSA atau pegawai, harga brg naik pun tak pa.

Makmum pakat dok mengata kat khatib. Ramai yg dok geleng kepala, "apa orang tua ni dok mengarut".....

Semenjak dua menjak ni, Masjid Sultanah Bahiyah banyak dok selit ceramah politik dlm kutbah Jumaat, dah tak macam dulu. Orang mai masjid nak buat ibadat tapi dok kena dengar ceramah politik. Tu pulak bila baca doa lepas sembahyang pun dok selit doa politik. Harap Tuanku Sultan Kedah prihatin dengan benda-benda macam ni.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates