Jumaat, 24 Jun 2011

Blogger UMNO Langgan Pelacur


Ini Kedah Times ambil dari Blog KedahLa atas artikel Pusat Karaoke bela Pelacur di Kedah. Mungkin sudah terasa bahang sebagai pemerintah 'Negeri Islam' atau yang terbarunya 'Negeri Kebajikan', maka jawablah Mat Kering Bakaq Bata dalam blog tersebut.

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Petikan dari blog UMNO @ UMCO:

Saya ingin bertanya pada PAS Kedah, sejak bila Kerajaan PAS "Sejahtera" Kedah menternak pelacur di Alor Setar? Dah lama ke buat kerja ni? Sejak bila? Sejak ambil alih Kedah dari BN? Inikah maksud disebalik "Sejahtera" PAS Kedah tu? 

Sebenarnya tak payah jawab tuduhan tu, bila kerajaan dituduh ternak pelacur maka hanya orang yang berfikir menggunakan pungkok sahaja iaitu para penganut UMCO tulen sahaja yang akan mempercayainya. UMNO yang tak tulen pun tak percaya.

Memang Kedah Times setuju orang yang memikir menggunakan pungkoq sahaja yang akan mempercayainya kerana orang-orang PAS termasuk yang menjaga Wisma Darulaman lah yang berfikir menggunakan pungkoq sebab Kedah Times dah beritahu beberapa kali dah yang pusat Hiburan Karaoke sedang tumbuh dengan pesatnya di Kedah. Tetapi nampaknya pemerintah Negeri Islam tidak ambil kisah. Mungkin nak jadi rakan sepelukan kafir harbi DAP aka Kominis. Dan mungkin Mat Kering tidak pernah ronda sekitar Alor Setar memerhati apa yang dibuat di Pusat Karaoke tersebut. 

MK dan rakan-rakan yang terpinggir dalam dunia maksiat ni mengakulah dengan rendah diri tidak tahu menahu akan aktiviti pelacuran tu. Orang yang tahu akan aktiviti pelacuran biasanya pelanggan-pelanggan pelacur sebab dalam bilik tertutup tu, takkan pasangan yang dok buat kerja tu nak panggil orang ramai suruh tengok depa. Maknanya pelanggan dan pelacur sahaja yang tahu. Maknanya jugak.. ehh blogger UMCO tu langgan pelacur??? Eh, tak, tak, aku tak tuduh...

MK dan rakan-rakan tidak tahu ka atau sengaja buat tidak tahu kerana nak jaga hati rakan sebantal kapir harbi DAP dan pengikut agama Plurisma? Bukankah sudah diberitahu awal yang pusat-pusat hiburan Karaoke adalah bunga-bunga permulaan maksiat sedang tumbuh rancak? Atau MK dan rakan-rakan sengaja mendiamkan diri kerana ...... Bukan menuduh nooooo. Kalau dok diam tu maknanya bersubahat la kot! 

Macam niilah, blogger UMNO yang bernama Alkisah Aloq Staq dan Kedah Times, kalau betul hangpa tau ada aktiviti pelacuran pi report dekat polis (kalau bab bantah Bersih bukan main pandai buat report) dan juga Pejabat Agama, tentu depa akan ambil tindakan. Hangpa yang dekat dan biasa dengan pusat pelacuran tu kena bagi kerjasama laa. Mana ada tok-tok lebai PAS pi dok melewark kat rumah pelacuran, orang PAS tak tau sungguh bab-bab maksiat.. hanya lalat hijau yang tau kat mana ada najis.

Hahah sudah berapa kali Kedah Times paparkan yang pusat ini sedang tumbuh dengan rancaknya. Bukankah ini sebagai satu laporan kepada pihak berkaitan? Peliknya kenapa nak lapor kepada polis pulak? Kedah Times paparkan tentang pertumbuhan pusat-pusat karaoke yang bakal menjadi pusat maksiat. Jabatan Agama dan Majlis tempatan dok buat apa? Atau MK dan rakan-rakan ada saham juga ka dalam pusat-pusat tersebut? Yang ni MK kena jawab dengan ikhlas ... bukan KEdah Times nak menuduh.

Bila tercetus isu pelacuran ni yang disalahkan karaoke. Penin jugak UMNO ni. Yang betulnya pusat karaoke tu disalahgunakan untuk aktiviti haram yang lain. Pejabat Daerah luluskan lesen premis niaga, mana ada depa luluskan pusat pelacuran.

Karaoke tak salah tetapi tumbuhnya pusat karaoke ini yang membawa kepada masalah maksiat yang menjadi masalah kita. Itu yang MK tak faham sebenarnya. Bunga-bunga maksiat bermula ditempat sebegini. Dan yang cepat terpengaruh adalah orang Islam terutama anak-anak orang PAS! Tak caya pergi la tengok! MK lagi confuse dengan mengatakan Pejabat Daerah beri lesen, yang beri lesen berniaga ialah Majlis Daerah Tempatan. Dan Majlis Tempatan mempunyai penguatkuasa untuk memantau jenis perniagaan yang dijalankan. Tadi di atas suruh KEdah Times lapor kepada Polis .... Aiks Polis pantau jenis perniagaan ka?

Lagi satu nak bagi tau kat MK, pelacuran adalah pekerjaan dan perniagaan juga (tapi pekerjaan dan perniagaan haram tapi halal bagi kafir). Jadi sapa yang bertanggungjawab untuk pantau dan tarik balik lesen? Takkan MK tak tahu kot? Tapi yang penting EXCO yang berkaitan patut turun padang la. Buka duduk di kerusi empuk di Wisma dan berceramah di malamnya. Itu baru betul makan gaji!

Lagi satu nak tanya MK, EXCO berkaitan tak dak polisi atau arahan kerja ka?

Dalam paper selalu siar kes dadah di Perlis, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang dan semua negeri  BN, takkan kita nak kata 'tengok, kerajaan BN galakkan dadah'... Maaflaa MK nak kata beberapa patah dekat bloggers UMNO semua 'Hangpa ni tak cerdik!!! tak reti pikiaq'. Takmau la kata 'bodo'.

Nampak sangat MK dah mula nak korner. MK sedar tak siapa yang berceramah di atas pentas seluruh pelusuk negeri dok cakap pasal perlaksanaan hukum Islam dan negeri Islam? Dimana Hudud matlamat kami? DImana mambangun bersama Ulama? 

Nampaknya itu semua retorik politik la noooooo.

MK, kami mungkin kurang cerdik tetapi kami blogger UMNO boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Dan kami berfikir pakai akal dan fikiran, bukan pakai pungkoq (seperti yang dikata (MK). Yang mana ditegah oleh agama dan mana dibenar agama kami tahu. Sebab itu kami beri amaran tentang pusat-pusat ini. Dan Kedah Times nak pesan kepada MK, jangan sama sekali tidur dengan musuh kerana depa ni bakal cekik kita waktu sedang lena  (bukan tidur). Tengok apa dah jadi kepada PAS Kedah. .... musuh 2-3 ekoq pun sudah tak boleh nak kawal ... heheh Salammmmm

4 comments:

Wake UP! berkata...

Salam Bro. Susah kalau tidur dengan musuh dalam selimut. Nanti ditikamnya masa kita tengah tidur.

Tanpa Nama berkata...

ala dalam pas pun ramai kaki curi lembu,kaki mengendap dan curi sekerap.
kalau kasiat ada dikedah maknanya jimatlah sikit oertukaran RM malaysia dengan Bth Thai.Inilah kerajaan sejahtera dan kerajaan Islam ala PAS.

Tanpa Nama berkata...

Banjir tak tau, pelacoran taktau. Ambik gaji + elaun sampai dekat RM100,000 sebulan dia tau la. Yang pecacai PAS dok bela pemimpin depa, tumpang dapat dosa saja la.

Depa tak baca Quran ka? Quran kata jauhi perkara yang membawa zina,bukan larang zina semata-mata, tapi perkara yang menghampiri zina. Tapi PAS semakin dok tambah ada la, karaoke macam cendawan tumbuh selepas hujan semenjak 2009

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PAS lagi pengotok

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates