Isnin, 20 Jun 2011

JANGAN TUNGGU LAGI..!!!!!!!

 SOBRI SUDIN

1. Persoalan 'people centric' sudah jarang dibahas dan mahu dilaksanakan semenjak era 'politiking TERLAMPAU' mengambil tempat sebaik sahaja PRU 2008 berakhir.

2. Lebih malang, golongan non-partisan, masyarakat tidak berdosa dan tidak minat berpolitik diajak untuk terlibat sama.

3. Maka bertambahlah kelompok serta puak yang terlibat dalam polemik.. antara kehebatan dan kepandaian bangsa Melayu.. kebolehan yang langsung tidak menguntungkan bangsa dan mampu mengukuh tamadun hidup bernegara..

4. Polemik tiada kesudahan, kerana sudah ada garis pemisah bahawa pihak yang berpolemik akan sentiasa mengatakan mereka itulah yang betul... Perakuan maaf dan kesedaran menginsafi dan mengakui kesilapan langsung tidak terjelma dalam kamus bicara..

5. Maka, polemik berterusan diterjemah melalui siri pilihanraya kecil, perhimpunan di sana sini atas nama 'kebebasan'. Kempen meracau mengata orang dan memperlekeh pemimpin, adu domba dan sengketa angkara lidah yang berterusan. Kesibukan polemik aku lebih Islam, engkau kurang Islam, aku lebih berkebajikan engkau kurang kebajikan, aku lebih baik engkau lebih buruk', turut mengakibatkan semua isu teras melibatkan kepentingan rakyat kian terpinggir.

6. Masyarakat disibukkan dan disajikan dengan berita politik. Ahli politik menguasai pesada dan denyut nadi kehidupan negara di sana sini, apa pun jua aktiviti, gerakerja yang mahu dilakukan mesti ada pengemudinya yang juga ahli politik..

7. Baik internal politics, intra dan inter-party politics, semuanya menjadi nadi yang menggerakkan seluruh maya pada bumi Malaysia..

8. Walhal tanpa disedari oleh golongan ini, peserta politik aktif barangkali mewakili tidak sampai 30% dari keseluruhan rakyat Malaysia. Baki 70% lagi hanyalah peserta pasif yang sekadar terlibat secara langsung dalam politik tatkala turun mengundi di hari pilihanraya umum.

9. Namun seperti biasa, minoriti 30% ini menyalak seolah-olah merekalah penentu segala-galanya. Mereka merancang itu dan ini, mahu berbuat itu dan ini, matlamatnya hanya satu.. mahukan kemahuan mereka dituruti.. Malang pula, pihak autoriti yang dicabar, masih mengamalkan sikap 'akan, akan, tunggu dan lihat'.

10. Walhal dalam perspektif urus tadbir kerajaan mana-mana didunia, sebarang elemen subversif atau gangguan pemecah keamanan perlulah dibanteras dan dicegah. Prinsip urustadbir kerajaan juga berkehendakkan hak majoriti dilindungi, bukannya melayan golongan pendesak yang mewakili minoriti..

11. Katalah, ulas dan polemiklah apa sahaja sama ada dari sudut pendekatan hukum, norma kemanusiaan, keagamaan, kenegaraan; tindakan yang hanya bermatlamat mahu memenuhi kehendak minoriti namun membawa implikasi kurang baik kepada kemaslahatan ummah, maka persoalan ini wajib ditangani...

12. Kesimpulannya apakah 500,000 (sasaran penganjur) peserta perhimpunan BERSIH 9 Julai nanti mewakili isi hati dan kehendak suara 28 juta rakyat Malaysia, atau hampir 13 juta pemilih berdaftar di Malaysia??????.

13. Jika jawapannya tidak.. TUNGGU APA LAGI?????.. 'PREVENTION IS BETTER THAN CURE'.. Ratusan laporan polis telah dibuat, 'majoriti rakyat yang cintakan keamanan mengharapkan tindakan, bukan lagi ulasan dan komentar yang tidak berkesudahan'...

14.JANGAN TUNGGU LAGI..!!!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates