Isnin, 20 Jun 2011

Kalah di Sik tapi dapat jawatan di Negeri


“Bagaimanapun, berlaku sedikit kejutan di Sik dan Kulim Bandar Baharu apabila ADUN Jeneri, Mohd Yahya Abdullah gagal mempertahankan jawatan YDP Pas Sik setelah tewas di tangan Ahli Parlimen Sik, Che Ya Che Nik, manakala Pegawai Khas Menteri Besar, Hassan Razak turut mengekal jawatan YDP Kulim Bandar Baharu setelah mengetepikan cabaran sengit ADUN Kulim Bandar Baharu, Yaakub Hussin,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian lewat petang semalam.

Musoddak berkata, kejutan lain yang berlaku di Sik apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor turut tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan YDP Sik di tangan Bakar Baqilani Hassan.

Menurutnya, di sebalik kejutan dan keputusan luar jangkaan yang dicatatkan di beberapa Pas kawasan, keseluruhan perjalanan pemilihan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah setelah satu jawatankuasa khas bagi dibentuk memantau proses pemilihan.


Pemilihan di Sik ini mencatatkan satu sejarah dimana seorang Setiausaha Politik MB gagal dalam merebut jawatan sebagai Timbalan YDP. Jika dilihat secara keseluruhan Sanusi bukan menjadi pilihan utama penyokong-penyokong PAS di Sik. 

Bagi Mohad Yahya Abdullah pula yang sekarang ini adalah ADUN Jeneri, kekalahan ini memberi impak besar kepadanya pada PRU13 akan datang. Adakah beliau bakal dikekalkan? 

Tetapi yang menariknya, semua calon yang memihak kepada ADUN Jeneri ini tumbang kepada kumpulan Cikgu Uda. Ini bermakna semua wakil-wakil dari kawasan Jeneri sudah tiada dan diganti oleh kebanyakannya calon dari Sik atau Belantik.

Apakah PAS Sik sudah berpecah?

Apakah Jeneri bakal ditawan kembali oleh UMNO? Jawapannya terletak kepada siapa calon yang bakal mewakili UMNO.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates