Ahad, 5 Jun 2011

Kedah = Langkawi

Cuba baca disini.

Angka memberikan situasi sebenarnya. Dari 1.7 juta jatuh kepada 1 juta sahaja.  700 ribu lagi tidak jejakpun kaki di Pekan Alor Setar. Bermakna hotel-hotel dan kedai-kedai di sekitar Alor Setar juga kehilangan 700 ribu pelanggan berpotensi.

Kenapa? Kerana pelancong tidak termasuk dalam agenda Kedah Sejahtera. Tapi pertumbuhan pusat hiburan karaoke ada dalam agenda Kedah Sejahtera.


Ini juga bermakna yang difikiran pelancong, Kedah adalah Langkawi dan Langkawi adalah Kedah. Hanya Langkawi lah satu-satunya destinasi pelancungan di Kedah. Tiada Merbuk, Alor Setar atau mana-mana tempat menarik di Kedah.

Kenapa? Kerana Kerajaan Negeri Kedah Lemah ... tak buat apa-apa. Agenda pelancungan tiada dalam Kedah Sejahtera ... pelancungan menimbulkan banyak maksiat.


Petikan dari Merbok Times

Pelancong lebih kenal Langkawi dari Negeri Kedah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan berdasarkan maklumat Kementerian Pelancongan didapati terdapat penurunan kedatangan pelancong ke negeri Kedah sebanyak 700,000 daripada 1.7 juta pada tahun 2009 manakala hanya 1juta pada tahun lalu.

Pelancong yang melawat Pulau Langkawi tidak langsung datang ke tanah besar Negeri Kedah Darul Aman kerana Kerajaan Negeri tidak mengambil inisiatif untuk mempromosikan tanah besar.

Pelancong luar yang datang ke Langkawi tidak tahu pun wujudnya Alor Setar dan mereka lebih banyak berbelanja di Langkawi daripada tanah besar.

Inilah kelemahan Kerajaan Kedah yang tidak bijak mengambil kesempatan untuk mempromosikan Negeri Kedah.

Tidak hairanlah jika Alor Setar digelar sebagai "dead city".

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya perkara ni dah berlaku lama dah sejak BN memerintah lagi... Kalau pi Aloq Setaq, boleh kira dengan jari aja pelancong asing mai... Sedih jugak pasai kalau kat tempat lain macam Kota Bharu, Kuala Terengganu, & lain-lain tempat ghamai pelancong asing mai...

aku menulis bukan kerna nama.... berkata...

> sebenaqnya kjaan kedah ni...xtau apa satu pun!!!
> menang terkejut...mcm tu la jadinya...
>yg depa tau dok tukaq slogan politik depa..
>dulu..membangun bersama islam la...hudud matlamat kami la..kedah sejahtera la...la ni ..nk jadikan Mlsia negara kebajikan pulak
>nak wujud negara islam dah habih dah..sebab dlm Quran kata xdak negara Islam pun ( Hj. Hadi kata)
>habih tu dulu..yg dok terhegeh2 ckap nk wujud negara Islam klu menang...hampa tuduh orn lain kapiaq la...mcm??
>la ni baru hampa tau...hampa ni memang main politik byk mcm mentor hampa!!!
>bab pelancongan...xpayah dok pikiaq...pru13 ni...hampa tungeng...???

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates