Khamis, 9 Jun 2011

Kedah Times ni sapa?

Kesian kepada Sobri Sudin. Ramai yang menganggap yang Kedah Times ni Sobri Sudin, Sobri Sudin adalah Kedah Times.

Sobri Sudin adalah penyumbang penulisan kepada Kedah Times. Dia bukan pemilik Kedah Times. Malah kedah Times tiada pemilik. Kedah Times adalah milik orangramai. Siapa yang berminat untuk meluahkan idea, meluahkan perasaan terhadap kepincangan kepimpinan dan sebagainya, Kedah Times terbuka. Ramai pelapor dan pelopor di Kedah Times. Ianya milik rakyat Kedah!

Dalam isu-isu tertentu, Kedah Times tidak berhasrat untuk memalukan sesiapa tetapi Kedah Times kena juga luahkan hasrat suara-suara yang tidak didengari supaya ada check and balance dalam penulisan Kedah Times. Juga supaya ada pimpinan atasan merasakan yang tingkahlaku mereka dilihat dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya. 

Pihak pimpinan atasan mempunyai banyak saluran untuk memberi idea atau luahan, tetapi rakyat biasa bawahan tidak banyak saluran untuk diluahkan. Kedah Times memberi peluang tersebut kepada rakyat bawahan.

Apa-apa pendedahan atau sebagainya hanyalah untuk membuka mata mereka yang menjadi pemimpin samada dalam parti politik atau mana-mana agensi kerajaan atau swasta supay mereka lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan dang tingkahlaku mereka.

Bacalah dengan hati terbuka. Jika tidak tepat laporan yang diberikan, perbetulkan. Jangan jadi macam Anwar Ibrahim yang sentiasa mencari jalan untuk 'shut up' sesiapa saya yang cuba menyentuh tentangnya.

Ini negera demokrasi berpelembagaan, suara dan undi rakyat menjadi penentu. Jika rakyat kata TIDAK, maka kenalah terima hakikat yang kita tidak lagi disukai rakyat. Begitu juga Kedah Times, jika pembaca sudah tidak mahu lagi melawat laman ini, maka Kedah Times terima dengan baik.

Tidak perlu melalak merata tempat meminta simpati atau sebagainya. Kedah Times berjuang untuk mendapatkan kebenaran. PERJUANGAN BELUM SELESAI.

4 comments:

hisham berkata...

kehkehkeh....

Tanpa Nama berkata...

Ni puak PAS yg kurang ceredek la yg dok pi pandai2 buat sangkaan, sebab bagi depa apa yg depa kata mesti betoi. Tapi kali ni salah. Tak pa la PAS oi buat la apa saja asal hepi. Tapi aku memang tau lama dah Sobri Sudin ni hanya salah seorang contributor Kedah Times, dan ada ramai lagi contributor artikel Kedah Times, sebab tu setiap hari boleh posting banyak artikel. PAS tak boleh terima kenyataan bahawa blog KedahTimes ini tidak dibayar dan dijalankan secara sukarela. Mereka tidak mahu percaya bahwa dlm UMNO juga masih ramai org yg buat kerja tanpa mengharapkan balasan dan tidak mengharapkan projek. Tapi mereka ini adalah org UMNO biasa, dan bukannya menteri atau ketua bahagian pon

MERBOK TIMES berkata...

Kedah Times,
Teruskan perjuangan jangan kira cakap-cakap pengampu tegar.

om berkata...

> ana sokong..kedah times adalah hak milik org2 yang mau menulis menegenai apa yg ada dlm kepala/hati !!
>ini lah medium siber yg menjadi tempat untuk meluahkan apa2 pendapat
>contohnya mcm ana...ana mahu tulih mengenai pembohongan puak2 munafik ...xkira dari parti mana pun....ana akan tibai
> HIDUP KEDAH TIMES10x
>HIDUP PERKASA 20X
>HIDUP ISLAM/MELAYU 30X

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates