Ahad, 12 Jun 2011

KELAM ATAU CERAH?????

SOBRI SUDIN

1. Sedar ataupun tidak KEDAH kehilangan peruntukkan lebih RM360 juta setahun yang diterima 12 buah daerah bagi projek PIA, PIAS,dan program pembangunan setempat, kesan Pakatan Rakyat menguasai Kedah mulai 2008.

2. Lalu cerdik pandai yang sebenarnya ego akan mempertikai 'konsep federalisme' harus menitikeratkan hak negeri, namun si cerdik pandai tadi pula tidak pernah membicarakan persoalan tanggungjawab negeri. Kerajaan pusat itu bapak, kerajaan negeri adalah anak, lojikkah seorang bapa akan memberi wang atau biaya kepada anaknya jika anaknya itu sering memaki bapak dan tidak bertindak secara yang wajar dalam menghormati seorang bapa???????

3. Dalam perlembagaan Malaysia, wujud apa yang diistilahkan senarai persekutuan, bersama dan senarai negeri (Senarai ke-2, Jadual ke-).3. Senarai bersama adalah seperti JKM, pendidikan dan seliaan jalan negeri, namun peruntukkan datang dari pusat diurus dari negeri. Jadi dalam konteks pengurusan ketika banjir besar 2010 yang lalu ternyata USTAZ AZIZAN telah berbohong, kerana peruntukan JKM disalur pusat, kakitangan dilantik dan dibayar gaji negeri. Jadi kalau kata Pusat tidak memberi pertolongan, maka itu adalah kelentongan paling besar abad ini..

4. Isu asasnya sudah banyak kedapatan ketidakikhlasan berlaku jika peruntukkan disalur terus kepada negeri. Satu contoh tipikal apabila projek jalan luar bandar di bawah Koridor Utara yang menggunakan wang pusat akhirnya pernah dimengakukan oleh seorang Ustaz bertaraf Exco PAS, kononya jalan berkenaan dibina oleh kerajaan PAS..

5.Maka disinilah yang dikhuatiri, berlaku fenomena 'lembu yang teruk sapi dapat nama' (Dalam konteks ini tepatlah seperti tulisan admin Kedah Times, bahawa kesian pada Sobri Sudin (aku la tu). Aku hanyalah salah seorang penyumbang dalam Kedah Times. Malangnya puak PAS, termasuk UMNO dulu kini selamanya menanggapi Kedah Times aku yang punya.

6. Jadi yang jadi mangsa hentaman, tentulah aku sendiri (sebab Kedah Times memang diakui tidak memihak, menjadi mimpi ngeri kepada lawan dan peringatan kepada kawan. Kedah Times tidak pandai mengampu dan bukan kerja mengampu sebab dianya tidak bertuan, kerja dilaksana atas konsep kesukarelawan dan prinsip jihad fisabilillah, 'amal maaruf nahi mungkar').

7. Akan tetapi, tak apa lah, alah bisa tegal biasa.Tapi apa aku heran, cacian sudah menjad lumrah... pendirian ini tak akan berganjak dan goyah biar diserang atau dikata segenap arah.. kata pepatah, 'kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai'.

8. Berbalik pada peranan pusat dan negeri, jika ada sikap ikhlas maka yang wajib diutamakan adalah keperluan rakyat. Berpolemik bagi menegakkan benang basah bagi apa jua isu menimpa rakyat tidak akan ada penyelesaiannya. Masa depan masyarakat pasti menjadi KELAM..

9. Kita harus akur ekonomi kian muram, persekitaran hidup dan prospek pembangunan agak terbantut (terutamanya di Kedah la), namun ahli politik seolah-olah kurang visi dan misi..

10. Persoalan kebajikan dan keperluan rakyat tidak boleh difokus atau dilambakkan semata-mata ketika kempen pilihanraya.

11. Parti mana yang sudah diberi amanah kuasa perlu dan wajiblah mengotakan apa yang telah dijanjikan dulunya dengan segera.

12. Kurangkanlah retorik, janji manis dibibir, buangkanlah slogan tidak bermakna, tingkatkan tindakan dengan segera.

13. Sama ada negara berkebajikan ka, negara Islam ka, Rakyat didahulukan ka, atau apa sahaja, kita berdoa dan berharap agar pemimpin melayu Islam lebih cerdik berpolitik.

14. Berperang atau bergaduhlah macam mana sekalipun, namun pastikan keutamaan, keperluan, keadilan sosial, dan hak majoriti kaum Melayu beragama Islam yang mewakili 67% penduduk negara dan 76% penduduk Kedah dapat terbela dan dipenuhi dengan sewajarnya. Bak kata pepatah... 'letakkanlah sesuatu pada tempatnya, barulah ADIL namanya.....

15. Jangan terus biarkan harapan bangsa menjadi kelam, kerana keasyikan pemimpin sesama pemimpin godam menggodam... Tingkatkan kualiti dan khidmat kerja, kurangkan sengketa..!!!!! BARULAH CERAH MASA DEPAN UNTUK SEMUA....

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

MARI KITA BERPEGANG TANGAN SAMBIL MENYANYI..."HILANG TERANG..TIMBUL GELAPPP..."

ULG SAMPAI 1000X, LEPAS TU HANTUK KEPALA DGN MIC SEORANG SEKALI..KALAU TAK BOLEH INSAF JUGA..
GI KEDAI CINA BELI RACUN DAN TANYA PAK LING CAMNA NAK TOGGAK RACUN TU.. HE..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates