Sabtu, 4 Jun 2011

Kerja ka Makan Angin?

Menerajui sebuah agensi kerajaan Persekutuan memerlukan seseorang yang professional dan sangat komited. Jika agensi yang diterajui itu berkait rapat dengan kepentingan kemajuan orang Melayu/Bumiputera, maka pemimpin nombor satu agensi tersebut perlulah juga seorang yang patriotik dan penuh dengan semangat untuk memajukan bangsa agama dan negaranya.

KEDA ditubuhkan untuk memajukan orang-orang Melayu/Bumiputera yang kebanyakannya tinggal diluarbandar. Maka KEDA memerlukan seorang pemimpin yang begitu komited dalam menjalankan tugas-tugasnya.

TAPI apa dah jadi dengan orang nombor satu KEDA? Sila lihat gambar sebelah. Jika benar ini saja yang dilakukannya setiap hari, minggu atau bulan, maka KEDA hanyalah sebuah agensi yang tidak diketuai oleh mereka yang seperti disebutkan di atas. TIADA KOMITMEN!

Kemana sebenarnya orang nombor satu KEDA berada? Bukankah beliau sepatutnya memberi sepenuh masa beliau di Kedah dalam merancang dan melaksanakan semua dasar-dasar yang telah ditetapkan kerajaan.

 Apa yang beliau buat diwaktu kerjanya? Macamana kapal nak belayar jika Ketuanya sentiasa tiada atas kapal untuk memberi arahan?

Apakah tugas nombor satu sentiasa berada diluar kawasan? Atau ada benda lain yang didahulukan?

Berdasarkan kad rakaman kerja ini, nombor satu KEDA patut beri penjelasan dimana beliau banyak menghabiskan masa kerjanya.

KEDAH TIMES mendapat banyak maklumat yang pelik-pelik berkaitan KEDA termasuk penyokong PAS dan PKR yang menerajui unit-unit penting dan banyak menggagalkan agenda kerajaan.

Ini mungkin ada kaitan dengan laporan atas kad rakaman kerja ini. Jika nombor satu ada selalu di pusat operasi KEDA memantau dan memberi arahan, sudah tentu gejala sabotaj dasar kerajaan tidak berlaku.

Menteri yang jaga KKLW apa citer? Tak ada ka laporan tentang benda-benda ini semua? ATAU asyik dijamu dengan laporan baik-baik saja... sehingga menganggap KEDA belayar dengan baik.

Kisah KEDA disaman oleh stafnya sendiri pun sepatutnya membuka mata pihak yang berkaitan dengan agensi ini. Jika pada awalnya ia diuruskan dengan baik, sudah tentu kes tidak dibawa ke mahkamah. Tetapi inilah akibatnya jika kapal yang selalu tiada kapten. Apa yang berlaku dalam kapal pun mereka sudah tidak ambil peduli ATAUPUN tidak tahu. 

Apakah gaji ribuan dengan elaun, kereta dan sebagainya masih tidak mencukupi untuk memberi komitemen dalam menerajui agensi ini?

Semoga KEDA berubah dan diterajui oleh mereka yang betul mempunyai semangat perjuangan untuk memajukan bangsa agama dan negara.


13 comments:

Tanpa Nama berkata...

harap pihak berkaitan lapor sahaja pada SPRM, tuang kerja dan ponteng kerja tapi kedarah gaji buta juga adalah satu bentuk salahguna kuasa dan rasuah..Tindakan..siapa yang berani mulakan dulu.Menteri, pengerusi Keda tunggu apa lagi..jangan syik urut misai saja..tunjuk la garang sikit

Non ulu banat berkata...

aku cadang Keda ini telah sampai masanya ditutup sahaja kerana tahap nya sudah pun sampai optimum.Mana-mana pertubuhan pun kalau matlamatnya satu sahaja bila sampai tahu tahap dia akan jadi malap>Orang nombor Keda pun boleh jadi dia sendiri pun kurang faham fungsi Keda.Aku sendiri pun tak faham kenapa dalam KEDA begitu ramai penyokong PAS.Penyokong PAS dan UMNO sama banyak.Yang peliknya pegawai KEDA pun senget pro PAS.Yang ini aku pun heran.Katanya KEDA nak bantu orang miskin.Ada juga bantu tapi cara bantu sudah tidak sistem lagi yang berkesan.Terutamanya KEDA menjadi kurang dihormati oleh orang UMNO sendiri kerana dasar KEDA yg menjadi kuda tunggangan Ketua bahagian di Kedah.Ketua Bahagian banyak cucuk hidung KEDA terutama pembahagian bantuan dan peruntukan projek.Ada Ketua bahagian yg tidak adil dari segi pembanhagian nya.Aku sendiri pun tak pasti adakah UMNO menguasai KEDA atau KEDA menguasai UMNO.Hari ini KEDA nampak celaru sikit.Aku ingat orang Kg KEDA sensiri pun tak kenal lagi siapa dia orang no 1 KEDA.Nak lebih baik tutup lah sahaja KEDA ini.Pegawai dia seraplah mana-mana jawatan yg sesuai.Melayu sudah terlalu manja dan malas.Lagi dibantu makin menjadi teruk.Ada juga yg berjaya.Tapi ramai yg tak berjaya drp yg berjaya.Cukup lah jasa KEDA selama ini.Pgrogram KEDA pun kadangnya atas kertaskerja hebat.Bila di perlaksanaan meleset sekali.Apakah Melayu nak jadi bangsa subsidi lagi.Wajarlah KEDA ditutup.

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya Pengurus KEDA ni nak pegi KL bermeeting ? Dah memang dia selayaknya bermeeting pun !..Dia BOS, takkan meeting tu dia nak hantar kerani cabuk KEDA yang pegi kot ?

KedahTimes jangan jadi bodoh memaparkan isu yang bukan isu.

Kalau yang dipaparkan (scanned) tu merupakan cek rasuah ke, claim tipu ke, tuntutan tak berasas ke, atau bukti gambar Pengurus Besar KEDA tu tidur di rumahnya , tapi dalam punch card memaklumkan dia ke KL untuk meeting, ITU BARU GEMPAK ! BARU TERBUKTI ADA KES !

alahai buduhnya ! udah ler scanned punchcard photostat aje, peh tu buat isu bahawa dato' arpan ni tak buat keja ATAU MAKAN ANGIN !?

mana bukti dia makan angin waktu tu!? kalau dia bawak kes ni (menuduh melulu dan memalukan penjawat awam) ke Mahkamah, baru nak terkangkang KedahTimes kena bayor SAMAN MALU RM sejuta dua juta ! ... mau ka ?

Jangan jadi buduh wahai admin kedahTimes oi.

elok engkau tarik balik la posting buduh macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Hehehe..Benar ke dak puncard ni, check sajalah kesamaan corak tulisan datuk Keda atau s/usahanya...

orang keda berkata...

isu di sini, bukanlah pasal benar atau tidak benar fotokopi punchkad tersebut.

bukan juga pasal kesamaan corak penulisan tangan pada punchkad tu yang dipertikaikan, tapi ianya berkenaan admin Kedah Times yang buduh ya amat ni yang telah mendedahkan mengenai perkara yang langsung tidak ada asas.

hanya kerana dendam kesumat untuk memburukkan seorang penjawat awam.

dia Bos Keda, apa yang kedah times nak hairankan kalau dia asyik ke KL untuk mesyuarat? ada salah ker dia declare , dia ke KL untuk bermesyuarat?

buat hapa kedahtimes bersungguh-sungguh sampai nak sampai tunjukkan punchkad dia kat blog buduh bengap ni semata-mata tiada asas yang logik untuk menuduh dia yang bukan-bukan (seolah-olah kedahtimes nak menuduh dia tak masuk opis tapi pegi MAKAN ANGIN?)

kalau betul dakwaan kedah times benar dan telus, kedahtimes dicabar tunjukkan bukti bahawa pada tarikh yang tersebut dalam punchkad tu dia memang tak ada meeting pun di KL, dia ada kat tempat lain. Try la tunjuk bukti.

itupun kalau Kedahtimes betul2 ada bukti.

satu lagi,
seeloknya kedahtimes tunjukkan punchkad pengarah KEDA ni yang dalam tahun2 terkini.

jangan buat cibai dengan hanya tunjuk punchkad pada tahun 2009 tu! bawaklah bukti kukuh bahawa dia jarang masuk opis sejak 2009 sehingga 2011 ni.

kalau ada, OK. kalau tak ada, nantilah sampai surat saman dari peguam sebab memfitnah penjawat awam secara terbuka tanpa asas!

mampu ke bayor saman malu nanti?

Tanpa Nama berkata...

sAMAN JNG TAK SAMAN.

Tanpa Nama berkata...

SPRM sepatutnya masuk Keda.Selain ugutan saman, patut diserentakkan dengan siasatan ke atas Keda berhubung pendedahan blog-blog semasa dan apa yang diperkatakan oleh orang luar.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada org pi KL memanjang utk meeting, kalau ada pun sebulan sekali atau dua kali saja. Ni sah la kes makan angin, sama la dengan geng KHTP yg tiap2 minggu p KL mtg jugak. Org PAS kalau kena tang org depa protect gila2, defend, tapi kalau kena org UMNO, hentam cukup2. Kalau ada bukti, takkan la nak tunjuk semua kot? Lagi pun ini blog, dalam Internet, bukan perlu percaya pun. Anda semua boleh baca dan tak perlu percaya. Buatla siasatan sendiri berdasarkan maklumat yang ada, tak payah nak susah suruh KEDA saman blog ni

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan saudara Sobri.

Ingin coretkan disini bagaimana mainan Kakitangan KEDA di Kuala Nerang hal minit mnesyuarat JKKKP. dalam taklimat daripada kakitangan KEDA Alor Setar amat mudah dan laksana sahaja ikut format. Bila laksana ikut format dan hantar ke KEDA Kuala Nerang diperamnya sampai hujung tahun tak dihantar ke Alor Setar.

Alasannya belik2 bagi menutup kelemahan mereka. Hakikatnya jelas disini KEDA mempunyai pegawai yang berterangan menentang Kerajaan Pusat (BN) dan mereka terangan menyokong PAS,DAP. Akhirnya setelah dilakukan semakan di Alor Setar masih belum dihantar sedangkan bila bertanya di Pejabat KEDA Kuala Nerang mereka kata susah hantar. Meraka main tarik2 tali.

Kalau pegawai KEDA sendiri double standard dan menyusahkan benda yang payah maka matlamat pihak atasan tak kesampaian. Kerana mereka nak tunjuk belang mereka terhebat. Pernah berkali2 aduan dibuat melalui emel Ketua atasan KEDA bergelar Dato' hanya emal sahaja tak berfungsi.

Persoalannya macamnana kampung nak berkembang maju sekiranya masalah dan aduan minit mesyuarat dan amanah rakyat dipandang anteng dan buat acuh tak acuh.

Syabas saudara Sobri harap SPRM buat kejutan pemeriksaan menyeluruh kerana mereka dibayar oleh duit rakyat dan amanah rakyat tak dilaksanakan malah seoalah-olah menghina kebiwabawaan rakyat yang mentang2 lemah.

TUBRUK berkata...

CEO Keda amat canggih ,semua arahan dan pemantauan terhadap staffnya dilakukan melalui REMOTE CONTROL, AUTO PILOT,VIDEO CONFERENCE,I PHONE,BLACKBERRY dan semua gajet tercanggih dalam dunia dia ada miliki.Tak perlu hadir dalam pejabat,punch kad pun tak perlu pakai lagi.

Kedah Times dah outdated and not fashionable lagi trendy.CEO ini adalah salah seorang bakal calon MB Kedah ! dont play play ,he is very efficient ma !

Tanpa Nama berkata...

hairan ya....mcm mna benda rahsia pej blh terlepas keluar kt org asing......

ahli keda berkata...

mesti ada duri dalam daging ni, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, babi dalam semak.

kalau tak macamana nak dapat benda-benda punch card macam ni boleh keluar dari keda untuk diberi pada kedah time. takkan punch card ni terbang sendiri ke meja kedah time.

ini dinamakan makan gaji tak berkat.

di blog macam ni bukan saluran untuk didedahkan dan memburukkan ketua sendiri. tanpa diberi peluang untuk dato arpan membela dirinya - kedah time tumpang sekaki dengan gunting dalam lipatan tersebut untuk sama-sama masuk neraka kerana memalukan pihak yang dianiaya tanpa usul periksa.BERTAUBATLAH.

SENIMAN NUNUI... berkata...

Tak kira sama ada pegawai atasan atau sokongan, semuanya tertakluk kepada General Order..ADA FAHAMMMMMMMMM.......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates