Khamis, 2 Jun 2011

KJ Masih Bangga Detik-detik Menang KP Malaysia

Go to fullsize image Kedahtimes petik dari blog http://musramrakunman.blogspot.com. Tentang seorang Ketua Pemuda UMNO Pusat yang bakal dicatat dalam lembaran sejarah UMNO layak bergelar Pom Pom Boy! Kerjanya hanya 'interview', bahas dan debat. Turun padang tak boleh sebab muka dia saja buat BN hilang -100 undi popular. Ikutilah luahan hati KJ yang bangga kerana menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang pada awalnya bukan calon popular untuk menang.

Ini adalah aksi pertama pembaca yang krew Kedahtimes lihat sendiri depan mata.

'Khuuuuuu..haqqqqqq....PTUIHHH!!!!!

Baca di bawah :


 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata mahu menjadi Perdana Menteri atau menjawat kedudukan itu pada umur 40 tahun.

Sebaliknya beliau menegaskan sedia berkhidmat dalam kedudukan apa sekalipun seperti yang dikehendaki rakyat.

"Itu adalah satu fitnah. Saya tidak berkata mahu menjadi Perdana Menteri pada umur 40 tahun atau mahu menjadi Perdana Menteri," katanya dalam segmen sembang secara langsung 'Question Time' di laman interaktif Yahoo! Malaysia, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pengarang Yahoo! Malaysia mengenai perancangannya untuk menjadi Perdana Menteri semasa berumur 40 tahun nanti.

Dalam pada itu menjawab pertanyaan seorang pembaca, Radical Thinker mengenai komen negatif yang diuar-uarkan menggunakan bapa mertua iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meraih populariti, Khairy berkata bahawa beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda selepas Abdullah bersara.

Katanya, malah ketika itu beliau dilihat sebagai calon paling tidak popular dalam persaimgan paling sengit semasa pemilihan parti yang lalu.

"Tidak ada apa2 advantage bagi saya malah dilihat sebagai handicap. Tiga penjuru. Pertandingan yang hebat dan sengit," ujarnya.

Beliau berazam akan terus berjuang walau apapun komen dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan golongan veteran dalam parti suapay sedar dan memahami aliran politik masa kini.

Ujarnya, zaman sudah berubah seiring dengan dunia politik dan kesemua pihak sepatutnya belajar untuk memahami suasana baru bagi menarik lebih ramai golongan muda dan atas pagar supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional.

1 comments:

Sarjan Hassan berkata...

baik pilih veteran tak pa dari pilih perasuah politik wang macam hang dan kuncu2 hang..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates