Selasa, 14 Jun 2011

Lantik Saja Anwar Ibrahim Mengemudi UMNO Kedah! Celah Gigi Dia Saja Jika Baham UMNO Kedah


Mengapa harus UMNO Kedah terasa dengan segala teguran oleh blogger serta pengkomen? Dan mengapa harus ada yang lebih senang bernada selamat bagi menjaga kesinambungan kerjaya daripada kesinambungan parti?

Adakah salah blogger berbahasa lembut tetapi keras dalam usaha bukan sekadar menyedarkan tetapi menggesa untuk UMNO Kedah berubah. UMNO Kedah bukan sahaja Dato Bashah dan Dato Mukhriz malahan kesemua barisan pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh ahli parti menerajui bahagian masing-masing.

Malang bagi UMNO Kedah bilamana bukan sekadar sayap-sayapnya diperkatakan orang tetapi Ketua-ketua bahagiannya tidak pernah kering dari kontroversi yang memualkan. 

Kredit untuk Pergerakan Wanita UMNO Kedah kerana minimumnya penglibatan mereka sebagai 'role model' yang merosakkan UMNO.

Tetapi sekalung bunga tahi ayam untuk mereka yang bertaraf ketua sehingga ke sayap yang tidak disebutkan.

Sebilangan pendominasi strategi merampas UMNO ke Kedah ditakluk oleh orang lama yang sedang dibuai oleh kenangan-kenangan manis ketika tidur di atas permaidani 3 inci. Dipasang penghawa dingin lalu mengandaikan usaha mereka sangat-sangat berbaloi di kala UMNO diludah serta dijauhi oleh rakyat dan ahli terutamanya belia. 

Mereka hanya suka bermesyuarat sesama mereka dan lebih senang melihat para blogger yang mereka dampingi mendengar serta menganggukkan kepala walaupun strategi mereka tak ubah menjamu kanak-kanak di tabika KEMAS dengan coklat Van Houtan sepapan.

Ada mereka kisah dan benar-benar ambil berat tentang maksud sebenar usaha bersama mengembeleng tenaga, akal serta keringat untuk takhluk Kedah?

Jadilah anak jantan walau sekali untuk mendengar dan berbincang secara terbuka dengan para blogger jalanan yang lain yang sedang sakit mata dan hati melihat keegoan serta keangkuhan para pemimpin UMNO di peringkat negeri yang ternyata lebih tebal bodoh sombong dari berjiwa seorang pejuang tulen.

Takutkah UMNO Kedah dengan para blogger Pro-Kerajaan yang lain yang lebih senang menulis tanpa memperkenalkan diri? Mengapa mereka tidak menampilkan diri? Bukan pengecut tetapi lebih kepada tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan, ada kepentingan dan meminta habuan. Kalau orang-orang begini yang dimusuhi UMNO Kedah dari memastikan PAS terus diranapkan maka tak perlulah kita bersusah payah untuk membantu UMNO negeri ini. 

Senak, semak dan serabut melihat bagaimana UMNO Kedah menjalankan program-program penerangan mahupun Juara Rakyat. 

Siapa yang membuatkan ahli UMNO malu mengaku dirinya ahli UMNO kalau bukan pemimpin? Hari ini ketua-ketua Bahagian UMNO masih tega dengan dunia masing-masing. Tiada satu perancang yang betul-betul bijak dan pandai mengemudi Kedah.

Dan apabila mata pena dihala kepada UMNO Kedah, maka blogger disalahkan sedangkan cara mereka yang sudah ketinggalan zaman, ditolak orang langsung tidak salah. 

Nak suruh bangun lagi UMNO Kedah? Buang masa saja! Kerana mereka tak akan mendengar apa-apa rungutan tambahan nukilan tentang kelemahan mereka.

Takutkan orang yang lebih pandai dari kitalah yang sebabkan Kedah hari ini dimonopoli oleh orang-orang bodoh yang lebih yakin kuasa duit lebih besar dari segala-galanya!

3 comments:

Bedak Sejuk berkata...

Juara Rakyat. rakyat gelak pun ada.Rakyat marah pun ada.Rakyat benci pun ada. Juara Rakyat kena lah cari konsep dan falsafah yg baik sikit.Juara Rakyat pun dah ada unsur penyelewengan.Cuba siasat betul-betul.Juara Rakyat tapi ada unsur masuk poket...........ibarat bunyi guruh kilat sabung menyabung.Rupanya hujan sedikit.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan salam 1 Msia.

Kekadang kita benci orang kerana daya fikiran dan ikutan keluarga hingga semua kebaikan kita katakan jahat dan merugikan kerana daya fikiran dan akal telah diracuni. Itulah lumrah manusia, kekadang manusia itu marah kerna beliau tidak mendapat habuan beterusan. kalau setakat bedak sejuk untuk menunjukkan kecantikan seperti saudara diatas.

Hanya elok diluar tetapi hati busuk, pekat dan bernanah. Jgn banyak bercakap seperti juara PAS tetapi hasilnya kosong, bahkan mengaibkan orang. saya rasa perpatah Ibarat bunyi diguruh kilat sabung menyabung. rupanya tiada hujan tetapi asid menimpa aadalah ber
tepatan dgn parti perjuangan saudara Melayu tak mengaku melayu (PAS), Sosialis, penyagak (PKR), Yahudi, Zionis) DAP.

Apapun untuk saudara bedak sejuk tengaoklah cermin dan suluh muka sendiri dan jangan cuba nak aibkan orang malah diri sendiri penuh tahi dan bernanah busuk. Ingatlah saudara tumpang tuah dan kesenangan atas usaha UMNO dan BN. Tak salah saudara x sokong UMNO tetapi terima hakikat bahawa rahmat yang saudara dapat sekarang adalah hasil perjuangan pemimpin UMNO,MAC,MIC. Ingatlah Iman, Islam dan Ehsan.

Tanpa Nama berkata...

Elok juga disenaraikan blogger-blogger Kedah yang ada pertemuan dengan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang diadakan di Sungai Patani dua bulan dahulu.

Berbincanglah demi kebaikan bersama.

SEKARANG FOKUS KITA UNTUK STABIL, APA dan BAGAIMANA CARANYA?.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates