Selasa, 28 Jun 2011

Maka Layakkah mereka menjadi Pemimpin Atasan

Assobiyah sebenarnya membawa maksud mempertahan, memperjuang atau membela kaum, geng atau kumpulan walaupun di atas kesalahan. Contoh terbaik ialah mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun sudah tahu beliau didapati bersalah menyalahguna kuasa.
Begitu juga dengan beberapa pemimpin lain yang walaupun dibebaskan kerana kesalahan teknikal kes tetapi sah ditangkap berdua-duaan dalam bilik. Maka adalah assobiyah jika kita mempertahankan mereka-mereka ini.

Jika begitu, wajarkah Anwar Ibrahim dipilih menjadi Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang? Wajarkah juga beliau teru memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh? Apa pendapat penduduk Permatang Pauh?

Dan tidak lupa Mat Sabu yang ditangkap bersama Normah dalam bilik tetapi dibebaskan kerana sedikit kesilapan teknikal dalam sebuatan nombor bilik. Tetapi kes khalwat berdua-duaan tetap berlaku. Maka wajarkah beliau menjadi pemimpin nombor dua PAS yang menganggap mereka memperjuangkan Islam? Wajarkah wahai penyokong-penyokong PAS?
Kalau kita lihat di barat, jika berlaku suami curang dengan perempuan lain. Mereka diboikot dan dikutuk sehingga letak jawatan dan sebagainya, tetapi di Malaysia orang sebegini dilantik menjadi pemimpin besar mereka. Bill Clinton, Tiger Wood, Jesse james dan lain-lain tidak dipilih atau melteka jawatan. Tetapi di Malaysia disanjung dan dibela bermati-matian! Tidak Assobiyah kah itu?

Kepada pengikut-pengikut PAS dan PKR, sedarlah bahawa anda semua sedang memperjuangkan Assobiyah seperti yang diperkatakan dalam video ceramah ini.




0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates