Isnin, 6 Jun 2011

Mat Sabu Yang Menghairahkan!

Meriah! Itulah yang dapat digambarkan terhadap politik negara pada masa ini. Membelek suratkhabar-suratkhabar hari ini, ternyata lebih banyak berita yang membuatkan hati tertawa. Muktamar PAS ke 57 yang berlangsung dan berkesudahan di mana 4 pemimpin PAS terpilih.

Jika dulu berita-berita tentang muktamar ini banyak ke arah sebuah perdebatan serius dan mampu menggerunkan UMNO iaitu bagaimana perjuangan PAS dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai negara Islam dan bagaimana tekadnya mereka untuk laksanakan hukum hudud dan sebagainya, tapi kali ini ianya lebih bercorak selamba dan bersesuaian dengan imej Timbalan Pengerusi PAS sendiri.

Hakikatnya, perbahasan dan isi hujahan lebih kepada menjelaskan isu-isu yang membabitkan individu daripada perjaungan asas PAS yang nyata telah disapu secara tertib ke bawah permaidani. 

Belum panas duduk di atas kerusi ke dua tertinggi, Mat Sabu mengajak rakyat menyertai perhimpuan Bersih. Gelaran Mat Sabu pastinya akan bertambah dari Mat Sabun menjadi Mat Sapu. 

Gambar-gambar nakal diambil pantas oleh jurugambar dan terhasillah 2 foto yang berbicara tanpa perlu ditinta. 

Utusan Malaysia mukasurat 11, Terpampang seorang daripada perwakilan atau urusetia mungkin sedang menadah songkok mengutip derma. Adakah PAS ingin kekal sebagai parti yang lebih mengutamakan 'menadah tangan menerima' lebih baik dari memberi? Ibaratnya menerima lebih kepada meminta manakala memberi adalah usaha. Sampai bila imej meminta ini ingin dikekalkan? Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan berkelas-kelas ekonominya. Adakah sesuai imej ini untuk memberi 'signal' kekuatan PAS?

Muksurat surat 12, gambar-gambar perwakilan yang rata-ratanya tidak bersemangat, tidur dan tidak bermaya. Satu perlambangan jiwa perwakilan terhadap muktamar ini yang boleh dianggap lebih banyak mengelirukan daripada megah seperti yang diucapkan penuh bangga oleh Salahuddin Ayub  iaitu 'Barisan Kepimpinan Terbaik Dalam Sejarah Parti'.

Terus berfikir sambil tertawa yang sudah tak dapat nak tafsir samaada lucu, sedih, bingung dan senada dengannya. 

Barisan Ulama sudah ditolak ke tepi. Itu yang nyata. Suara ulama dikatakan begitu pasif dan tidak lantang maka ditukarkan kepada yang benar-benar lantang. Sejarah tokoh-tokoh politik ini lebih banyak menyaksikan cakap keluar bertimba-timba air liur tapi nak kaut isi jenuh bertapis.

Lalunya lebih baiklah PAS selepas ini berhati-hati kerana kemenangan Mat Sabu boleh adalah mungkin terbalik dari apa yang tertancap mengeletek hati pembaca Sinar iaitu 'Mat Sabu Menang, UMNO Gerun'.

JANGAN GHAIRAH SANGAT! NANTI PANCUT AWAL SEBELUM PRU13...

3 comments:

kusukacacimaki berkata...

Sapa dia Mat Sabun ni.Tak dak apa apa dah dok berangan.Selain dari maki hamun apa lagi yang dia boleh buat?

Mohd berkata...

Mat Sabu ni terkenal kerana apa?
Mat Sabu adalah pakar dlm mengetuai demonstrasi di mana orang2 PAS akan berhimpun beramai2 dan mencetuskan huru-hara menentang pihak Kerajaan.
Mat Sabu akan lakukan ini semua utk membalas jasa Lim Guan Eng dan DAP. DAP akan membiayai rusuhan ini dan melihat dari jauh.
Armada tentera Amerika sudah ada berdekatan dgn Singapura yg kononnya akan mengadakan latihan tentera.
Bila tercetus saja huru-hara di Malaysia, pihak Amerika akan masuk campur utk membantu pemberontak2 melawan Kerajaan spt yg berlaku di negara2 Arab.
Orang Melayu semuanya sedang lena dibuai mimpi. Lebai2 PAS mimpikan duduk di Putrajaya. Pemimpin2 UMNO mimpikan nak jadi Pembangkang.
Melayu mudah lupa ....................

MAT SHAMP[U berkata...

Aku nak tergelak sungguh bila manusia pak lawak macam Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS.Itulah hebatnya perwakilan pAS pilih tokoh yg akan mengetuai negara Islam.Orang Kedah kata tokoh BELEMOIH.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates