Ahad, 12 Jun 2011

Melayu mudah Lupa atau saja-saja buat Lupa

Dikala Anwar berada bersama UMNO, habis pejuang-pejuang sejati ALIF BAA TAA dipijaknya. Pembunuhan   pejuang-pejuang ini dilakukan dengan pelbagai cara.

Politik projek, politik wang dan pelbagai jenis politik diperkenalkan Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin UMNO disogokkan dengan pelbagai janji projek, wang dan jawatan. Jika ada yang menolak, maka tamatlah riwayat politik pemimpin tersebut. Contoh terbaik ialah Tun Ghafar Baba dan di Kedah kita lihak Dato' Dr Wan Azmi Ariifin dicantas begitu saja.

Inilah politik kotor Anwar Ibrahim yang diterapkan ke dalam UMNO supaya UMNO hancur, supaya tiada lagi semangat juang sejati Aliff Baa Taa, supaya semua pemimpin menjadi Pak Angguk, supaya semua rakyat menjadikan beliau sebagai Gautama Buddha, apabila jumpa dia semua kena tunduk angguk.

Itulah Anwar Ibrahim, perosak bangsa, agama dan negara. Biar hancur negara bangsa asalkan dia dapat berkuasa.
Kini taktik dan kelakuan yang sama dibawa ke dalam PKR dan PAS. 

PAS sudah berubah kerana unsur-unsur pemikiran dan perbuatan Anwar sudah meresap masuk ke dalam organisasi ini. Jika dulu hanya orang Islam bertakbir, tapi kini kafir sudah tumpang bertakbir. Kalau dulu hanya orang Islam sahaja yang berceramah atau bertazkirah, tapi kini kafir pun sudah dibawa masuk ke dalam rumah Allah utk berucap/berceramah/bertazkirah.

Jika dulu PAS sentiasa mengutamakan Ulama sebagai pemimpin mereka, kini sesiapapun boleh menjadi pemimpin mereka hatta seorang yang sentiasa berceramah memfitnah dan membawa cerita keburukan orang lain. Tidak lupa mereka yang moralnya tidak berapa baik.

Inilah akibat ajaran gila kuasa yang dibawa oleh Anwar. Kegilaan kekayaan dunia sudah tidak boleh dibendung lagi didalam PAS. Perjuangan hanya dimulut tetapi dihati harta rompakan harta perang menjadi idaman semua.

Negara Islam sudah entah kemana, Hudud sudah hilang percentnya (Kalau dulu 100% tapi kini hanya tinggal 0.01% sahaja atau sudah 0%), Ulama pimpinan kami tetapi kini ULAR DALAM SEMAK menjadi pemimpin kami.
Pengajaran di atas perbuatan Anwar terhadap UMNO dan pemimpinnya tidak diambil iktibar oleh PAS. Mereka kini sudah semakin jauh terpengaruh dengan politik Anwar. Dan InsyaAllah, Allah yang Maha Kuasa tidak akan membiarkan perkara ini berterusan. PAS bakal dipinggirkan atau dihapuskan.

Melayu Mudah Lupa ....

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

walau apa pun kalau umno dikedah masih dok rasa ego,somobong macam kuat alamtlah.UMNo kedah tak agresif langsung.Aku tengok mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian pun banyak tumpuan pada pertandingan G 7 sahaja,Aku pun tak paham apalah istimewanya dengan G 7 ini.Ada bahagian kempen berasap untuk m,enang.Bila menang perigi PWTC bukan buat apa pun.Banyak yang lena dalam dewan drp mendenbgar mesej presiden parti.Kemudian gelak kalau ada cerita lucu.Habis tu keluar shoping beli belah.Kemudian balik bahagian dan cawangan habuk pun tak ada.Telah lama aku perhatikan bahawa perhimpunan agong umno ini macam perigi funfair sahaja.Dalam keadaan parti yg kurang kuat kenalah ubah segala pendekatan.Tak percaya pergilah tengok sendiri apa benda yang manusia yg perwakilan buat.UMNO bahagian buat mesyuarat kali ini aku tengok macam mereka tu dah kuat.Ucapan perasmian pun banyak retorik dari realiti sebenar.Usul pun macam budak tak sekolah gubal.Mesyuarat pemuda disuatu bahagain tu amatlah sedih.Perbahasan cukup hambar dan tak bermaya.Ucapan dari wakil lagi teruk dan tak ada kualiti dan daya juang darah muda.apakah pelapis umno yg jadi kebanggan umno sendiri.Pemuda UMNO indah khabar dari rupa.Dari segi pameran kereta mewah,pakaian jenama bergaya pemuda cukup hebat.Dato Bashah kena tengok sama dengan pemuda ini.Kena ketuk kepala mereka sama.Jawatan yg ada hanyalah pasport nak jumpa menteri cari projek barangkali.Tak percaya pergi Putrajaya tengok sendiri.Hebat mereka.Tak salah tapi kenalah tunai ikrar untuk berhikmat pada umno.Cari makan tak salah tapi amanah parti kena laksanakan juga.Dato Bashah kena tegas.Tiket nak jadi calon bukan lagi pada jawaran pada parti macam zaman dulu.Hari ini jadi ketua bahagian pun kalau rakyat tak hormat dan meluat nak buat apa.Jadi ketua cawangan pun tak ada pengaruh lagi macam dulu.Kalau dicawangan pun pecah belah tak ada maknanya.Dato Bashah jangan percaya 100% lagi pada mereka ini.Dato Bashah kena cari jalan jumpa lah sebanyak mungkin rakyat jelata pelbagai kaum.kalau harap umno bahagian sahaja tak nampak apa.Dalam bahagian pun berselerak macam rumput kering.Berapa lama kah Dato Bashah nak ambil masa nak selesai semua ini.Melayu yg mudah lupa dan pelupa ini perlu disedarkan dulu.Terutamanya melayu dalam UMNO sendiri.

Ada ketua bahagian yg mudah lupa.
Ada ketua pemuda bahagian yg mudah lupa.
Ada ketua wanita bahagian yg mudah lupa
Ada ketua puteri bahagian yg mudah lupa.


Sedarkanlah mereka ini dari penyakit lupa yg UMNO telah kalah dan jadi pembangkang masa kini.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Kembali kepada peristiwa kejadian permulaan pembunuhan manusia habil dan kabil akibat ketamakan merebut perempuan dan harta hingga sanggup membunuh saudara sendiri disebabkan ketamakan, gila kuasa dan wanita.

Sejarah membuktikan kejatuhan kerajaan islam kerana sifat ketamakan dan tiada semangat jati diri dan bersubahat dengan musuh-musuh islam yang sentiasa mengintai dan mencari peluang untuk memusnakannya. Golombang ombok membadai kini melanda PAS dimana mereka dalam cengkaman kumpulan anti islam.

Kita lihat, bagaimana DAP ini dilahirkan dan siapa ibubapanya dan apakah agenda perjuangan mereka sebenar samada dari segi fizikal atau materialnya. DAP adalah hasil keluaran PAP daripada Singapora. Mereka ini terdiri daripada pemahaman sosialis yang nyata tidak sehaluan dengan islam. Ini kita dapat lihat bagaimana ungkapan KARPAL singh mengata langkah mayatnya dahulu jika nak tubuh negara islam.

PAS kononya penubuhannya untuk perjuangan islam. Hakikatnya kini pucuk pimpinan PAS mula diterajui oleh golongan yang erdogan. Mereka ini pro anwar. Kita tahu siapa anwar.
Justeru itu bagaimana PAS sebuah parti yang kononnhya mahu perjuang dan membela islam boleh join dengan parti yang sah berterangan memusuhi islam. Ibarat minyak dengan air sampai bila2 pun tak akan bercampur.

Pemimpin PAS kila gila kuasa dan duniwi. Kita lihat sejarah hitam Mat Sabu di Hotel Perdana 121, Tiada tindakan dilakukan dan malah laungan keramat PAS hudud dipersendakan demi membela maruah Mat sabu. PAS sanggup menodai kesucian perjuangannya demi kerana Mat Sabu.

PAS sanggup mengadaikan maruah dan harga diri dan golongan yang berpendidikan agama ditikam dan dibuang jauh2. Malangnya, pengikut PAS diluaran masih lagi dibuai tidur dan masih tak sedar diri bahawa PAS kini menyimpang dan pemimpin atasan mereka membawa bahtera menuju kearah jeram yang amat curam dan dalam.

Kita lihat golongan kafir sendiri mempunhyai jati diri dan perasaan harga diri dan maruah menebal. Kita lihat sehebat harimau kayu sekalipun malu akibat perbuatannya.Kita lihat yahudi laknatullah Al Gore juga malu perbuatan terkutuknya. Begitu juga yahudi IMF juga akui kejahatannya.

Dimana maruah PAS????

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates