Sabtu, 25 Jun 2011

Memali : Dolak Dalih pemimpin PAS

Allahyarham telah memberi pelbagai alasan supaya kes ini didiamkan oleh pihak-pihak yang memperjuangakan hak balu dan saudara-mara Tragedi Memali.

Tetapi nampaknya penghinaan dan sifat lepas tangan dilakukan oleh samada Alllayarham Fadzil Nor dan juga Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas.

Seorang mempersendakan anak-anak yatim dan seorang lagi hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa. Inilah sifat dan sikap pemimpin PAS dari dulu kini dan seterusnya dalam memperjuangkan apa yang mereka katakan politik Islam.

Ibarat tebu yang sudah diperah habis-habisan, sepahnya dibuang merata tempat.

Keluhan ini diluahkan oleh balu-balu mangsa ... Politik Islam

SIKAP dan cara bertindak Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor dalam menangani permasalahan penyelewengan Tabung Mangsa Memali, sebelum ianya menjadi heboh kerana 'laporan polis' tidak professional dan memakan diri.  Demikian pendapat Encik Azmi Haji Salim, salah seorang mangsa tragedi Memali yang juga AJK Bertindak Tabung Mangsa Memali yang membuat laporan kepada pihak berkuasa polis.

Ketika mengulas mengenai apa yang telah terjadi, beliau juga kesal kerana Ustaz Fadzil bertindak memihak kepada yang didakwa serta tidak mahu mengikut cara-cara Islam dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

"Kalau tak mahu ikut cara-cara Islam, ikutlah cara adat, iaitu undang-undang negara.  Tindakan kami melapor kepada polis adalah merupakan tindakan adat.  Yang benar tetap akan benar setelah di adili di mahkamah.

"Ini  tidak berlaku. Ikut penyelesaian cara Islam tak mahu, bila kita buat laporan polis, dia marah dan mempersendakan kami dengan pelbagai andaian.

"Sebagai seorang Presiden parti, Ustaz Fadzil tidak patut mengeluarkan kata-kata bahawa apa yang terjadi itu adalah ibarat bisul saja.  Bila pecah dan nanahnya kering, baiklah nanti.

"Kalau begitulah sikap beliau, saya rasa Ustaz Fadzil Noor tidak layak lagi memimpin parti.  PAS, adalah parti Islam.  Mengikut cara Islam, kalau timbul satu perbalahan sesama jemaah, hendaklah kembali kepadg Quran dan Hadis.  Kalau ikut Quran dan Hadis, dia sepatutnya melakukan siasatan sendiri secara bebas dan tidak memihak kepada salah satu pihak yang bertelagah.

"Atau ikut seperti mana yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ketika ditanya wartawan mengenali isu ini. Menurut Tok Guru Nik Aziz, biarlah pengadilan menentukan siapa yang bersalah dan siapa yang benar.  Dan biarlah siapa yang bersalah dihukum oleh mahkamah.

"Kalau Ustaz Fadzil ikut macamana Tok Guru Nik Aziz cakap, semua ini tidak terjadi. Kalau ikut cara Islam lagi aman.  Tak ada pulau-memulau kerana fitnah dan tohmahan.

Sekarang sesama jemaah dalam kampung ini berpecah, pulau-memulau dan ada yang tidak mahu bertegur sapa.

"Perpecahan bukan saja berlaku sesama jiran, malah sesama saudara sesama sendiri.  Dulu baik, sekarang bermasam muka", tegas beliau dengan nada suara tinggi.

Menurut Encik Azmi lagi, isu Tabung Mangsa Memali ini menjadi semakin kusut apabila Ustaz Fadzil Noor campur tangan, selepas mereka membuat aduan polis.  Majlis yang dihadirinya itu bukan bertujuan menyelesaikan masalah, tetapi menambah lagi kekeruhan dengan memihak kepada Yusuf Hussin tanpa usul periksa.

Mengulas lebih lanjut mengenai sikap Datuk Fadzil Noor, beliau menjelaskan bahawa Presiden PAS itu telah lari jauh dari sifat seorang pemimpin sebenar.

"Dakwaan saya ini berasas dan apa yang saya katakan adalah berdasarkan apa yang telah Ustaz Fadzil ucapkan dalam majlis yang diadakan pada 29 Ogos 2000 Ialu.

Segala kenyataan mengenai madrasah dan pimpinan PAS Cawangan Memali oleh Ustaz Fadzil pada hari itu adalah berdasarkan apa yang disediakan oleh Yusuf Hussin.

"Tak apalah, itu  kita anggap Ustaz Fadzil telah tertipu dengan muslihat dan permainan Yusuf Hussin.

"Tetapi Ustaz Fadzil tak patut menghina kami dan balu syuhada serta anak-anak yatim dengan berkata: 'Mana ada anak yatim. Anak yatim yang sebenar ialah Rais Yatim dan yang yatim seumur hidup ialah anak-anak Pak Yatim Kopi'.

"Tidakkah ini menghina anak yatim dan anak Syuhada?

"Kalau PAS selama ini menganggap yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali itu sebagai syahid, mengapa ustaz Fadhil sebagai pemimpin Islam sanggup mengucapkan kata-kata yang mempersenda dan menghina anak-anak mereka?

"Dalam majlis itu juga Ustaz Fadzil telah berbohong dengan mengatakan bahawa dia tak kenal pun siapa Zainon bin Ismail atau Cikgu Non itu.  Sedangkan Cikgu Non adalah bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerang yang pernah diberi tugas menyelia tanah muasasah.  Cikgu Non juga pernah menjadi Exco Pemuda PAS selama enam tahun. 

Takkan Ustaz Fadzil tak kenal dia. Lagi pun Cikgu Non pernah jadi wartawan Harakah dengan nama samaran C.N. ALAFGHAN.  Selain dari itu, Cikgu Non juga pernah jadi Pengarah PASTI Kedah iaitu sekolah rendah anjuran PAS.

2 comments:

anti bohmau berkata...

wajib dedahkan penyelewengan tabung memali ni krn ianya adalah hak anak2 yatim yg Allah SWT larang keras dari dimakan oleh pemegang amanah!! apa lgi jika diambil oleh pemimpin pas yg bukannya ahli keluarga mrk!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak apa kerana dijamin oleh N.Aziz dan diluluskan oleh Hadi dan disahkan oleh Mat Sabu dan dibuat pemeriksaan oleh Azizan Razak dan Setpol.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates