Sabtu, 25 Jun 2011

Memali : Menangis Tak Berair Mata

Kesedihan dan kepayahan balu-balu serta waris mangsa Memali tidak dihiraukan sehingga kini. Mereka dibiarkan tanpa pembelaan.

Tragedi Memali dijadikan modal politik PAS untuk mendapat sokongan dan simpati. Wang juga menjadi kegilaan. Yang menjadi mangsa ialah balu dan waris kepada mangsa Memali.

Mungkin inilah agaknya PAS sehingga kini tidak berjaya memikat hati orang Islam. Kejayaan di beberapa kerusi pilihanraya adalah bukan atas kekuatan PAS tetapi atas penipuan Anwar Ibrahim dan PKR.

Kini PAS sudah jauh dari landasan. Negara Islam bukan lagi keutamaan perjuangan tetapi kuasa menjadi kegilaan.  Sebab itu PAS kini sanggup menukarkan slogan perjuangannya kepada negara berkebajikan. Walhal Negara ini sudah berpuluh tahun melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

Tidak lupa juga PAS sudah menelan kembali air liur serta kahaknya yang diluahkan dahulu. Dulu UMNO dituduhnya kafir kerana bersahabat dengan kafir Zimmi, tetapi Kafir Harbi menjadi pilihan sekarang sebagai sahabat karib. PAS bukan sahaja mengaku kalah dalam perjuangan tetapi telah memberi kemenangan PERCUMA kepada kafir Harbi DAP aka Kominis Malaya.

Jika negara kebajikan menjadi slogan, maka isu tabung Memali sepatutnya menjadi keutamaan PAS. Selesaikan isu ini.  Inilah PAS, lebih cakap dari kerja. Ahli dijadikan taruhan untuk kuasa, agama dijadikan alat untuk kepentingan kuasa individu.

Tidak lupa juga HArakah yang menumpang sekaki duit Tabung ini kini menjadi sumber fitnah abad 21.


TERPAKSA BERGADAI KERANA KEPERLUAN ANAK

"BALU MENANGIS KERANA TIADA BANTUAN TABUNG"

… Makcik terpaksa bergadai barang kemas kerana keperluan anak yang baru dapat kerja." Jelas salah seorang balu mangsa Memali, semasa ditanya mengenai penderitaannya gara-gara bantuan terhadap dari Tabung Balu dan Anak Yatim dihentikan kerana kehabisan wang.

Beliau yang enggan  dicatatkan nama dan gambar kerana keselamatan diri, menceritakan pengalamannya dengan Tabung mangsa Memali yang kini jadi isu dalaman PAS.

"Sebelum itu, semasa Cikgu Non jadi pentadbirnya tidak ada masalah. Tapi sejak Cikgu Non meletakkan jawatannya pada tahun 1997, pentadbir tabung memberitahu bahawa tabung balu tidak ada wang dan tabung anak yatim dihentikan kerana telah tiada lagi anak-anak yatim di kalangan mangsa tragedi Memali itu.

"Satu ketika, Makcik memerlukan wang untuk perbelanjaan membeli pakaian anak yang baru dapat kerja. Bila pergi jumpa pihak pengurusan tabung, mereka kata wang tidak ada. Kalau hendak juga dikira hutang. Kalau kira hutang bolehlah ….

"Makcik sedih dan menangis menerima kata-kata begitu.

"Oleh kerana keadaan mendesak, mahu tidak mahu, makcik terpaksa bergadai barang kemas bagi mendapatkan wang diperlukan.

Menjawab soalan bila mulanya sistem pemberian tabung berkenaan dilaksanakan begitu, beliau menjelaskan bahawa segalanya berlaku kerana mereka menyokong Cikgu Non.

"Makcik tak tahu apa masalah antara Cikgu Non dan Yusuf Hussin. Makcik ikut dan sokong Cikgu Non kerana selama ini dialah yang banyak membantu kami dan mudah dihubungi bila ada masalah. Itu saja. Makcik tak tahu masalah antara mereka dan makcik tak masuk campur.

"Bukan itu saja. Seorang anak perempuan Makcik mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Mesir, di Universiti Al-Azhar. Tapi kerana bantuan untuk anak  yatim dan biasiswa mereka telah ditahan kerana Makcik didakwa menyokong Cikgu Non, maka anak Makcik tidak dapat memenuhi cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Kini dia belajar sendiri untuk menduduki peperiksaan SPM.

Ketika ditanyakan kepada En. Azmi Haji Salim mengenai kebenaran kenyataan bahawa tabung balu dan anak yatim telah habis, berkata:" Saya pun ada dengar mengenainya dan berasa hairan bagaimana wang tabung itu boleh habis. Setahu saya wang derma mangsa Memali masih ada banyak lagi tersimpan di Harakah. Selain dari itu saya juga pasti bahawa pihak KOHILAL masih kekal menyumbangkan  wang sebanyak RM 500.00 sebulan untuk biasiswa anak-anak mangsa."

"Saya rasa wang yang terkumpul telah disalahgunakan.  Mungkin itulah sebabnya pihak Yusuf Hussin memansuhkan Tabung Balu dan Anak Yatim. Apabila tidak ada lagi tabung untuk mereka, segala bantuan yang dulunya biasa diberikan tidak wujud lagi. "Begitulah cara Yusuf Hussin membalas dendamnya kepada balu dan anak yatim yang lebih menghormati Cikgu Non beliau sendiri.

"Oleh kerana Cikgu Non banyak membantu balu dan anak yatim menyebabkan Yusuf Hussin rasa tak senang.  Dia mula menyedari bahawa Cikgu Non lebih popular darinya. Mungkin beliau takut jawatannya dalam PAS Cawangan Memali digugat oleh Cikgu Non. "Mungkin juga itulah sebabnya mesyuarat tahunan cawangan tidak berani beliau adakan." Jelas Encik Azmi mengakhiri komennya.

Demikian secebis kisah penderitaan salah seorang balu mangsa tragedi Memali yang dulunya disanjung dan dibantu dengan penuh simpati oleh pemimpin PAS Kawasan Baling dan juga PAS Pusat.


Begitulah PAS, dulu kini dan seterusnya ....

2 comments:

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

Tahniah diatas huraian Kedah Time...

Tanpa Nama berkata...

Apa nak hairankan kini setiap ahli PAS, PKR dan DAP mempunyai kekebalan walaupun membuat dosa besar sekalipun kerana ianya sudah dijamin syurga oleh N. Aziz dan pemimpin tertinggi PAS.

Apakah N. Aziz bahawa beliaupun akan dihisap nanti dan akan mati jua?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates