Jumaat, 24 Jun 2011

Memali tidak akan dilupakan

Kisah Memali sudah bertahun lamanya tetapi masih menjadi ingatan dan kontroversi. Kontroversi bukan berkaitan dengan kematian Ibrahim Libya dan lain-lain tetapi kontroversi berkaitan dengan wang hasil dari kutipan derma untuk saudara-mara mangsa yang dinamakan Tabung Mangsa Memali.

Kedah Times ingin memetik pendedahan/penulisan awal Politik Islam oleh Fantasi, Realiti dan  Logika. Laman web yang dibangunkan oleh Pang5Husin/cucuqkodoq hasil bantuan  dan maklumat dari orang Kuat UMNO dari Terengganu. Laman tersebut masih wujud di Fantrealika.tripod.com atau disini

Jika kita baca buku yang ditulis oleh C.N Afghani, ianya adalah rentetan dari kisah yang dicatatkan oleh Laman Politik Islam tersebut.

Kita ikuti  pembukaan isu tersebut.


MENGATA DULANG PAKU SERPIH
 
FITNAH terkini PAS terhadap UMNO dan pemimpin negara ialah mensensasikan perkataan 'sandiwara'.  Pemimpin-pemimpin PAS mula mensensasikan istilah ciptaan baru mereka itu ekoran peristiwa rompakan senjata di Kem 304, Gerik dan Tragedi Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada 2 hingga 7 Julai 2000.  Pada mereka segala yang terjadi itu adalah 'sandiwara' kerajaan dan UMNO.  Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMN0 dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak AIIah S.W.T tembelang PAS mengenai Tabung Mangsa Memali meletup!

Begitu cara  pemimpin PAS memutarbelitkan sesuatu isu atau peristiwa.  Oleh kerana tragedi itu boleh menjejaskan imei PAS, mereka secara melulu mengalihkan tumpuan umum dari menuding jari ke arah PAS kepada UMNO dan kerajaan. Tepatlah kalau ada yang mengatakan bahawa PAS merupakan parti politik yang paling pakar dalam pu-tar-belit.

Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMNO dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak Allah SWT tembelang PAS mengenai Tabung mangsa Memali meletup. Baunya sangat busuk dan hanyir. Dentumnya sangat memalukan PAS. Pemimpin PAS, khususnya Datuk Fadil Nor jadi panik. Pada mereka, jika tidak dibendung segera imej PAS akan tercemar.

Justeru, bila heboh mengenai dakwaan Tabung @ Mangsa Memali diselewengkan, Presiden PAS, Datuk Fadzil Nor, berkata peristiwa itu tidak ada kena-mengena. Alasan beliau ialah segala urusan mengenai tabung berkenaan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa madrasa di kampung itu.

Akal siapa yang boleh menerima hakikat bahawa PAS tidak terlibat, sedangkan lidah rasminya, Harakah masih menyiarkan iklan untuk tabung mangsa itu walaupun tragedi berkenaan telah telah berlalu 15 tahun.
 
Lebih mencurigakan lagi, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mohammad Sabu pula telah mengadakan ceramah di Madrasah Islahiah Diniah, Memali pada 8 September 2000, kononnya untuk mengendurkan ketegangan yang gagal ditangani dengan baik oleh Datuk Fadzil.

Malangnya, ceramah Mohamad Sabu mengeruhkan lagi suasana malah menyerlahkan sikap 'sandiwara' PAS selama ini.  Oleh kerana para pemimpin PAS suka melabel seseorang dengan pelbagai andaian yang mencemuh, maka golongan yang tidak puas hati dengan perjalanan dan pentadbiran tabung berkenaan dikecam hebat. Mereka yang membuat aduan polis dicap sebagai sama seperti kaum Nabi Noh, dan Nabi Lut yang ingkar. Mereka juga dipetuakan sebagai ahli neraka.

ltulah 'sandiwara' permimpin-pemimpin PAS. Daripada membela waris mangsa tragedi agar mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya melalui kutipan tabung berkenaan, Mohamad Sabu memilih untuk menghina, membersendakan, memperlekeh mereka pula. Kalau selama ini mereka bertindak memecahbelahkan masyarakat Melayu setempat kerana politik PAS dan UMNO, kini mereka juga bertindak terhadap sesama ahli PAS.

lsu utama kes ini bukanlah laporan oleh seorang bekas petugas Madrasah Islahiah pada 27 Julai 2000 yang dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai perbuatan terkutuk. Persoalannya ialah apakah yang  dilakukan oleh PAS selama ini untuk memastikan Tabung Mangsa Memali itu diurus dengan telus, dan ikhilas agar waris mangsa tragedi itu mendapat bantuan dan pembelaan ?

Kalau barisan pemimpin PAS sudah tidak sanggup lagi membela nasib mereka biarkan tanggungjawab itu diambil oleh kerajaan.  Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pihak lain boleh membantu mereka dengan lebih baik dan telus.  Kalau PAS memikirkan waris mangsa tragedi sudah tidak lagi memberi keuntungan politik, biarkan mereka menentukan nasib sendiri.  Bebaskan mereka dari kongkongan PAS yang ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab.

Apa yang berlaku  membuktikan bahawa PAS menerusi pelbagai sandiwaranya tidak mahu dipertanggung-jawabkan.  Kerana itulah mereka enggan menjawab segala persoalan mengenai berapa banyak sumbangan yang sudah dikutip, berapa banyak sudah dibelanjakan dan kepada siapa telah diagihkan.  Bukankah para penyumbang juga berhak mengambil tahu?

Satu memorandum telah lama disampaikan kepada Datuk Fadzil Noor supaya menyiasat perkara itu tetapi bukan saja tiada sebarang tindakan diambil, sebaliknya mereka yang sepatutnya mendapat pembelaan pula dimarahi dan dilabel dengan pelbagai istilah yang mencemuh.

Apakah ini tidak membuktikan bahawa dalam kes Tabung Mangsa Memali ini sahaja, PAS dan para pemimpinnya telah menutup pekung dengan 'sandiwara' ? Dan sesungguhnya 'sandiwara' mereka  memakan masa yang amat panjang  - 15 tahun.

Kalau kes sekecil itu menampakkan bahawa selama ini PAS bersandiwara, bagaimana pula dengan isu-isu penting yang lain ?  Tidakkah PAS juga bersandiwara dalam lsu "Amanat Haji Hadi" ?

Apa pula 'sandiwara' PAS Terengganu dalam isu wang Ihsan ?  Bagaimana pula dengan sandiwara Datuk Nik Aziz dalam isu wabak taun di Kelantan baru-baru ini ?

Apapun, kesimpulannya PAS hanya mampu bersandiwara dan menimbulkan perasaan benci-membenci. Malangnya kebencian yang ditanam oleh PAS itu cuma berkisar pada isu sesama Melayu.

Mungkin itulah antara sebab mengapa Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS membuktikan khidmat dan jasa mereka pada agama, bangsa dan negara.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

as slm,
bro,baik lu melalak pasal camna nak bangunkan ekonomi orang melayu lg baikla drpd lu dok merepek psl politik.nila masalah Melayu,taksub sgt ngan politik kepartian.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates