Ahad, 12 Jun 2011

Musuh dalam Selimut

Ini Kedah Times petik dari blog Mc Theory. Kedah Times ada menyiarkan serba sedikit kekalutan dalam KEDA. Petikan dibawah diambil dari laman PRO Pembangkang. Jika benar seperti yang dikata, elok sangatlah Kedah Times teruskan cerita lagi tentang Keda. Boleh tak?


Merujuk pada cerita di blog pembangkang dari negeri Kedah, nak baca boleh klik sini. Mc mengambil ini sebagai kes yang amat serius!!. Ini bukan perkara main-main. Jika benar ada ketua cawangan UMNO yang menjadi spy Pas dalam UMNO dan mematahkan segala aktiviti UMNO. Ini adalah perkara berat! baca petikan cerita dibawah.

MK tertarik dengan isi ceramah Haji Zul sebab sentuh isu UMNO Bahagian Alor Setar. Katanya orang kita (maksudnya orang PAS) dah ada dalam UMNO Alor Setar. Setiap program dalaman UMNO laporan sampai dekat PAS. Begitu jugak kata Haji Zul dalam Keda pun berlambak orang kita, sampai boleh hadir dalam semua program dalaman depa. Kalau Mat Kering dok tempat Mat Bashah pun pening jugak, licik permainan PAS sampai dalam sarang depa pun PAS dah boleh masuk. 

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Amat setuju bahawa terdapat Ahli PAS bersendiwara dalam UMNO dan memegang jawatan penting dalam UMNO termasuklah Pemuda Bahagian Padang Terap.

Terlebih dahulu jari sepuluh disusun memohoan ampun dan maaf kiranya terpaksa menyentuh perseksi dan peribadi mahkluk tertentu. Sebagai insan biasa dan tiada berkepentingan tetapi sebagai anak jati daerah Padang Terap yang mendapat limpah ruah rahmat hasil perjuangan UMNO maka terpanggil untuk sahut seruan ini.

Sudah banyak kali dikeluarkan bahawa AJK Pemuda UMNO Padang Terap terdiri daripada pemuda PAS yang menyamar jadi ahli UMNO dan berjaya mendapat amanah sebagai Ahli Pemuda yang terlalu mendapat kepencayaan saudara badrul hisah Hashim dan YB Dato; seri mahadir Khalid. Jelas dan nyata dan lain serta tak bukan saudara Jefri Mustafa.

Beliau telah berjaya menyusup masuk dan melakukan cucukan jarum dan propanganda memacah belah Pemuda bahagian UMNO Padang Terap sehingga ditatang dan dibelai mesra oleh Saudara badrul hisaham dan Dato' mahadir Khalid Disebalik takbir beliau telah mencanang kepada ahli2 PAS bahawa beliau berjaya dalam mengucarkacirkan UMNO Padang terap dengan mengadu domba dan menabur fitnah pecah belah.

Beliau menjaja bahawa YB. Dato; mahadir Khalid sendiri mendapat imbuhan (Berhutang) daripadanya dan beliau mendapat manafaat projek berganda-ganda. Apabila dikampung beliau banyak memainkan peranan memecah belah dan menghasut penduduk kampung agar menentang UMNO habis-habisan.

Kecekapan dan kelicikan beliau berjaya mempengaruhi Ketua Pemuda Padang terap dan berjaya mengucarkancir AJK Pemuda supaya bermusuhan antara satu sama lain.

memang diakui kini beliau amat licik serta terpengaruhi.Mungkin pendedahan ini sebagai permulaan dan terpulanglah atas kebijaksanaan pemimpin pucuk atasan mengendalinya atau membiarkan terus bermaharaja lela. Hakikat Saudara Badrul Hisham terlalu lemah serta tiada kewibawaan serta ketokohan untuk meminpin UMNO keperingkat lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Amat bersetuju dgn saudara, bukan sahaja Jefri Mustafa malah banyak lagi antaranya termasuk Izham Abd. Ghani, Bukit Buluh. Mereka ini ibarat musang berbulu ayam dan mendapat limpah ruah daripada UMNO. Justeru itu lakonan dan sendiwara meraka amat penuh bermakna hingga tiada cacat cela dan dihidu oleh pucuk pimpinan tertinggi.

Pelakon ini amat hebat dan tak kurang juga saudara Abd. Rahim Abd Wahad KEDA Bukit Kura. Mereka ini diletakkan sebagai pemimpin atasan tetapi sebenarnya mereka ini seolah-olah kuman dalam badan sedikit sedikit mereka memasuki jarum dan menjalankan peranan. Saya setuju bahawa Badrul Hisham tiada wawasan dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin. Tiada krektor dan wawasan. keadaan bertambah parah kerana terdapat AJK yang berlakon dan terus berlakon sebagaimana mereka memainkan peranan menghiris kulit2 UMNO sehingga nampak berbisa seperti mantan ADUN Kuala Nerang, Cikgu Non dan banyak lagi yang telah dipergunakan oleh Keadilan untuk menghukum UMNO.

Malangnya belang mereka ini belumpun dihidu dan teruji sepenuhnya kesetiaan sebenar terhadap parti keramat UMNO. Mereka ini pertualang negara dan pertualang agama. Pertualang ini sepertimana terungkit sejarah Kerajaan Melaka yang ditawan Portugis. Kita lihat Kerajaan Melaka sebuah Negara yang Kaya sehingga mampu mengaji tentera upahan daripada negera luar kerunan siks.

Disebabkan ketamakan, irihati dan busuk hati golongan ini berpaling tadah menikam Kerajaan Melaka dari belakang dan bersubahat dengan Portugis menyerang kota Melaka. Siapa golongan yang membuka kota melaka ?.. Inilah golonganya. Kenapa Parlimen Padang terap kecundang sedangkan DUN keduanya dimiliki oleh UMNO. Jawapannya adalah puak2 yang berbulu ayam dan berbadan musang inilah yang merobek dan menebuk bahtera UMNO.

Mereka lupa bahawa mereka mendapat nikmat berlimpah ruah adalah kerana kawan2 daripada UMNO. tetapi mereka sakit hati dan berhawa nafsu busuk apabila mereka tak terpilih dan kawang yang menaikkan ereka terpilih. Akibat daripada itulah mereka lupa jasa kawan baik mereka yang membantu mereka dulu tetapi mereka sanggup menikam dan meratah tanpa perasaan belas ehsan, tiada berpendirian dan sanggup membunuh rakan yang menolong mereka semasa mereka kelemasan untuk mendapat takhta takkala dulu.

Paling ketara apabila puak2 ini termasuk Ahmad Ayob yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin peringkat bawahan menyalah gunakan kuasa dan tidak dilaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka ini seumpana mereka YB dan pemimpin yang mengaturkan setiap langkah dan kehendak. malah ketua2 cawangan terpaksa menyembah mereka ini melebihi pemimpin atasan kerana setiap peruntukkan disalurkan melalui mereka, bahkan terdapat peruntukkan diseleweng serta tiada seperti yang diluluskan.

Rakyat muak dan jelik melihat telatah mereka ini dan muka mereka akan manis seumpama madu apabila kempen percalonan bermula dan mulalah menabur janji bermadu dan selepas mendapat takhta yang dikehendaki mereka ini yang menghasut pemimpin atasan dan double standard serta berlakunya sistem kasta.

Walaupun perit dan perih juah sekalipun itulah hakikat yang UMNO harus terima. Bak kata perpatah bila nak luah ibarat diluah mati emak dan ditelan mati bapa. Jika dibiarkan ianya menjadi semakin parah dan akhirnya penuh busuk bernanah.

Tanpa Nama berkata...

Serupalah di Padang Serai pun.Punyalah nak cari untuk kepentingan ketua bahagian maka dicekupnya ahli PAS jadi ahli UMNO.Sebab tu banyak rahsia parti bocor masuk dala mulut PAS.Meraka juga jadi batu api/Depan bodek ketua bahagian.Belakang mereka taruh ketua bahagian.Yang penting dapat projek kemudian buat talam 5 muka.

Tanpa Nama berkata...

Cerita asalnya UMNO Bhg Alor Setar, aku boleh cite siapa org PAS yg dok dlm UMNO.. antaranya seorang ketua cawangan di Taman Wira (cari sendiri blok mana)Tok Bashah pun tau dia orang PAS lalu tak lantik dia jd JKKKP.. tapi soalnya mengapa tak pecat dari UMNO? Mungkin bukan kuasa bahagian, tapi kenapa tak laporkan dekat Umno pusat. Sekog lagi Haji Din kontraktor, masuk UMNO pasai projek. Dia ni keturunan PAS tulen, di A. Setar dia UMNO balik Bukit Tembaga jadi UPAS, duit ringgit sumbang untuk PAS B. Tembaga.. depan Tok Bashah bukan main kipas.
Lagi beberapa ekog Pemuda, tak ketahuan depa ni UMNO ke PAS.. dua-dua program depa ada. Himpunan 30K Pemuda PAS depa pi konvoi motor tapi mesyuarat cawangan UMNO depa mai.. mak pak depa memang UMNO, jenih ni nak kira macam mana...?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates