Isnin, 13 Jun 2011

Nasib Baik Ada Tun M Semasa Krisis Kewangan 1997. Kalau Nizar Jamaludin Jadi PM Waktu Tu...


Apa faedahnya perhimpunan BERSIH diadakan? Secara logiknya jika sesiapapun yang berada di tampuk pemerintahan dan andai ditakdirkan PR menjadi pemerintah sekalipun, perhimpunan untuk menyatakan sebarang ketidakpuasan hati dan menuntut perubahan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan yang diharapkan. Sangat sedikit impak yang kita ingin berlaku berbanding sejumlah kerugian besar yang akan ditanggung oleh orang lain disebabkan kebodohan kita mengikut kata hati dan ajakan pemimpin yang berseteru dengan Kerajaan.


Orang Melayulah yang paling ramai nanti terlibat dalam perhimpunan ini dan yang akan menjadi tukang sorak, tukang gelak dan tukang cucuh adalah bangsa lain. Orang Melayu banyak sekali mengambil budaya bangsa lain dari mengekalkan budaya kita yang selalunya akal mendominasi kehidupan. Bangsa Yahudi tak pernah nak buat perhimpunan atau tunjuk perasaan yang bodoh-bodoh pun tetapi dengan hanya menggunakan akal, bukan setakat Amerika Syarikat di bawah telunjuk mereka tetapi satu dunia dalam genggaman mereka.

Budaya yang pelik-pelik juga yang dikutip oleh bangsa Melayu. Ajakan dan laungan Kerajaan untuk membaca, berusaha dan sebagainya tidakpun diendahkan. Sebab apa yang membuatkan Melayu hari ini begitu senang dan menyerah diri untuk dipergunakan?

Sebabnya teladan pemimpin yang mereka anggap lantang itu berupaya memberi duit dan memuaskan hati mereka. 


Jadi seruan Nizar sepatutnya kita anggap terpantul perumpamaan teladan yang baik adalah dirinya sendiri. Ya! Mungkin benar. Nizar Jamaluddin adalah contoh unggul pemimpin Melayu yang patut dijadikan teladan kerana hanya dalam masa beberapa hari menjadi pemimpin, beberapa tanah di Perak dipajakkan ke bangsa Cina selama 999 tahun. 

Contoh teladan yang lebih baik untuk diikuti adalah Anwar Ibrahim sendiri. Setelah puas berjimak dengan lelaki dan perempuan dan telah dikejutkan dengan negara adanya video seksnya, Anwar berkata UMNO adalah parti yang suka membicarakan seks, seks dan seks....

Hailah...Melayu dulu gagah di Nusantara tetapi hari ini gagah Melayu hanya di jalanraya! Itupun satu hari saja.

p/s : UMNO pun patut tapis dulu pemimpin-pemimpin macam Rais Yatim dan Hishamuddin THO. Seorang  selalu guna RTM untuk tunjukkan aktivitinya sehari-hari sampai pemberita sendiri nak muntah bila baca namanya manakala Hishamudin masih lagi keluar amaran. 'Jangan sampai negara huru hara'. Kalau amaran itu beserta tindakan ok juga tetapi perhimpunan tetap dibenarkan. Harap Dato' Najib letak tanda 'Berhenti' untuk segala tindak tanduk pak-pak menteri yang beri kesan sokongan rakyat terhadap BN!

1 comments:

matpanah berkata...

'Nasib Baik Ada Tun M Semasa Krisis Kewangan 1997. Kalau Nizar Jamaludin Jadi PM Waktu Tu...'

jawabnya; la ni kita semua mungkin kena patah balik guna mesin taip...stokin pun belum tentu mampu beli! dia takpa la...nga ada, ngeh pun ada.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates