Isnin, 20 Jun 2011

Nilai Ijazah Pada Anwar Ibrahim Dan Mat Sabu. Macam Tisu Tandas Daa....


Ada satu kisah benar. Seorang kenalan Kedahtimes bercerita tentang anak-anak muda sekarang. Dalam keluarganya ada sebilangan sepupu-sepupu berlulusan Universiti Kerajaan dan masih menganggur. Dan kesemua mereka adalah penyokong pembangkang, 

Satu hari semasa satu kenduri perkahwinan di rumah kenalan Kedahtimes ini, kesemua sepupu-sepupu itu turun dan membantu. Atas nama persaudaraan dan kekeluargaan semestinya perbezaan parti adalah diketepikan sama sekali.

Tiba di malam hari, kesemua sepupu kenalan tersebut berhimpun. Mereka mengeluh sesama sendiri dan meminta pertolongan kenalan tersebut bagi membantu mendapatkan pekerjaan. 

Kenalan tersebut mengetahui tentang kebencian sepupu-sepupunya pada Kerajaan BN maka beliau pun bertanya kepada mereka. Sekiranya nak memohon pekerjaan, sektor apakah yang mereka akan pilih?

Kata kesemua mereka yang seramai 7 orang itu adalah sektor Kerajaan. Beliau bertanya, mengapa sektor Kerajaan? Mengapa tidak sektor awam? Lagi mudah nak dapat kerja. 

Kata mereka, dengan Kerajaan lagi terjamin. Lagipun bila dapat kerja, boleh mohon beli rumah, kereta dan buat pinjaman. Kata mereka, ibu dan ayah mereka yang kesemuanya adalah kakitangan Kerajaan menggalakkan dan menyuruh hanya memohon kerja dengan Kerajaan.

Kenalan Kedahtimes di sebalik ingin menduga terus bertanya. Selama ini macam mana minta kerja?

Kata mereka, melalui pengisian borang dan online SPA. Tetapi tak dapat.

Beliau secara jujur menasihati sepupu-sepupunya supaya jangan terlampau keterlaluan dalam mengutuk Kerajaan dan jangan terlampau agresif menentang Kerajaan. Semua ini adalah kerana di dalam jaringan FB yang luas, kenalan ini mendapati kesemua sepupu-sepupunya membuat kenyataan terbuka menghentam Kerajaan BN sehingga slogan 1 Malaysia itu diumpamakan diberak dan dipijak-pijak oleh mereka. 

Mereka agak terkejut. Kenalan tersebut berkata, di luar sana ramai lagi graduan-graduan yang lebih memahami erti bersyukur dan mencintai Kerajaan yang sedia ada. Mungkin kerana mereka ikhlas untuk bekerja untuk negara diberi Allah rezeki yang mudah berbanding sepupu-sepupunya.

Nasihat kenalan tersebut secara lembut iaitu cuba buka mata dan nilaikan kembali mengapa kita mengharapkan bekerja di sektor awam. Yang terbaik bagi mereka adalah sertai dan daftar sebagai ahli UMNO kerana jasa UMNOlah mereka bergelar graduan. Jangan nafikan kerana guru sekolah rendah pun digajikan Kerajaan tambah pula jika berada di luar bandar atau pendalaman. 

Sepupu-sepupu beliau senyap dan mengangguk-angguk. 

Dan FB mereka pun kuranglah sedikit selepas perbualan tersebut dari mengutuk Kerajaan. Diam yang hanya seminggu.

Hari ini, semenjak Bersih sedang disusun oleh pembangkang, mereka kembali melupakan nasihat kenalan tersebut. Semakin hari semakin galak mereka mengutuk dan mengajak rakan-rakan mereka menyertai Bersih.

Dan pada pendapat kenalan Kedahtimes, sekiranya ada pihak yang nak senarai nama para graduan ini, maka beliau boleh bagi dan katanya tidak perlu layan permohonan mereka untuk bekerja dengan Kerajaan kerana jenis inilah yang selalu mengkhianati Kerajaan.

Sekadar mencoretkan untuk difikirkan. Kedahtimes berpendapat, Kerajaan PAS dan PKR perlu membuka peluang pekerjaan kepada mereka-mereka ini yang begitu agung-agungkan parti kedua-duanya. Ambillah mereka bekerja di dalam apa-apa organisasi yang terjamin seperti yang telah UMNO buat. Itu yang terbaik bagi graduan-graduan yang menyokong parti hampas seperti PAS dan PKR ini. Dan tentunya Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sudah menyediakan beribu-ribu jawatan kepada graduan-graduan ini iaitu berupa gaji hari.

Kerjanya cukup lumayan. Cuma melaungkan BERSIH dan perhimpunan seterusnya akan ditentukan oleh Anwar bilamana kes liwatnya berada dalam kritikal. Selamat menjadi graduan yang tidur di atas jalan-jalanraya. 

1 comments:

ajai62 berkata...

Assalam Bro

Kalau tenguk perangai anak mesti kena tahu latarbelakang mak/bapak mereka juga... Selalunya acuan begitu bermula dari mak/bapaklah... Walaupun kerja dengan kerajaan tapi menyokong pembangkang... mereka ni Napolean kecil dalam Perkhidmatan Awam...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates