Isnin, 20 Jun 2011

Nilai sepuluh Sen

Jika anda berjalan kaki dan sentiasa memandang ke bawah, adalah menjadi kebiasaan untuk menemui wang syiling 10 sen atau 20 sen. 

Dirumah, syiling 10 sen dan 20 Sen berada dimana-mana. Atas meja, bawah meja, di dapur, bawah almari, dalam tandas, di tingkap dan dimana saja.

Kanak-kanak sekolah sudah tidak pandang syiling 10 dan 20 sen, mereka memandang hanya wang kertas.

Syiling 10 dan 20 sen ini sudah se akan tidak penting lagi dalam kehidupan harian kita. Jika ada dalam poketpun, ianya hanya memberatkan poket seluar atau penyemak poket sahaja.

TETAPI, apabila harga gula atau sebagainya dinaikkan 10 atau 20 sen, kenapa orang ramai terutama PEMBANGKANG bising. Mereka jadikan isu ini sebagai satu beban atau kesusahan Rakyat. KENAPA?
Walhal syiling 10 atau 20 sen sudah tiada nilai lagi kepada kita atau kewujudan syiling 10 atau 20 sen ini membebankan pembawanya. Bagi kanak-kanak nilai syiling ini sudah tiada.

Peminta sedekah akan bermasam muka atau tidak menerima syiling 10 atau 20 sen apabila diberi. Katanya sikit dan tiada nilai.

Agak lucu kerana nilai 10 sen atau 20 sen ini pembangkang jadikan isu Nasional untuk mengajak rakyat memarahi kerajaan. Walhal jika ada yang derma 10 sen kepada tabung kutipan ceramah, mereka tempelak pemberi supaya tak payahlah derma kalau hanya 10 sen atau 20 sen.

Inilah nilai pembangkang!

2 comments:

ccz berkata...

Terbaik!!!!!

ASRUL EFENDI BIN HASSAN berkata...

aah baru terpikir...bagus....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates