Isnin, 13 Jun 2011

PArti Agama Se Malaysia - SAH

Mari kita semua bertanya kepada mereka yang memilih PAS untuk dijadikan wadah perjuangan kerana inginkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Masih sudikah anda menjadi penyokong PAS lagi jika semua berkaitan dengan penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi agenda PAS?

PAS dari dulu lagi bukan bermaksud PArti Islam Se Malaysia tetapi Parti Aslam/Agama Se Malaysia. Cuma disebabkan laungan slogan-slogan Islam sahaja yang menampakkan ianya sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam.

Tapi kini semua itu sudah dibuang ke tepi demi untuk berkuasa bersama dengan kafir harbi. PAS sudah tidak lagi memperjuangkan negara Islam, Syariat Islam.

Kepada pengundi dan penyokong PAS di Kedah, apakah kita semua sudi DAP menjadi ketua kita? Apakah anda semua masih mahu bersekongkol dengan musuh Islam untuk merampas kuasa pemerintahan?


Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha untuk mengembalikan perjuangan Islam khasnya dalam parti Pas dan amnya dalam pakatan rakyat

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu perjuangan Islam tidak lagi relevan dalam pakatan rakyat kini kita hanya menuju ke arah kebajikan bersama dan saya tidak lagi mahu membincangkannya.

Apa yang diusahakan sebelum ini oleh kepimpinan Pas terdahulu boleh diibaratkan seperti air yang berlalu dan keadaan ini hanya memberi peluang untuk kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak perjuangan Islam yang lama oleh parti Pas.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi nama perjuangan Islam dalam Pas tetapi perjuangan sudah berbeza.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu perjuangan Islam yang menjadi benteng persahabatan antara Pas dan DAP berjaya dipecahkan.

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah akhirnya PAS memilih untuk memperjuangkan negara berkebajikan yang meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama setelah melihat UMNO gagal memberikan kebajikan optimum biarpun sibuk mencanangkan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kenaikan harga barang yang terus menekan golongan berpendapatan rendah, perjanjian IPP yang masih dirahsiakan dari rakyat jelata, keuntungan Petronas yang hanya menguntungkan sebilangan mereka yang berkuasa menjadikan rakyat sebagai mangsa dalam sebuah negara yang kononnya menjaga kebajikan semua. Kekayaan berlegar dalam kumpulan kapitalis rakus yang terus meratah dengan lahapnya...Astro dan Ananda Krisnan, Pengabungan RHB dan monopoli CIMB dalam industri perbankan. bayangkan rakyat tertindas tidak berpeluang menikmati kekayaan negara ketika kroni dan pebguasa politik zalim diambang kuasa. Khir Toyo dengan rumah agamnya yang diuabhsuai berjuta-juta, Taib Mahmud yang kekayaannya berlipat kali ganda, Mokhzani Mahadir, Kmarauddin Abdullah dan Nazir Razak adalah ikon-ikon kejayaan besar mengaut kekayaan negara yang tidak pernah terdedah kepada rakyat jelata. Kini genersai muda bukan lagi buta, tidak juga alpa utk melihat UBN terus mengorbankan harta negara dan mengaut kekayaan untuk mereka dan puak-puak mereka. Moga Negara Kebajikan PAS mampu memberi pilihan terbaik kepada rakyat untuk menilai antara dua...mana intan mana jaca mana batu mana permata...puluhan tahun UMNO berkuasa maruah bangsa tidak terpelihara malah dibiar digodam dan dicemuh...kini mereka mula membuka mata setelah rakyat memberi peluang kepada PR berkuasa. Mungkin laluan PAS ke Putrajaya makin cerah kerana rakyat kini lebih mengerti..

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Persolannya mengapa dan kenapa PAS menukar slogan yang dahulu perjuangkan islam dan keni beralih kepada kebajikan. Apapun pokoknya saya tidak bersetuju sama sekali pendapat saudara 13 Jun 2011 jam 9:46 PM.

Persolannya mengapa perkara ini baru berpaling kearah kebajikan kalau dahulu terlalu sibuk dengn HUDUD hinggakan Mat Sabu sendiri tak terhudud keatasnya. Terlebih dahulu maaf kiranya tuan2 terfikir saya pro UMNO. Tetapi saya amat sayangkan UMNO kerana UMNO saya mendapat limpah rahmat hasil perjuangannya termasuk saudara kita yang menghentam UMNO diatas.

Saya tak bersetuju 100 peratus bahawa UMNO tiada laksanakan kebajikan. Dalam konteks kebajikan ini amat luas ianya meliputi Pendidikan, Infrastruktur, Perubatan, Pertahanan, Kemudahan Insan, agama dan banyak lagi. Kita lihat sejarah Tanah Melayu dan Melaya serta diawal pembetukan serta pertubuhan Malaysia. Sejarah menceritakan bahawa UMNO,MCA,MIC yang mula2 berjuang untuk menentang Malayan Union dari penjajah British. Siapa British sebuah negara Kafir (Zionis) yang nyata membenci dan memusuhi islam hingga kini. Dimana PAS,PKR,DAP pada masa itu?. tetapi kita boleh katakan DAP pada masa itu ialah pertubuhan Komunis malaysia yang menentang kerajaan dan banyak menyusahkan dan memeritkan kehidupan rakyat Tanah melayu termasuklah semua kaum dan bangsa.

Atas dedikasi dan ilham daripada UMNOlah maka terbentuk Perikatan yang berjaya menuntut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. terlalu ramai srikandi dan perjuangan melayu dan lain bangsa terpaksa berkorban dan menumpah darah hasil pemerintahan Komunis keatas tanah melayu selama sebelum kemerdekaan. Keadaan tanah melayu terlalu mundur dan bangsa terlalu Dhoih. hasil perjuangan UMNO atau BN melalui Mantan Perdana Menteri hingga Perdana Menteri kini telah memansyurkan Malaysia gah dipersada dunia dengan bermacam2 kemudahan dan pembangunan infrastruktur hingga tiada ternilai dan penuh dengan kebajikan.

Boleh katakan bermula zero kini pembangunan dan kebajikan tersergam indah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta malah diberikan biasiswa dan pinjaman PTPTN. Daripada tiada pegawai pendidikan dengan ketekunan dan ketabahan UMNOlah dan BN telah mengeluarkan beribu pensyarah mahir untuk membentuk sahsiah diri penduduk supaya disegani dan dihormati diperingkat dunia.

Sekolah2 dibina dan sentiasa dinaikan taraf malah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. Subsidi kerajaan bagikan bermacam2 bentuk, malah ada ketika pakaian, wang saku, makan minum dan tempat tisur disediakan, serta kebajikan sosial, kebajikan kesihatan semuanya disediakan. Tidak cukup dengan itu kipas angin peralatan kemudahjan lain disediakan untuk keselesaan pelajar.

paling baik hati kerajaan BN guru fahaman PAS,PKR dan DAP diberi peluang untuk berkhidmat. Dimana Kerajaan sekarang tiada kebajikan. Bahkan kalau tenaga Pengajar kalangan Pro Kerajaan diberi gaji permulaan RM 1400,00 sebulan serta elaun dan kemudahan lain begitu juga tenaga pengajar yang merosakkan negara dan mencemarkan pembangunan negara juga menikmati sama kemudahan yang disediakan. Ini satu cohtoh. Persoalannya siapa yang menyiksa batin dan jiwa yang mengatakan kerajaan sekarang tiada kebajikan?. tepuk dada tanyalah sendiri dan jawapan hamba ialah Puak PAS,PKR dan DAP yang tiada kebajikan terhadap diri mereka sendiri dan menyiksa batin dan jiwa mereka supaya memberontak dan akhirnya nafsu tersebut menusuk dan memakan fikiran mereka sendiri.

Sambung nanti ke 1

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Msia

Sambung 1

Atas satu contoh kebajikan dan tidaklah perlu dihuraikan kebajikan lain2 yang beribu Kerajaan sekarang berikan.

Terpanggil jua atas saudara diatas mengatakan kenaikan harga barangan. Kita akui kita antara negara Pengeluar Minyak. tetapi persoalannya berapa banyak minyak kita keluarkan dan setakat mana kemampuan minyak kita disamping apakah minyak kita sesuai digunakan untuk kegunaan kita disampung apakah kita keluarkan minyak tanpa pengorbanan dan keluarkan modal?

Kita lihat sejarah pembekal minyak untuk keguanan kita di Malaysia. Sebelum Petronas diujudkan kita dibekal dengan minyak oleh Syarikat Britsih dan Amerika iaitu Mobil, Shell, Caltex, BP,Esso dan lain-lain. Apakah mereka memberi kita minyak percuma dan semua kos pengangkutan dan lain2 perkhidmatan percuma?. Semua itu perlu dibayar. Apakah negara kita menentukan harga bahan mentah ini?. Jawapan pertubuhan negara2 pengeluar. Persoalannya apakah kos untuk pengeluar minyak tiada berubah atau statik atau keluar dengan sendirinya tanpa usaha?. jawapan tidak perlu berbayar dan kosnya berubah2. Apabila ujudnya Petronas kerajaan mengeluarkan subsidi minyak hasil wang Petronas kepada pengeluar minyak lain untuk menurunkan harga.

Memandangkan permintaan bertambah, pengeluaran terbatas dan kos lain perkhidmatan lain bertambah maka Kerajaan kita juga turut membeli dengan harga tinggi. Justeru itu dengan kenaikan melambung tinggi maka subsidi kerajaan kalau dahulu seliter RM 0.10 kini perlu ditambahkan kepada RM 0.30. Saudara harus ingat jika kenaikan berterusan apakah kerajaan harus keluarkan tambahan subsidi minyak ini dan pembangunan lain serta kebajikan lain diabaikan semata2 untuk menstabilkan harga minyak?

Mengapa kerajaan tak gunakan minyak kita?. Apakah kualiti minyak kita bermutu tinggi sesuai untuk kemudahan negara kita?. Jawapannya tidak. Apakah minyak yang kita keluar free dan semua peralatan serta kemudahan perkhidmatan percuma?. Semua perlu berbayar dan bergantung dan kerajaan luar terutama Amerika untuk kerja2 memproses.

Untuk mengurangkan harga ini kerajan terpaksa membayar subsidi kepada syarikat pengeluar luar seperti Shell, Esso, Caltex,BP dan lain2 lagi.

Lain-lain barang apakah kita negara pengeluar dan bahan mentah free, pengangkutan free, perkhidmatan lain tak berbayar. memandangkan kita bukan pengeluar maka kita terpaksa import bahan berkenaan dan harga kian bertambah dari semasa kesemasa dan subsidi juga bertambah. Apakah kerajaan harus tambah subsidi setiap kali berlaku kenaikan harga barang global?.

Persoalan kedua saudara mengapa kapitalis mendapat manafaat?. Hakikatnya saudara harus muhasabah diri sendiri mengapa golongan migran berjaya di negara kita bahkan pertunan sepertu saudara mundur kebelakang?. saudara harus ingat mereka mempunyai komitmen dan wawasan untuk memajukan masa depan mereka dan Msia amalkan hak bersama. Justeru itu saudara harus malu kerana dgn berfikiran jumud yang dibawa oleh saudara inilah kita tak maju dan membantutkan pertumbuhan daya pemikiran akibat saranan dan racun yang saudara terap dan suka membenci dan menjatuh sesama bangsa dan benci untuk melihat bangsa sendiri maju.

Mungkin ini satu faktor dimana barang dan benda yang halal diharamkan oleh pemimpin saudara tetapi akhirnya saudara sekelian berlumba-lumba merebutnya dan menjamahnya benda yang halal dihramkan oleh saudara sendiri. Inilah padahnya dan akhirnya menjadi racun dan membantukan pertumbuhan minda dan pembangunan manusia itu dan negara amnya.

Selagi sifat saudara dibelenggui fikiran jumud selagi itulah tiada kemajuan. saudara harus ingat kapitalis dan sosialis itulah yang dipuja oleh kumpulan saudara kini iaitu PAS+DAP+PKR . Siapa bekerjasama dengan zionis yahudi, sosilis dan kapitalis ekstrim kini. jawapannya saudara. Ibarat saudara ludah timpa atas muka saudara sendiri.

Sambung 2 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Msia

Sambung 2

Untuk makluman saudara, bagi saya amat bangga bangsa melayu dan islam maju dan menjadi billionair. Kekayaan golongan sangat ditagih kerana ia dapat membantu golongan memerlukan sepertimana Haamba Allah (Keluarga Al Bukhary).

Mari kita lihat jauh sedikit, apakah Nik Aziz seorang miskin dan berbasikal atau menunggag unta ke pejabat?. Hakikatnya beliau mempunyai banyak kenderaan mewah2 serta harta berjuta2. Beliau juga tamak hingga habis keluarga diajak sama2 berebut hasil kekayaan N. Kelantan.


Sehubungan dgn itu tak salah kiranya pemimpin memerlukan kekayaan untuk kesengan keluarga jika hasil melalui yang lurus mengikut undang2.
Kita mahu pemimpin yang mnjadi contoh dan bukannya pemimpin yang mengajar rakyat menjadi pemungut derma, menadah tangan berdoa tanpa berusaha dan meminta sedekah. Ini adalah satu kerja yang agak hina kerana Islam sendiri mahukan umatnya berjaya sebagaumana sahabat nabi Abd rahman Al Aus. Othman bin Affan dan banyak lagi. Kita mahukan buktikan bahawa islam itu hebat dan bukan peminta sedekah dan pengemis serta pemaki,pengcarut, selekeh, berserabut, pembohong, penghasut, penipu dan pemboros.

Kita mahukan Islam sebuah negara hebat, gagah, kaya, rakyatnya bertamadun, berpendidikan tinggi, pemjurah, rajin dan sebagainya.

Contohnya nyata Kebajikan Kerajaan PAS Kedah terhadap mangsa banjir dimana befrhari keputusan bekalan air bersih dan makanan serta memohon bantuan sehingga habis bil berpuluh2 ringgit tak kunjung tiba. Paling malang MB dimaklumkan bahawa Kedah dilanda banjir, beliau menuduh penipu, tetapi apabila sultan turun melihat sendiri baru gelebah beruk.

Kita lihat kinjungan ADUN UMNO di Padang terap beserta makanan dan bantuan, sedangkan Parlimennya (PAS) turun bersama telur 2 biji dan habiskan makanan mangsa banjir lagi. Apakah itu kebajikan Kerajaan saudara impikan. Kita lihat Kerajaan saudara laungkan hudud. Mengapa x laksanakan bila Mat sabu ditangkat kalwat dgn isteri orang. Apakah ini model negara islam dan negara kebajikan yang saudara laungkan?.

Atau saudara mahukan negara islam seperti contoh Khalifah Umar Abd Azziz di Penang yang saudara war2 kan habis hak melayu dirampas x cukup duit haram diberi sebagai derma kebajikan.

Kita lihat kebajikan pemimpin saudara diatas bagaiamana wang tabung memali dighaibkan, wang tabung kohilal dilesapkan. Kini kita lihat yang tak laksanakan kebajikan dan amat jijik. Kita lihat kenyataan hadi Awang bahawa bukti video seks anuar x boleh kerana benda tak bernyawa dan besi. Hakikatnya apa jadi dgn bahan lucah di internet dan video berpandu kata2 orang pertama PAS.

Ini jelas menujukkan PAS bernafsu haiwan dan berpandukan fikiran maya serta tak berpandu faktar dan realiti.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt...segala puji pujian buat junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan para shuhada yang terkorban demi menegakkan Islam. Juga para pejuang-pejuang kemerdekaan yang darah mereka tumpah membasah bumi demi mempertahankan maruah pertiwi. Tok Janggut, Tok Bahaman, Dol Said, Rentap, Mat Salleh, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan seluruh pejuang bangsa. Mereka tidak pernah pada bila-bila masa tidak pernah menjadi ahli UMNO kerana UMNO sendiri belum wujud ketika itu. Mereka menentang penjajahan Inggeris, menolak kezaliman penjajah dan akhirnya gugur demi mempertahankan maruah bangsa. Namun penjajah kekal berkuasa dengan kelebihan yang mereka miliki, dicandunya beberapa kerat melayu beraliran Inggeris untuk meneruskan acuan penjajah setelah mereka mengaut segala hasil bumi. Hizbul Muslimin adalah gerakan awal yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi dianggap berhaluan kiri dan diharamkan sama seperti Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Kesatuan Melayu Muda. UMNO dianugerahkan bumi merdeka ini bukan melalui perjuangan suci tetapi penuh tipu muslihat Inggeris keparat. Itulah hakikat sejarah yang dipadamkan dari pengetahuan generasi kini sehingga mereka bersangka hanya UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya, dominasi penjajahan ala baru diterapkan setelah hampir 50 tahun berkuasa. Rakyat tertipu dan dikelirukan dengan penguasaan media dan seluruh organisasi pemerintah. Jika dahulunya penjajah mengaut kekayaan, hari ini kekayaan itu berlegar dalam segelintir pemimpin UMNO yang berkuasa. Bukan sekadar Menteri yang kaya raya malah Ketua Bahagian juga mampu berkereta mewah dan berbanglo agam biarpun asalnya susah dan pendidikan tidak seberapa. Hari ini rakyat telah membuka mata, penindasan dan kekejaman UMNO yang hanyut akhirmya memakan diri dan telah diajar dalam PRU 12. Jatuhnya Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan kejayaan mengekalkan Kelantan membuktikan rakyat telah sedar dari mimpi ngeri mereka. Mungkin rentak kemenangan ini akan terus meletus dalam PRU 13...tunggulah masanya.

Tanpa Nama berkata...

sambung 2
Sistem pendidikan negara dirosakkan melalui dasar meritokrasi, biasiswa diganti dengan pinjaman malah PPTN mengenakan kadar faedah kepada anak-anak Melayu yang miskin dan memerlukan pembelaan, yuran pengajian makin meningkat, kos harga buku dan tumbuhnya IPTS yang mengenakan kadar bayaran berlipat ganda, akan dihuraikan nanti...insyaAllah. Kita akan lihat siapa yang merosakan agenda pendidikan negara dalam huraian nanti.

Tanpa Nama berkata...

Berbanyaklah selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya. Semoga beroleh kerberkatan dunia dan akirat.

Bagi saya amat bersyukur kerana UMNOlah banyak berjuang untuk menaikkan martabat rakyat tanpa mengira agama. Hakikatnya dalam kerajaan ini juga diketua oleh penyangak yang mendapat rezeki hasil perjuangan UMNO. Kita harus ingat tiada percuma dan semuanya harus mendapat pengecualian. Kita harus ambil teladan dimana Allah SAW menghendaki umat Islam sentiasa mencari jalan untuk memertabatkan kehidupannya dan bukannya sentiasa meminta.

Sesungguhnya orang seperti saudara diatas banyak menyokong golongan yang merosakkan negara dan mertabat agama islam. Kita lihat peminpin kedua Mat Sabu yang terangan ditangkat khalwat tetapi diampunkan oleh Nik Aziz, maka terlepaslah seksaan hudud keatasnya. Siapa Nik Aziz yang berhak mengatasi hak undang Allah. Apakah orang2 PAS terlalu suci hingga kesalahan perbuatan maksiat terlepas dari hukuman yang selama ini dilaungkan oleh mereka.

Kita tenung kata2 Mat Sabu bahawa Anuar adalah Al Janburi. Saya amat puji pemimpin UMNO mereka sanggup pecat orang yang membuat maksiat. Tetapi PAS telah mengangkat darjat pengkianat sebagai pemimpin.

Kita lihat kebaikan PAS terutamanya di Kedah. Peristiwa ujian Allah menurunkan hujan dan menyebabkan berlakunya banjir telah banyak mengsengsarakan rakyat kedah dengan banhyak kemusnahan dan kerugian. Maaf cakap sebab saya salah seorang daripada mangsa banjir. Tiap2 hari kami menelefon bergilir2 memohon bantuan dan bekalan air bersih kerana kawasan kami terputus bekalan dan perhubungan jalanraya. Mereka berjanji akan hantar dalam masa sejam hinggalah banjir surut. Kami terpaksa menggunakan air bendang untuk mandi dan air longkang untuk kerja2 berkaitan tandas.

Hakikatnya tiada ehsan dan tiada kebajikan malah penipuan dan pembohongan nyata. Itulah hakikatnya. Untuk makluman tuan diatas saya bukan penyokong pembangkang dan kerajaan tetapi saya menyokong keadilan. Soal PTPTN itu spetutnya saudara bersyukur kerana diberi pinjaman. Jika tiada saudara belum tentu mendapat nikmat selama yang saudara kecapi atau saudara terpaksa berhutang dgn ceti along lebih memeritkan lagi.

Inilah dia orang melayu tak sedar untung asyik merenget dan tidak berterima kasih. Saya setuju pendapat saudara Akum dan Salam malaysia. Kesimbungan perjuangan atasan dan diterus oleh pihak atasan (UMNO) yang banyak merubah dan memberi hidayah pada rakyat Malaysia tiada boleh dipertikaikan lagi.

Kita lihat apa terjadi pemerintahan Islam PAS di Penang terhadap pribumi, Selangor, Kelantan,Kedah. Melayu ditindas dan dihalau macam anjing kurap. Pemimpin berserban dan sentiasa menujukkan diri bertawaduk kepada Allah tetapi rohanianya banyak mengsengsarakan melayu bahkan maksiat diangkat darjatnya sehingga kesucian masjid, surau2 dinodai.

Paling sedih kumpulan yahudi dan zionis diangkat martabatnya dan sesama saudara dikeji dan dicaci. kepada komunis dan pengkiat dinagkat martabat. Itulah islam PAS.

Zina, Gay,Komunis, Lesbian, penipu kini diangkat darjat tertinggi oleh PAS. Tahniah saudara 16 Jun 9:36pm. atas mengangkat martabat mereka ini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates