Selasa, 21 Jun 2011

Perempuan Dan Lelaki Berbeza Nasib Apabila Ditangkap Berkhalwat!


Hari ini dalam sunyi bening, kita dikejutkan lagi dengan berita Ketua Puteri Jerlun di dakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat. Pasangannya adalah Setiausaha Bahagian Jerlun. Tangkapan dibuat pada pukul 1.20 pagi. Satu laporan berita yang menjadi titik penamat untuk sebuah pergerakan Puteri UMNO di salah sebuah di Kedah.


Malu atau tidak, kita terpaksa membicarakan dalam nada yang waras dan adil. Jangan diharapkan pembelaan akan datang dari banyak sudut dan menyamakan kes tangkapan khlawat sama seperti Mohammad Sabu. Masalahnya yang ditangkap adalah berjawatan besar dan mewakili Puteri keseluruhan. Mohammad Jasmi juga merupakan nama besar di arena politik bahagian Jerlun.

Dengan kepasifan aktiviti oleh PUTERI seluruh negeri dan ditambah dengan isu-isu moral yang mana rata-rata berpendapat PUTERI UMNO adalah satu sayap yang menjadi mainan kepada pihak lain.

PUTERI UMNO perlu bangkit dan perlu ubah imej dengan segera. Semakin jauh ahli-ahli PUTERI meninggalkan sayap ini disebabkan kita sudah tidak menampakkan memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Yang nampak adalah unsur-unsur kebendaan, kecantikan manakala akal dan pandangan-pandangan yang bernas yang begitu didambakan terus tenggelam di dalam perasaan syok sendiri mereka.

Sebagai insan yang bergelar perempuan, sewajarnya untuk menduduki tangga sebagai Ketua Puteri adalah bukan mudah. Apatahlagi apabila terlibat dalam perkara-perkara moral yang dimaklumkan telah memalukan hampir ke semua ahli UMNO Jerlun. 

Benar..Manusia selalunya tewas pada nafsu. Nafsu jugalah yang telah membuatkan Anwar Ibrahim dan Mat Sabu berdepan dengan kutukan serta ketidakyakinan rakyat terhadap mereka. 

Namun jika PUTERI UMNO itu kuat seperti mana kuatnya PAS dan PKR hari ini tak apa. Tetapi PUTERI UMNO pada hari ini lebih lemah dan hanya ada nama sahaja. 

Samaada mengaku bersalah atau tidak, bersalah atau tidak, kita boleh menunggu keputusan mahkamah tetapi untuk masa depan PUTERI UMNO, diminta lakukan sesuatu demi memastikan PUTERI UMNO tidak terus mati sebelum sampai waktunya.

Ubah imej dan perkemaskan perjuangan yang sangat-sangat longgar. Belia perempuan sekarang lebih ke arah tertarik mendekati agama dan berpakaian yang soapn dna menutup aurat. Maka ini boleh diambil oleh PUTERI terutamanya Ketua PUTERI. Jika kita masih leka dan berkata 'Ikut suka akulah nak berpakaian macam mana pun' maka janganlah menyesal jika sebahagian besar belia perempuan akan mebuang undi pada parti yang dilihat lebih meninggikan Islam. 

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kedua-dua mereka mesti letak jawatan dalam parti dan dok diam-diam.Orang yang tak bermoral UMNO perlu singkirkan.Ini kerana orang melayu perlu bermoral.Hampe betul kau berdua ni.Kalau nak buat jahat pun jngan lah didepan mata orang ramai.Terbanglah ke luar negar dan buatlah dosa.Ini dak dok tunjuk perangai tak elok depan mata.Malu.Sila letak jawatan dalam Parti.

Tanpa Nama berkata...

Ketua pu3 jerlun dan Su jerlun tu patut letak jawatan sahaja..buat malu UMNO..depa dua duk seronok UMNO yang dapat nama busuk

matpanah berkata...

Salam tuan,
balasungkawa untuk kita semua.
Betul, yg tersangka tidak harus dianggap bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Tp in the first place, dok cari penyakit buat apa?
Kita harus sekata dalam memerangi isu-isu kebejatan ini. UMNO harus dicuci daripada benda-benda macam ni. Wajib!

Aspirasi berkata...

salam tuan, cadang untuk tukar nama bersih kepada BerSHIT atau BeerSHIT.. sesuai dengan agenda kotor merka.. tq

Tanpa Nama berkata...

Sepanjang saya ikuti susur galur penangkapan kes ini, sebenarnya 4 pegawai jabatan agama yang menjalankan operasi mekdakwa kes amat kecilan tidak dijalankan pendakwaan, tiada bukti gambar, bukti di lokasi yang menyokong kepada kedua-duanya melakukan zina, cuma silap percaturan kerana saudara setiausaha yg masih berbual kosong di ruang tamu di rumah ketua puteri setelah menghantar pulang ketua puteri ke rumah setelah tamat mesyuarat. saya melihat UMNO tidak sekuat pakatan yang kuat menyokong DSAI yg terbukti bersam video klip tetapi pasangan ini langsung tidak ada kes tetapi sengaja dijadikan sensasi oleh pihak-pihak tertentu. Ustaz Fazlee dari JHEAIK juga antara nama bertanggungjawab mensensasikan isu ini, termasuk individu dr AJK UMNO Bahagian Jerlun sendiri sengaja memalukan kedua-dua individu supaya tamatnya karier Saudara SU yang nampaknya sangat menjaga Ketua Bahagian. cermin2kanlah komen ini. Bercakap berdasarkan fakta, bukan membabi buta. wallahu'ahlam...

Tanpa Nama berkata...

Jika ahli PAS ianya akan selamat dan dibuang kes khalwat dan diampun oleh Nik Aziz. Tapi ahli UMNO pemimpinnya berpandukan kepada undang2 dan peraturan Tuhan. Jueteru itu mahkamah keadilan akan menentukannya.

Dalam Pakatan PAS,PKR dan DAP mereka ini akan diangkat martabat sebagai pemimpin tertinggi seperti Mat Sabu, Anuar, EW dan banyak lagi.

MAYA AS berkata...

UMNO Kedah kocak lagi>Selepas Ketua bahagian Padang Serai .Kini Di Jerlun pulak dah.Apa nak jadi dgn UMNO.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates